Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, February 14, 2009

Harga Seorang Aku

Assalamualaikum wbt


Hari ini 14 Feb yang mana terkenal dengan 'Valentine'nya. Bukanlah sejarah Valentine yang mahu saya ceritakan di sini kerana insyaAllah ramai yang di luar sana tahu siapakah Ratu Isabella dan siapakah St. Valentino di sebalik sejarah Valentine's Day itu sendiri.

Bodohlah siapa yang buat2 tidak tahu. Jika kita teliti, perkataan Hari Valentine ditulis HAPPY VALENTINE'S DAY. Yang mana aphostrophy S ('s) itu menunjukkan 'kepunyaan'. Maksudnya ayat itu bermaksud 'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUNYAAN VALENTINE' dan bukannya bermaksud 'HARI KEKASIH' yang macam orang Melayu war-warkan tu. Apa yang menjadi kepunyaan Valentine? Kisah cinta si St. Valentino dan Ratu Isabella lah. Jadi betullah kalau kita menyambut yang kononnya HARI KEKASIH pada 14 Feb, maka seolah2 kita mengangungkan St Valentino dan kisah cintanya. So, nak celebrate lagi?

Bagi muda mudi di Mesir ini sendiri, entah ke berapa kali mereka menyambut Hari Kekasih saya pun tak pasti. Rasa macam tiap2 bulan ada saja promosi Hari Kekasih di kedai2 hadiah dan cenderamata. Belum lagi mereka 'menghadiahkan' kami panorama2 'pipit dua sejoli' ataupun mempraktiskan peribahasa melayu 'bagai isi dengan kuku' yang betul2 rapat serapat2nya bagai tiada jurang.


Baiklah..Berhenti di situ. Bukanlah di Mesir ini semuanya buruk dan bukan juga semuanya baik. Sepertimana sejarah itu sendiri, Allah turunkan Nabi Musa dan begitu juga Firaun di bumi Mesir ini. Maka pilihlah jalan anda. Antara Musa yang Allah beri mukjizat dapat berbicara terus denganNya ataupun Firaun si sekejam2 manusia.

Banyak sahaja biah atau keadaan yang baik yang boleh kita lihat dan alami di sini tetapi tiada di Malaysia. Contohnya budaya membawa dan membaca Quran di mana sahaja mereka berada terutama apabil Ramadan tiba, bibir mereka yang sentiasa terkumat kamit dilazimi dengan zikir, mulut2 mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan sesiapa sahaja, pemandu teksi yang nampak saja rock tetapi memasang alunan Quran ataupun ceramah2 agama dalam teksi mereka dan banyak lagi lah. Mereka bukanlah orang2 yang berkopiah atau berserban. Tetapi orang biasa. Boleh nampak budaya ini di Malaysia? Jika ada, pasti jarang sekali kan?


Saya mahu bercerita..


Pernah suatu hari, saya dan rakan2 meraikan kedatangan adik2 junior yang datang dari Cairo. Kami memilih Pizza Party untuk mengadakan sedikit jamuan buat mereka untuk saling mengenal dan berukhuwwah. Sementara menuggu kedatangan mereka, saya dan dua orang rakan saya ber'lepak2' di situ selepas berbincang dengan Manager restoran memastikan agar semua berjalan dengan baik.


Sedang ber'lepak2', tiba2 kami di'hidang'kan dengan sesuatu yang tidak pernah kami tempah dari pihak restoran iaitu 'hidangan' panorama2 yang saya tak tahulah apa perkataan yang terbaik untuk menerangkannya. Beristighfar jika melihatnya. Beberapa couple Arab yang tanpa segan silu berkasih-kasihan, berpeluk cuim dan bercumbu mesra di hadapan kami.


Saya jijik. Menyampah pun ada. Rasa mahu beri penampar. Saya dan kawan2 beri pandangan tajam dan sinis seolah2 memerli. Pandangan benci, jijik dan tidak suka. Saya tak pasti sama ada mereka betul tidak faham atau buat2 tidak faham kerana semakin menjadi2 pula kelakuan mereka seolah2 BERBANGGA dan mahu MENUNJUK2 pada kami betapa romantiknya si Teruna dan betapa manjanya si Dara.


Saya mahu menegur directly tetapi bahasa menjadi masalah kerana saya tidak fasih sangat berbahasa arab. Kawan2 saya cuba mereka-reka ayat dalam bahasa arab tapi macam tak jadi je. Kemudian saya tekad memberitahu Manager di situ agar 'menghalau' mereka dari tempat itu.


"Excuse me. Can you please talk to the couples there to find another place away from us? I'm sorry but I cant accept their manners. Can you please talk to them? Please?" Saya mengadu dengan sedikit keras dan tegas. Mungkin kerana saya marah. Sorry Manager, saya tak sepatutunya marahkan awak.


Saya rasa kasihan pada perempuan itu. Tidakkan dia rasa bahawa maruah dia sedang di pijak2 dan di murahkan oleh lelaki itu? Mudahnya dia tertipu. Mudahnya dia menyerahkan sesuatu yang amat berharga bagi seorang wanita. Mudahnya!


Nauzubillahi min zalik..


Bila lihat kembali fenomena2 yang berlaku sekarang, ada di antara wanita yang seolah2 tidak menghargai kemuliaan mereka sebagai seorang wanita. Mereka seolah tidak mengetahui nilai seorang wanita. Nilai betapa mahalnya maruah seorang wanita. Mereka seolah2 tidak kisah akan maruah diri mereka. Senang2 disentuh dan dipegang sana sini. Senang2 mendedah perhiasan diri sana sini. Isk, adakah mereka menganggap apa yang ada pada diri mereka adalah sesuatu yang perlu dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja?


Saya geram. Betul2 geram.


Wahai diri saya dan wanita2 sekalian..tahukah anda bahawa Islam meletakkan anda di satu tempat yang tinggi? Tahukah?


Jika tahu, alhamdulillah...


Oh, anda tidak tahu? Tidak mengapa..saya akan beritahu.


Sudah jelas wanita adalah insan mulia. Mulia bagaimana? Wanita di muliakan oleh Islam dengan pelbagai cara yang kadangkala kita tidak sedar. Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurnaan bagi setiap lelaki. Setiap lelaki yang halal bagi kita...bukan lelaki2 tepi jalan tu. Islam juga telah memelihara wanita secara fitrah dan mengakui peranannya dalam masyarakat.

Sabda Rasulullah s.a.w :"Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita solehah".



Jika kita sedar, Islam bersifat memelihara wanita dalam segala aspek. Agama, harta, hak, maruah, akhlak, aurat, kekeluargaan dan bermacam2 lagi. Antara yang boleh saya ringkaskan di sini adalah :

  • Islam telah memelihara kewanitaan sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan.
  • Islam sentiasa memelihara wanita di mana wajib suami memberi nafkah yang sesuai dengan syariat Islam.
  • Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk memelihara kemuliaannya dan menjaga maruahnya dari prasangka2 buruk.



MasyaAllah..Begitu sekali Islam memelihara kita. Tetapi kita? Adakah kita memelihara kewanitaan kita? Tepuklah dada..

Dalam Surah An-Nur ayat 33, di hujung ayat itu Allah berfirman :"Dan janganlah kamu paksa hamba sahaya perempuanmu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Barangsiapa memaksa mereka, maka sungguh. allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (kepada meraka hamba perempuan) setelah mereka dipaksa."

Lihatlah betapa Allah memuliakan seorang hamba sahaya perempuan dengan berpesan kepada tuan mereka untuk tidak memaksa mereka melakukan pelacuran jika mereka menginginkan kesucian. Bukankah seorang wanita itu dimuliakan oleh Islam walaupun wanita itu adalah seorang hamba sahaya? Apatah lagi kitayang bukan hamba sahaya..

Muslimah dan diri saya yang saya kasihi..

Lihatlah betapa Islam memelihara wanita dan kewanitaannya. Tetapi adakah kita yang bergelar wanita itu sendiri, memelihara dan mempertahankan diri dan kewanitaan kita? Islam sangat baik. Islam bukan sahaja memelihara wanita malah Islam memberi garis panduan agar kita wanita tetap memelihara kewanitaan kita. Bagaimana?

1) Islam menyuruh kita memelihara pandangan mata kita dan memelihara kesucian kita :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" (An-Nur : 31)

2) Islam menyuruh kita menutup aurat dan perhiasan kita dengan baik. Tidak berpakaian terlalu ketat dan menjolok mata :


"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka." (An-Nur : 31)

3) Islam menyuruh kita agar tidak menampakkan perhiasan yang tersembunyi seperti rambut, leher, kedua2 lengan dan kedua2 betis kecuali kepada suami kita atau mahram kita :

"Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak2 mereka, atau anak2 suam mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau anak2 saudara lelaki mereka, atau anak2 saudara perempuan mereka, atau wanita2 Islam, ataubudak2 yang mereka miliki, atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..." (An-Nur : 31)

4) Islam menyuruh kita agar kita bersopan semasa berjalan dan berbicara :

"Dan janganlah mereka menghentak kaki mereka agar di keahui perhiasan yang mereka sembnyikan.." (An-Nur : 31)

"Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyait dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab : 32)


5) Islam menyuruh kita agar menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki kepada dirinya :


Rasulullah s.a.w bersabda : "Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina. Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki), dia telah (dianggap) zina."


6) Islam menyuruh kita agar tidak berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya, untuk memelihara dirinya daripada di fitnah :


Sabda Nabi s.a.w : "Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan jangan seorang wanita bermusafir melainkan dengan muhrimnya."


Okay, sekarang sudah tahu sebanyak dan setinggi mana wanita dimuliakan oleh Islam? Jika jawapan anda YA, alhamdulillah....Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bersama2 memelihara kemuliaan dan kesucian kita sebagai wanita islam dan sebagai muslimah solehah insyaAllah..

4 comments:

kartini said...

ya, cinta itu umpama ubat yang beracun. kalau overdose, maka jadi lah racun, kalau low dose, maka tidak sempurna lah hidup. namun kita sering menyalahgunakan cinta itu. moga menjadi muslimah & doktor yg solehah ;)

gorengTelor said...

......









agreed.

shatrah said...

kak syakila.. entry yang saangat menarik.. mmberi peringatan kpd sesiapa yg mahu mengambilnya.. lama x lawat blog kak ila. hehe. tgh duk membaca la ni C:

M. As Suhaimi said...

hemm. Dr.. kena kaji kenapa ada wanita yg begitu tidak mahu menjaga aurat.. kaji sisi seorg perempuan. kalau sisi saya.. saya membuat kesimpulan {tak yakin dengan kecantikan diri sendiri. dan tak yakin dengan ALLAH}... so kaji lah... nak tau pandagan dr...