Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 26, 2008

MASA

Assalamualaikum w.b.t..

Sudah lama rasanya tidak menyumbang sesuatu untuk pembaca. Exam yang semakin dekat membuatkan saya terkadang rasa tertekan. Tertekan dengan masa. 24 jam yang sedia ada seakan tidak cukup. Tidak cukup untuk melangsaikan segala tanggungjawab yang perlu. Menghadiri kuliah, menghadiri kelas tuition, update setiap lecture, revise subject2 yang lepas, prepare untuk exam yang kurang dari sebulan sahaja dari sekarang. Itu baru soal STUDY. Belum lagi di masukkan keperluan2 peribadi apatah lagi memenuhi hak dan keperluan orang sekeliling saya. Dan mungkin di situlah kita di uji bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Kerana 24 jam tidak akan bertambah mahupun berkurang.


Ramai yang bertanya pada saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Soalan itu sukar untuk saya jawab mahupun ulas. Kerana saya pun seringkali di kalahkan oleh masa.
Seorang yang saya kagumi pernah berkata pada saya, ORANG YANG CEMERLANG ADALAH ORANG YANG DAPAT MEMBAHAGIKAN MASANYA DENGAN ADIL DAN MENGGUNAKAN MASA ITU DENGAN BAIK.

Dan itulah yang saya pegang sehingga saat ini

Apakah definisinya?



Membahagikan masa dengan adil.


Dalam hal ini saya mempunyai pendapat yang tersendiri. Bagi diri saya, membahagi masa dengan adil sangat berkait rapat dengan MERANCANG.
Mungkin anda selalu dengar atau terbaca quote "IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL". Jika anda gagal merancang, maka anda merancang untuk gagal. Adakah anda berjaya merancang?

Membahagi masa dengan adil tidak semestinya bermaksud setiap perkara mesti di tetapkan masa yang SAMA dan di buat dalam lingkungan masa yang SAMA. Contohnya kalau makan 10 minit, mandi pun mesti 10 minit. Kalau study 2 jam, tidur pun mesti 2 jam.
Bagi saya, ADIL bermaksud menetapkan masa bersesuaian dengan keperluan. Tidak logik kiranya mandi sejam, tidur 10 minit, makan 3 jam, study 5 minit. Tetapkanlah masa mengikut kesesuaian setiap perkara.

Saya tidak tahu mekanisme terbaik untuk membahagi masa secara adil. Tetapi setakat ini saya akan merancang masa saya setiap hari dan dalam lingkungan masa yang dirancang itu, ade sub-perancangannya.

Sebagai contoh: Setiap kali sebelum tidur, saya akan merancang perjalan hidup saya pada keesokan harinya. Dan setiap perancangan itu, ada sub-plan.
  1. Sebelum tidur, saya akan set alarm. Takut2 tidak terjaga. Dan sebelum set masa yang sesuai, saya akan menggerak2kan jari mengira masa untuk bangun. Sekurang2nya 5 jam. Saya tidak menetapkan pukul berapa setiap hari saya wajib bangun. Tetapi saya menetapkan berapa jam saya perlu tidur. Jika saya ingin bangun awal, maka perlulah tidur awal.


  2. Selepas bangun, saya akan mulakan rutin biasa seorang manusia. Dimulakan denga perkara2 wajib dan tuntutan (eg: solat) dan di susuli dengan keperluan (eg: iron baju).Dan saya akan pastikan setiap kali sebelum ke kelas, saya WAJIB membelek buku. Tidak semestinya intense study. Ikut kesesuaian masa. Kadangkala masa hanya cukup untuk melihat tajuk2 besar sahaja. Kadangkala cukup untuk mengulangkaji subjek yang x sempat cover semalam. Kadangkala hanya sempat untuk membelek subjek apa yang bakal saya belajar pada hari ini secara kasar. Kenapa saya mewajibkan diri saya membelek buku? Supaya saya mental saya BERSEDIA untuk BELAJAR dan menerima INPUT PELAJARAN pada hari itu.


  3. Kelas bermula pukul 8 pagi setiap hari dan akan ada break 2 jam dari pkul 10-12 pagi. Saya mempunyai sub-plan untuk 2 jam masa senggang itu. Yang pasti saya perlu isi perut dan masa yang selebihnya saya gunakan untuk study. Kadang2 saya balik rumah. Kadang2 stay kat university. Apa yang pasti , dalam 2 jam tu, mesti MAKAN dan masa yang selebihnya saya akan pastikan bermanfaat.


  4. Setiap hari kami akan balik pada waktu yang berbeza. Kadangkala awal dan kadangkala lambat. Saya akan merancang juga jika balik lambat bagaimana, jika balik awal bagaimana. Jika turn saya masak pada hari itu bagaimana. Jika saya perlu menyelesaikan sesuatu perkara bagaimana.


  5. Setiap malam saya perlu menghadiri kelas tusyen kecuali pada hari khamis. Jadi saya perlu bersiap sedia untuk tusyen. Saya mesti pastikan saya siap mengulangkaji subjek yang di ajar pada kelas tusyen sebelumnya sebelum memasuki kelas yang baru. Saya juga mesti prepare mental saya sebelum pergi kelas tusyen. Selalunya otak saya terasa letih selepas pulang dari kuliah. Jadi saya akan curi2 masa untuk tidur. Cukuplah sejam dua untuk menyusun maklumat yang saya peroleh dari kuliah sebelum itu dan menyediakan 'space' untuk maklumat yang seterusnya yang akan saya peroleh semasa tsyen nanti. Dan semestinya saya terasa fresh selepas bangun dari tidur. Dan saya akan dapat tumpukan perhatian yang penuh dan dapat memberikan respon yang baik semasa di dalam kelas.


  6. Pulang dari kelas tusyen selalunya saya akan tidur. Namun bergantung pada keperluan dan kemampuan. Jika saya larat dan perlu study, maka saya akan cuba untuk study walaupun sedikit. Sekurang2nya melepaskan mana yang perlu. Tetapi selalunya tidurlah. Dan sebelum tidur saya akan melihat jadual lecture esok dan merancang untuk hari yang seterusnya.

Saya tidak tahu adakah saya merancang dengan adil setiap masa saya. Tetapi saya akan pastikan setiap masa yang saya tentukan itu bertepatan dengan keperluan dan tidak sia2.

Menggunakan masa dengan baik.


Bagaimana pula dengan menggunakan masa dengan baik?. Saya juga mempunyai definisi tersendiri. Bagi saya, menggunakan masa dengan baik adalah melakukan apa yang dirancang dalam masa yang tertentu dengan berKUALITI.

Apa yang saya maksudkan dengan kualiti di sini adalah memastikan aim untuk setiap perkara itu tercapai. Contohnya, saya peruntukkan masa 1 jam untuk study dan saya pastikan selepas sejam, saya dapat dan tahu apa yang saya study. Jika saya peruntukkan masa untuk makan, saya mestilah makan dan selepas itu mestilah kenyang.

Untuk self-study, jarang sekali saya menetapkan masa berapa jam saya perlu study. Tetapi biasanya saya akan tentukan BILA saya perlu study dan APA yang saya perlu study. Dan saya akan study sampai semua yang saya perlu study sampai habis tak kira berapa lama masa yang saya ambil. Di sini perlunya saya tahu yang mana IMPORTANT & URGENT dan IMPORTANT but NOT URGENT.

Contoh: esok ada tusyen microb maka adalah PERLU dan PENTING saya revise and kemaskan note saya untuk subject yang telah di ajar pada kelas sebelumnya kerana Doctor akan beri soalan berdasarkan apa yang di ajar pada sesi lepas. Dalam masa yang sama saya perlu update apa yang saya belajar di kuliah pagi tadi supaya tidak tertinggal. Tetapi ianya tidaklah URGENT berbanding microb maka saya bole baca selapas saya revise n kemaskan note microb. Tapi MESTI baca juga.

Sememangnya saya tidak banyak masa untuk study. Kalau nak tunggu masa yang betul2 LAPANG untuk study, memang saya tiada masa. Jadi selalunya saya akan CURI2 study jika ada mana2 masa lapang walaupun setengah jam. Apa yang penting ia BERKUALITI. Itulah yang selalu saya cuba buat. Walaupun pada hari2 minggu, banyak lagi perkara yang tidak sempat di selesaikan pada hari2 kuliah perlu di selesaikan. Di tambah pula dengan tanggungjawab2 luar yang lain. Sememangnya masa amatlah terhad.

Mengenali diri sendiri




Tiada resepi terpenting untuk kita melatih diri kita untuk berjaya mengendalikan setiap perkara melainkan MENGENALI DIRI SENDIRI.

Mengapa saya berkata begitu? Bagi saya setiap perkara yang kita lakukan mestilah dalam upaya dan kemampuan kita. Maka amatlah penting untuk kita KENAL dan FAHAM apa keperluan kita dan apa yang kita boleh lakukan untuk memenuhi keperluan kita dalam lingkungan kemampuan kita. Make sure everything we do is within our limits.

Kita perlu tahu apakah KELEBIHAN kita dan apakah KELEMAHAN kita. Rasionalnya, kita boleh menggunakan sepenuhnya kelebihan kita untuk top-up kelemahan kita ataupun menyusun atur kelebihan dan kelemahan kita supaya kedua2nya memberi faedah pada kita.

Sebagai contoh : Saya seorang yang cepat pick-up (kelebihan) dalam masa yang sama saya suka tidur (kelemahan). Jadi saya akan pastikan tidur saya bermanfaat untuk pelajaran saya. Contohnya jika saya tidur dengan baik dan cukup maka saya tidak mengantuk dalam kelas dan saya boleh tumpukan perhatian dengan baik dalam kelas kerana subjek yang di ajar di dalam kelas menyumbang 80% dalam pemahaman dan ingatan saya pada subjek tersebut. Dan saya akan pastikan saya MESTI dapat sesuatu dari kelas yang saya hadiri. Jadi tidaklah saya perlu mengambil masa yang lama untuk self- study untuk memahami subjek yang di ajar. Itulah sifir study saya.

Bukan publisiti


Tujuan saya release post ini bukanlah untuk menunjukkan kejaguhan saya jauh sekali mempublisitikan hidup saya. Saya cuba untuk berkongsi bagaimana saya menguruskan masa saya kerana ramai yang bertanya bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Sememangnya MASA merupakan salah satu kunci untuk CEMERLANG. Kerana setiap orang mempunyai 24 jam. Apa yang mebezakan adalah ke mana kita menghabiskan kesemua 24 jam itu. Saya harap kawan2 sedikti sebanyak dapat mengambil mana2 point yang rasanya relevan untuk di praktikkan.

Apa yang penting KENALI DIRI SENDIRI barulah kita dapat memberi yang terbaik untuk diri kita.

"We are what we repeaedly do. Excellence, then, is not an act but a habit" -
Aristotle




5 comments:

izzati.abdullah said...

hehe..senkiu sang kiki..

Anonymous said...

thanks for sharing too! :)

shatrah said...

Assalamualaikum kak syakila, salam perkenalan. nama sy shatrah, boleh panggil sha, berasal dr kl, i found yr blog while i was browsing, and i find that blog2 akak saangt interesting. suka saya membcnya. kebetulan lg, sy bru hbs spm n mmg brcita2 nk jd seorng doctor mcm akak insyaAllah. i hope we can be friends as we already are muslim sisters. wassalam. :)

- ismisyakila - said...

To kak jiji n azura : u r both welcome.do wait for the next.heheh.

To Sha : Wa'alaikumsalam..thank u for the visit n the compliment as well.teehee.well,u r always welcome for any questions or info as regards medicine n its field okay.salam ukhuwwah fm akak juge.

shatrah said...

Assalamualaikum kak syakila :) baru harini dapat lawat blog akak.. alhamdulillah. lama x brtny kbr. kaif haluky ya ukht? exam akak okay?