Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 15, 2010

Kita dan Qiyamah

Assalamualaikum wbt.


"Dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminda penundaan atau percepatan sesaat pun"(al- A'raf : 34)

Setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian. Ajal kita, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah. Sama ada kita suka mahupun tidak, kematian itu akan tetap datang. Mungkin caranya berbeza pada setiap orang.

Berita kematian seorang pelajar perubatan dari Universiti Tanta mengejutkan sesiapa sahaja. Sesungguhnya kematian adalah sebaik-baik peringatan bagi orang-orang yang beriman kerana orang yang sentiasa mengingati mati takkan membazirkan masa dalam hidupnya dengan berfoya-foya, melalukan perkara yang lagha, terlalu mengejar keduniaan dan melakukan perkara-perkara yang mungkar.

"Kalaulah kita tahu bila kita akan mati, mesti kita akan beribadah sehabis baik. Contoh kalau sayang tahu bila sayang mati sepertimana sayang tahu sayang akan exam 16hb ni, mesti dah tak keluar rumah dah kan? Mesti duduk atas sejadah je.."


"Malaikat maut datang pada kita 50 kali setiap hari. Mungkin saja kita akan mati bila-bila masa setiap hari.. Ya Subhanallah.."


"Ya Allah..kita ni bila-bila je boleh mati. Kita tak tahu bagaimana keadaan kita nanti. Sebab tu kena selalu doa agar dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah bukan Su'ul Khatimah!"


Itulah antara kata-kata Mr.Hubby yang selalu mengingatkan saya tentang kematian di mana saja tak kira masa.

Saya baru sahaja selesai menonton movie 2012. Saya mengambil masa hampir sebulan untuk menghabiskan keseluruhan cerita kerana terpaksa mencuri-curi masa menonton movie sedikit demi sedikit sehingga tamat.


2012 mungkin saja mempunyai unsur-unsur yang tidak selari dengan apa yang diceritakan di dalam al-Quran dan Sunnah mengenai doomsday. Erm, bila kaum kuffar yang buat cerita, fenomena begini biasalah kan?

Namun mungkin boleh saja kita mengambil sedikit iktibar daripada jalan cerita tersebut. 2012 sedikt sebanyak menggambarkan keadaan manusia apabila kiamat berlaku. Semua orang sibuk nak selamatkan diri. Berbagai method dan cara yang mereka lakukan.

Pernahkah kita terfikir, saat kiamat tiba, saat itu apakah perkara yang sedang kita lakukan?

-Adakah kita sedang sujud di atas sejadah mengabdikan diri kepada Azza wa Jalla?
-Ataukah sedang dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan kefadhuan? -Ataukah sedang leka mengadap komputer bermain game dirumah?
-Ataukah kita sedang menonton movie korea sambil menjerit memuji-muji aktor kesukaan kita?
-Atau sedang berpeleseran berpegangan tangan dengan seseorang yang bukan mahram kita?
-Ataukan sedang melangkahkan kaki menuju ke tempat-tempat maksiat?

-Ataukah sedang membuang masa di tempat-tempat yang bukan sepatutnya?


MasyaAllah..


"Tetapi manusia hendak berbuat maksiat terus-menerus. Dia bertanya "bilakah hari Kiamat itu?". Maka apabila mata terbelalak ketakutan, dan bulan pun telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, ketika itu manusia berkata, "kemana tempat lari?". Tidak! Tidak ada tempat untuk berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu"
(al-Qiyamah : 5-12)

Takutkan bila tadabbur ayat dalam surah al-Qiyamah ni? Kiamat itu seperti yang diberitakan dalam al-Quran adalah sangat dahsyat. Lebih dahsyat dari apa yang kita tonton dalam movie 2012 tu. Tiada apa yang boleh selamatkan kita. Tiada tempat lagi untuk kita larikan diri. Tiada masa lagi untuk fikirkan perkara-perkara dunia. Saat itu planet-planet berguguran. Gunung ganang berterbangan. Bumi terbelah. Dan bermacam-macam lagi perkara dahsyat berlaku. MasyaAllah. Dan pada saat itu, taubat kita sudah tidak diterima lagi! Ya Rabb!

Kalaulah manusia faham kenapa dia dihidupkan, mesti dia menggunakan sebaik-baiknya peluang hidup itu untuk mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku" (az-Zariyat : 56)

"Dia yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun." (al-Mulk : 2)

Ya, antara sebab kita dihidupkan adalah untuk diuji siapakan diantara kita yang paling baik amalannya. Kalaulah semua manusia faham ayat ini, mesti semua orang berebut-rebut nak buat baik. Semua orang takut nak buat dosa dan maksiat kan? Mesti dah tak ada couple-couple yang keluar berpeleseran setiap malam. Mesti tak ada kes zina dan buang bayi di mana saja. Mesti tak ada korupsi dalam politik dan perniagaan. Mesti tak ada jenayah-jenayah berat yang berlaku.

Manusia sekarang selalu tamak dan tidak sabar. Mereka tidak sabar untuk mengecap kemewahan, kebahagiaan, kekayaan dan segala yang best-best yang Allah janjikan di Syurga-Nya nanti. Kadang-kadang mereka tak percaya terus janji-janji Allah itu. Menyebabkan mereka terus menerus mengejar keseronokan dunia yang konon-kononnya syurga buat mereka. Ah, manusia selalu lupa. Rugikan?


0 comments: