Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 14, 2009

UBI dan BATAS

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..

Masih di beri peluang oleh Allah untuk menaip kembali. Masa yang mengekang sering sahaja membantutkan niat saya untuk menulis. Hampir tiga minggu sekolah kami mula bercuti. Saya berharap masa2 yang terluang ini dapat saya isi dengan baik. Poster yang tertampal di dinding dengan kalam :

"Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil"

merupakan peringatan yang sungguh cantik.


RESULT

Result exam telah pun keluar beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.. kepada Allah sahaja layaknya segala pujian di atas kejayaan yang diberi. Pada mulanya saya sedikit frust dengan keputusan yang dicapai dek kerana target yang tidak kesampaian atau mungkin lebih tepat lagi, target tersebut tersangat hampir untuk di capai. Saya mengucapkan alhamdulillah tetapi dalam masa yang sama saya sedikit mengeluh, dimanakah silapnya?

Sehinggalah keesokan harinya saya diajar untuk menghadam sebuah hadith berikut :

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Seorang mukmin yang kuat itu adalah baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah. Dan bagi mereka semuanya adalah baik. Berlumba-lumbalah kamu kepada perkara yang membawa manfaat dan mintalah pertolongan dari Allah. Dan janganlah bersikap lemah atau malas. Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu perkara maka janganlah kamu berkata : ' Kalaulah aku buat sebegitu tentulah tidak jadi sebegitu'. Tetapi katakanlah : 'Ketentuan Allah dengan apa yang dekehendakiNya'. Sekiranya seringkali menggunakan perkataan kalau, ia akan membawa kepada perlakuan syaitan.


Besarnya kuasa Allah yang sering sahaja memberikan peringatan yang baik buat hamba-hambaNya. Betapa saya cuai untuk bersyukur pada masa itu. Sedangkan mungkin itulah yang terbaik buat saya.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sangat dikagumi urusan dan kelakuan orang2 yang beriman kerana sesungguhnya segala urusan adalah baik bagi mereka. Iaitu apabila diberi kesenangan, dia bersyukur maka itu adalah baik baginya dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dan ia menjadi kebaikan baginya" (H.R Muslim)


JAULAH


Alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk menghayati dan mentadabbur alamNya yang luas ini. Jika diizinkanNya, sedikit perkongsian akan saya tulis di sini pada entri2 seterusnya insyaAllah..



Marsa Matruh


Fayyoum


0 comments: