Saya sendiri buntu dari mana perlu saya mulakan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Itulah pembukaan terbaik dan tercantik setelah sekian lama 'menyepi' dalam kebahagiaan. Benar, perkahwinan atas dasar aqidah dan ditautkan oleh iman dan taqwa itu amat membahagiakan. Ya, sungguh membahagiakan dan benar-benar menenangkan. smile*
Masih segar dalam ingatan saya saat Mr.H (read : Mr. Hubby) yang pada ketika itu masih lagi tunang saya, membantu Imtiyaz memohon ihsan Baba (Tuan Rumah) agar menurunkan sewa sesuai untuk 3 orang ahli yang berbaki. Terlalu banyak pesanan dan amanat buat kami yang bakal mendirikan rumahtangga. Hati saya sebak kerana Nasihat dan pesanan itu tidak ubah seperti pesanan seorang ayah kepada anak-anaknya.
Antara pesanan Baba pada kami (Imtiyaz dan Mr. H ) adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 :
" Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Alhamdulillah..dalam usia perkahwinan yang baru sahaja menghampiri sebulan ini, saya dapat merasakan nikmat Sakinah, Mawaddah dan Rahmah yang dijanjikan Azza Wa Jalla. Berada di samping suami saya rasakan seperti disirami haruman bunga yang mekar. Mengutip setiap kata-katanya yang penuh hikmah setiap masa menjadikan jiwa sentiasa basah dengan peringatan dan tazkirah. SubhanAllah..Alhamdulillah.. Puji dan syukur kepada Allah dikurniakan suami yang sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati (Qurrata A'yun). Saat-saat ketika Mr.H tiada di sisi membuatkan saya amat rindu kalam-kalam hikmah yang sentiasa menitip di bibirnya.
Beberapa hari selepas berkahwin, baru saya tersedar bahawa kami adalah perintis bagi pasangan yang berkahwin berlainan kursus pengajian di bumi Mansurah ini. Mr. H dalam bidang Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar dan saya dalam bidang Perubatan Am. Tiada lagi indicator bagi pasangan berkahwin seperti kami sebelum ini.
Universiti kami berlainan, kursus pengajian berlainan, waktu kuliah berlainan, jadual berlainan, posisi dalam persatuan juga berlainan. Yet we do enjoy the differences. And on top of those differences, we have the same aim : to practice the real Islam within guidance of al-Quran & Sunnah and do dakwah everytime and everywhere. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati niat suci kami nan satu ini.
Kami tidaklah sentiasa bersama seperti pasangan berkahwin (short distance marriage) yang lain. Namun kami akan pastikan masa-masa bersama yang ada, kami lalui dengan penuh berkualiti.
Masih berbekas di dalam benak fikiran saya dan meresap ke dalam jiwa saya, nasihat Kak Hurun 'Ain pada hari pernikahan saya. "Isteri pejuang tidak boleh manja..". Dan nasihat ini memberi kekuatan ajaib pada saya setiap kali ditinggalkan berseorangan. Benar, isteri pejuang tidak boleh manja. Bahkan kitalah penyokong kuat dan pendorong utama sayap perjuangan suami. Berjuanglah suamiku sehingga kau bertemu dengan syahid di jalan Allah agar kelak kita dapat bertemu di Syurga nan abadi.
Saya selalu bertanyakan soalan pada Mr. H. Dan dia selalu menjawab dengan baik. Antara soalan yang saya tanya ; "Abang, boleh ke kita dapatkan Syurga?"
"Boleh..tapi jauh dan susah sekali. Kita kena selaaaalu berdoa supaya mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan dibangunkan di Mahsyar kelak dalam keadaan yang mudah mendapat rahmat Allah dan seterusnya mendapat syurga"
"Para Sahabat bersungguh-sungguh untuk dapatkan syurga. Rasulullah beribadah sampai bengkak-bengkak kaki. Subhanallah.. Itu Rasulullah. Kita bagaimana? Solat fardhu kita, solat sunat kita, ibadah-ibadah kita dan amalan-amalan kita..?"
Ya, untuk meraih syurga itu bukan mudah. Syurga itu adalah cita-cita teragung yang usaha untuk mendapatkannya juga mestilah sebaik-baik usaha.
"Pernah tak ada orang buat kereta, tapi dia beli kereta yang dia buat sendiri tu?" tanya Mr. H pada saya.
"Aik, takkanlah nak beli sendiri kereta yang dia buat? Ambik je la.." jawab saya.
"Erm betul. Tapi Allah tidak.. Allah yang cipta kita dan Allah juga mahu membeli diri kita. 'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka'.." balas Mr. H selepas membaca potongan ayat 111 Surah at-Taubah berserta maksudnya.
Ya, jual beli Allah itu adalah jual beli yang terbaik. Jual beli yang tidak pernah merugikan malah menguntungkan sesiapa sahaja. Kita dibayar dengan sebaik-baik bayaran iaitu Syurga. Siapa tidak menginginan Syurga Allah? Subhanallah...
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepaanya ; "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau suka" (H.R Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)
Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi isteri solehah yang sentiasa taat pada suami, menjadi penyejuk mata dan hati bagi suami. Saya juga tidak berkecuali. Semoga setiap perkara yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta'ala dalam mencari redha dan rahmatNya.
Semoga cinta dan kasih ini tidak hanya di dunia, malahan kekal abadi sehingga di Syurga. Semoga bertemu di Syurga suamiku.
Round Ophtal masih berbaki dua minggu sebelum exam round. Aktiviti yang direncanakan oleh Unit Akademik juga perlu berjalan dan kali ini bukan lagi longlai tetapi dengan pecutan. Amanah dan tanggungjawab yang lain juga perlu dilunaskan. Hari-hari yang dilalui semasa zaman bujang, perlu dilalui seperti biasa bahkan semakin sibuk. Tanggungjawab bertambah dan pembahagian masa kini perlu lebih cermat.
Selamat beramal! (^__^)v
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak ...
5 comments:
kak kiki..sngt sweet :)
semoga apa impian dimakbulkan
really miss u (^_^)
*semua impian
haiishh..tersilap lak.ngehehe
slm alaik..adk syg,tenang n gmbira akk bca nukilan kiki=)
dik,tugas sbg istri ni sgt mulia.
hormati diriny,dia hadiah dr Allah untk adk.
kta tidk mmilih utk brada brsama2 suami hnya d dnia,tp bhagia ni ingn skali kt rasai slmanya hgga k syurga.
mlpaskan suami kluar berjuang jg adlh 1 jihad/mujahadh bt isteri.
smga kt thabat dlm ketaatn..amin^_^
semoga berbahagia ke akhir hayat, diketemukn kembali dalam syurga Allah & menjadi contoh terbaik bg kwn2 yg baru nk bjinak2 ke arah alam perkahwinan..
terima kasih atas perkongsian yg indah (^_^)
sy doakan akak dan uztaz berbahgia hingga ke SYURGA inshaAllah..
"istri pejuang tak boleh manja" very sweet and meaningful..
akak doakan sy dikurniakan zauj seorang pejuang yg selalu merindukan SYURGA ALLAH =)
JZKK
Post a Comment