Naelah Al-Farafisyah merupakan seorang serikandi terulung di zaman Khalifah Uthman al-Affan. Naelah merupakan seorang isteri dan penyejuk hati kepada Khalifah Uthman al-Affan.Memiliki akhlak terpuji sebagai muslimah dan di tambah dengan anugerah istimewa pemberian Penciptanya dengan memiliki wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya.
Naelah merupakan sayap kiri kepada perjuangan khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat kepada suami tercinta.Ayahnya merupakan seorang penganut agama Nasrani dan bukan dari golongan Quraisy. Namun disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya menjadikan Naelah tetap menonjol di kalangan para muslimah ketika itu. Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan pemikirannya dalam membuat keputusan menjadikannya termasuk dalam tokoh serikandi Islam yang di segani dan di contohi segenap wanita muslimah dunia yang menginginkan keistimewaan dalam hidup mereka.
Naelah banyak membantu khalifah dalam perjuangan menegakkan risalah suci di persada dunia. Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hatinya. Beliau tidak pernah berjauhan dengan khalifah, sentiasa memberi keyakinan dan semangat kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini.
Pada ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah khalifah dengan batu-batan dan panah-panah. Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan khalifah, namun ada juga ang mengingkarinya. Pembelotan tersebut di ketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar.
Ketika Muhammad bin Abu Bakar dan seorang sahabat memanjat rumah khalifah, Naelah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi kepalanya. lalu di tegur khalifah.
"Naelah, tutuplah rambutmu kerana rambutmu lebih besar nilainya daripada nyawaku ini."
Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, Naelah sudah bersedia untuk melindungi suami tercinta.Lelaki pertama cuba menyerang khalifah dengan pedangnya, namun dihalang oleh Naelah dengan tangan hingga putus jarinya. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula tetapi ditahan oleh Naelah dengan tangannya ang lain hingga putus juga jarinya. Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut khalifah, memukul kepala dan menikam beliau. Tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh khalifah hidup-hidup. Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar ingin memenggal kepala khalifah, Naelah menahan dengan tubuhnya. Malangnya, mereka berdua ditolak-tolak dan dipijak-pijak.
Selepas peristiwa pembunuhan khalifah, tiada seorangpun yang berani menguruskan dan memandikan jenazah beliau. Sehinggalah Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al-Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau di siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak. Naelah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.
Peristiwa pembunuhan khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Naelah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali pada Allah."
Surat tersebut dihantar bersama pakaian khalifah yang telah terkoyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah ang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah.
Selepas kewafatan suaminya, Naelah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga datang Muawiyyah meminang beliau. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah. Untuk mengelakkan dirinya terus dipinang, beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan. Ada yang bertanya kepada beliau.
"Mengapakah kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?"
Jawapan yang beliau berikan.
"Saya tidak mahu kesedihan saya terhadap kematian Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan saya juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana ynag telah diketahui oleh Uthman."
Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaan beliau kepada suami tercinta yang telah dibinuh di hadapan mata kepalanya sendiri.Beliau juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya. Juga tidak ada perkahwinan kedua dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman al-Affan.Naelah al-Farafisya lambang peribadi mulia seorang serikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa ragana demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zaman beliau.
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak ...
0 comments:
Post a Comment