Letih..
Itu sahaja perkataan yang terungkap buat masa ini. Rasa seperti mahu menangis. Saya tahu tiadalah tempat terbaik untuk saya mengadu melainkan Rabbul Jalil. Tapi biarlah lelah yang dialami saat ini tercoret sedikit di sini sebagai kenangan dan muhasabah suatu hari nanti jika saya membaca kembali post ini.
Alhamdulillah Dia masih mengurniakan saya ketenangan. Tapi terkadang hati risau juga apabila terlampau tenang sedangkan masih banyak lagi chapter yang menanti untuk dihadam cerna. Semoga diberi kesempatan untuk bersedia dengan baik. Semoga diberi peluang untuk berusaha dengan sebaik-baik usaha. Semoga diizinkan untuk mengecap kejayaan di dunia sementara. Semoga Dia mengizinkannya.
Peperiksaan sememangnya menguji jiwa hamba. Menguji sejauh manakah kebergantungan kita kepadaNya. Betapa diri yang kerdil dan hina ini terlalu-lalu memerlukan Dia. Siapa yang menafikan, anda sememangnya berdusta.
Saban hari kita menangis mengongoi, melutut merayu, bersujud memohon dan meminta agar Dia sentiasa mengurniakan kemudahan, ketenangan dan kejayaan kepada kita. Agar Dia melihat dan menilai usaha dan kesungguhan kita. Agar Dia menganugerahkan kejayaan yang terbaik buat kita.
Tetapi adakah ia hanya ketika musim peperiksaan semata-mata?
Jika sebelumnya kita tidak begini, jadikanlah saat ini sebagai medan titik tolak dalam mendekatkan diri kepadaNya. Dan semoga kita beristiqamah selamanya.
Semoga peperiksaan ini meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Semoga hati ini sentiasa redha akan ketentuannya selepas daripada ini dan setiap masa. Semoga usaha yang kecil ini dinilai sebagai amal soleh dan memberatkan timbangan Mizan kita kelak.
Doakan agar kami diberi kekuatan dan mujahadah yang kuat.
Demi Allah dan Rasul-Nya..
Demi deen Islam yang agung ini..
Demi Al-Aqsa..
Demi kedua ibubapa..
Dan demi ciptaan-Nya yang lain..
Letih..betul-betul letih..
0 comments:
Post a Comment