Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, June 20, 2011

Celupan Allah

Assalamualaikum wbt.

Panas mentari terik membakar. Kali ini saya berjalan seorang diri ke kawasan Mustasyfa Taware3 (Emergency Hospital). Walaupun risau mungkin terlambat ke kelas bedside teaching Neurology, saya putuskan untuk solat Zohor terlebih dahulu. Terngiang-ngiang kata-kata Abang, kalau kita dahulukan hak Allah, insyaAllah kita akan lebih tenang.

Ternyata saya lebih tenang meredah panas tengah hari di musim panas ini.

Kawasan Mustasyfa Taware3 tetap sibuk dan dipenuhi orang ramai walaupun sudah menjelang tengah hari. Matahari tegak di atas kepala. Angin yang bertiup membawa bahang sahara.

Pesakit-pesakit yang menunggu giliran untuk mendapat rawatan, sabar menanti walaupun terpaksa menunggu di kaki lima hospital sejak pagi. Belum cerita tentang pesakit di atas stretcher! Yang berada ditengah-tengah jalan, menunggu giliran untuk masuk ke bangunan radiology, stretcher yang ditolak oleh saudara mara terdekat menyekat jalan orang ramai. Suasana menjadi bingit! Bak kata orang, patient tu sudahlah sakit, bertambah sakit dengan keadaan sebegitu.

Jalan tidak rata dan berlopak-lopak. Kawasan sekeliling masih lagi under construction. Kalau belum pernah ke sini, mesti tak percaya ini adalah kawasan hospital!

Pejalanan ke Neurology Department adalah suatu perjalanan yang menarik. Tidak bosan. Melihat lagak manusia di sana sini. Cukup untuk merefleksi diri ini.

Rakyat Mesir punya keistimewaan sendiri. Dalam keadaan yang serba kekurangan, sistem yang kurang kemas, hidup yang ala kadar. Secara fizikalnya mungkin mereka nampak kolot, daif, kurang berpendidikan, tidak moden dan sewaktu dengannya. Namun jauh di dalam diri mereka terdapat satu ruh. Ruh kefahaman tentang Islam, perjuangan, jihad dan kekuatan yang tidak terluah dek kata.

Saya tidak pelik apabila seorang pemandu teksi cabuk boleh bercakap tentang perjuangan Islam. Bercakap tentang Jihad, tentang Syahid. Bercakap tentang pentingnya kebangkitan ummat untuk revolusi negara dan dunia. Walaupun raut wajah, pakaian dan penampilan mereka nampak daif, tapi fikrah merrka adalah fikrah Islamiyyah yang jelas. Jiwa mereka kaya dengan kefahaman dan ruh jihad!

Saya cuba bandingkan dengan...Typical Malaysian.

Pakaian mereka elegan dan berjenama. Lenggok gaya berjalan penuh gaya dan tampak megah. Dengan sunglasses and shades. Tak boleh langsung kena panas. Di bahu mereka beg yang berjenama mewah. Di tangan mereka buku perubatan. Fizikalnya WAH, NAMPAK HEBAT kan!

Tapi jiwa mereka? Kosong.

Hakikatnya, kebanyakan dari mereka hidup mereka hanya untuk diri sendiri. Mereka hanya kisah akan perasaan mereka. Sedih, tak puas hati, marah, gembira, teruja... Jumpa kawan lelaki atau perempuan, hanya untuk membincangkan rasa tidak puas hati pada manusia lain. Atau mungkin lebih baik, buat study group.

Balik rumah, buka kipas atau aircond. Menghadap laptop dan mencari movie mana sesuai untuk ditonton bagi meredakan hangat bahang musim panas di luar atau untuk meredakan perasaan yang berkecamuk. Jika lapar, keluar saja kemana-mana restoran Asia yang berlambak di luar. Sambil makan, boleh hang out dengan kawan-kawan. Ataupun masak ala kadar di rumah. IndoMee pun jadilah, lebih baik - ayam Koki. Sudah selesai, sambung beristirehat. Menyambung aktiviti harian yang sama dan tetap sama setiap hari.

Mereka pandai tetapi jiwa mereka? Kosong. Kosong tidak terisi.

Bila bercakap tentang Jihad, mereka akan katakan kelompok ini extreme. Bila cberakap tentang Syahid, mereka akan katakan itu hanya angan-angan. Bila cakap tentang kefahaman Islam, mereka akan katakan cukuplah Islam kami biasa-biasa saja. Kami tetap solat, tetap berpuasa.

See? Their mind and thought are blunt. They've no idea about it!

Bak kata Ustaz Nik Abduh dalam sesi ceramahnya di Mansurah baru-baru ini, rakyat Malaysia nowadays are actually do not deserves to live the life they're living now. Tidak berhak pun sebenarnya mereka hidup atas kesenangan after all bad things they've done. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah. But the point is, mereka tidak sedar!

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang (syahid) bererti beliau mati dalam keadaan jahiliyyah"

Saya rela menjeruk peluh, meredah panas, mengharung lautan manusia, menahan sabar dan marah, berhadapan dengan mereka yang zahirnya terkebelakang dari segi ketamadunan dan modernization. Tapi jiwa mereka kaya dengan ruh semangat Jihad, mendokongi fikrah yang sebenar, aqidah yang salim dan ibadah yang sahih. Dalam diam, cara hidup dan kata-kata mereka turut meniup ruh dalam jiwa kita. Menyalakan api semangat untuk Syahid. Menentang jahiliyyah dan menjatuhkan kezaliman.

"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?" (surah al-Baqarah : ayat 138)




3 comments:

mamariz said...

subhanallah..comelnya ziyad..cemburu tengok ziyad.nak save gambar ni boleh?

- ismisyakila - said...

alhamdulillah..hadza min fadhli rabbi..sila2 save..

wardatul asrar said...

Allahu Allah ya ukhti.. dalam asyik mendengar dan membaca orang-orang mengata kaum mesir, ada juga penulisan yang memfokuskan sisi baik masyarakat di bumi anbiya'.

sangat benar apa yg ukhti khabarkan. saya suka menonton rancangan law kaana bainana. di situ kita laihat bagaimana penghayatan kaum mereka tentang baginda SAW. bagaimana respon mereka bila di sebut nama baginda SAW yg mulia. masyaAllah..