Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, February 9, 2009

The Confusing Junctional Road Part 1

Assalamualaikum wbt..

Saya seolah-olah buntu. Buntu mencari jalan keluar. Mungin bagi sesetangah individu, ini bukan masa yang sesuai untuk memikirkan apa yang saya fikirkan. Tapi inilah saya..Saya yang sebenar. Suka berfikir jauh ke depan biarpun belum masanya..

Saya mula bercita-cita untuk menjadi doktor sejak saya berumur 10 tahun. Pada masa itu orang-orang disekeliling saya tidak pernah bertanya "Syakila nanti besar nak jadi apa?" tetapi mereka yang seolah-olah meletak harapan pada saya. "Keluarga kita belum ada yang jadi Doktor. Engineer je ramai. Cikgu pun ramai. Kamu jadi Doktor lah pulak." Saya hanya mengangguk.




Jika subjek Penulisan meminta saya membuat karangan bertajuk 'Cita-cita Saya' saya buntu memikirkan sebab mengapa saya mahu menjadi doktor. Saya ambil jalan mudah dengan mengambil pekerjaan lain yang punya banyak alasan mengapa saya mahu profesyen tersebut, barulah boleh dapat markah karangan yang tinggi.


Itu semua sepuluh tahun yang lalu..Sebuah angan-angan yang bertukar menjadi sebuah cita-cita murni.Dan sepuluh tahun selepas itu, di sinilah saya. Berjuang demi segulung ijazah untuk bergelar Doktor.

Kini saya bertanya pada diri sendiri, mengapa saya mahu menjadi doktor?


Bukan senang untuk menjadi seorang doktor yang betul2 bertauliah. Lihat saja bermula dari pemilihan masuk ke mana2 Fakulti Perubatan. Keputusan yang cemerlang adalah tiket.


Mengapa mesti keputusan yang cemerlang?


Seorang Doktor pernah berkata pada kami : "Sesiapa sahaja boleh menjadi doktor. Student dengan 5As SPM pun boleh menjadi Doktor. So why do we only choose those perfect scorer instead of them?"


Jawapannya simple : "Seorang Doktor perlu membuat keputusan yang tepat dalam setiap perkara. They have to make decision with no tendency of mistake. They have to be able to think at a very rapid rate. They need the good quality of IQ, EQ and SQ with the IQ on the top of those. And that is why we only choose the top scorer to enter the medical school. The top scorer will do less mistake because they are brainy." (ayat diolah oleh saya tetapi isi masih sama InsyaAllah..)


Itu baru soal 'tiket' masuk ke mana2 sekolah perubatan. Belum lagi cerita tentang apa yang kami hadapi sebagai seorang pelajar perubatan dan apa yang graduan lepasan sekolah perubatan hadapi ketika sudah bekerja sebagai medical practitioner.


Jadi mengapa mahu menjadi doktor?


Study susah..subjek2 medic yang sangat mencabar. Exam yang susah lebih2 lagi Universiti Mansurah, terkenal dengan exam paling susah di antara semua Fakulti Perubatan di seluruh Mesir (think twice to come here!). Sebijak manapun anda semasa di sekolah menegah dahulu, doesnt guarantee you to do well in medical programme. Ada kemungkinan pelajar mengulang paper yang tidak lepas semasa exam pertama. Dan ada kemungkinan juga mengulang tahun jika tidak lepas exam yang kedua. Begitulah seterusnya yang menjadikan tempoh pengajian bukan lagi 6 tahun. Mudahkah?



Bekerja pun susah..Bermula dari tahun lepas, internship course yang kami perlu lalui pula adalah selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Dalam tempoh itu, kami akan bekerja dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam keesokan harinya. Hari2 oncall. Lebih2 lagi pelajar lepasan Mesir seperti kami, sudah pasti memerlukan usaha keras dan gigih ketika internship nanti because of the lack of skills. Apa yang saya nyatakan ini, baru sedikit. Banyak lagi yang telah saya kaji.. Jika difikirkan, boleh jadi patah semangat.


Jadi mengapa mahu menjadi doktor?


Tanyalah soalan ini pada mana2 pelajar perubatan. Pasti tiada jawapan khusus. Jika di tanya MENGAPA, boleh jadi banyak sebab mengapa seorang pelajar perubatan sanggup melalui 6 tahun pengajian perubatan, 2 tahun internship, kerjaya yang sibuk dan penat, kemungkinan untuk di jangkiti TB, HIV, Hepatitis & etc ketika merawat, malpractice tendency, work loads and work hours, dan macam2 lagi.

Tapi..
Mereka masih tetap berada di kerusi dewan kuliah menghadiri kuliah2 yang di ajar dan menghadapi exam2 yang susah tanpa pernah berputus asa. Dan yang pasti, mereka akan teruskan dengan jalan yang mereka pilih ini.

Jadi mengapa mahu menjadi doktor?






What there is to say?
I love medicine
I love the ability to heal, to aid people
The knowledge about human body
And the responsibility in taking desicions
that can change a person's life
I just enjoy Med School
I want to be a better doctor
I WANT TO
I dont feel obligated to be one
and that feels good

-the gung-ho of me-


Jauh disudut hati saya, saya punya sebab mengapa saya memilih bidang ini. Ianya tidak terungkap dek kata2. It may sounds funny but that is for real. Biarpun penuh kepayahan dan keperitan, saya tetap mahu menjadi seorang doktor. Malahan cita-cita saya bukanlah sekadar menyemat title 'Dr. Syaidatul Syakila Binti Aini, MBChB' pada tag nama saya mahupun di pintu bilik saya, tetapi lebih daripada itu.
Confuse

Dan kini saya buntu dan keliru. Saya bercita-cita untuk menjadi Cardiothoracic Surgeon (CTS) TETAPI setelah buat beberapa research, membuatkan saya berfikir tujuh hingga lapan kali. Semua berkaitan masa, komitmen, peluang kerjaya, kehidupan biasa dan semuanya. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan. Bakal menjadi isteri kepada seorang suami dan ibu pada anak2. Jika saya menjadi CTS kelak, terlalu banyak yang saya perlu korbankan dan mereka perlu korbankan. Belum lagi aktiviti2 dakwah dan kemasyarakatan yang lain yang saya bercita-cita untuk laksanakan.

Terfikir untuk berpindah pada pilihan kedua Anasthesiologist ataupun pilihan ketiga Gynaecologist. Tetapi tetap mahu yang pertama.

Mungkin anda rasa terlalu awal untuk saya memikirkan hal ini. Kerana saya kini masih lagi pelajar tahun 3 perubatan. Masih ada 3 tahun berbaki untuk menggulung ijazah perubatan. Tapi saya percaya, saya pada hari ini adalah apa yang saya fikirkan 10 tahun lalu. Jadi sekarang saya berfikir dan merancang untuk diri saya 10 tahun akan datang.

Any Idea?

9 comments:

Anonymous said...

Salam. bagus. perancangan 10 tahun mendatang dibuat pada hari ini. Saya pun kalau boleh nak salah seorang anak saya menjadi doktor. supaya kita tidak ditipu oleh doktor yang tidak jujur yang mencipta penyakit supaya mereka dapat merawatnya untuk menerima habuan dunia.

Perokok Soleh said...

salam....

aku mula poyos...

walau diriku dilahirkan bukan seorang doktor...
aku masih menjadi doktor kepada hati2x yang sedey kepada doktor2x,hehehe...
dan aku berkawan dgn doktor2x yg bijak..
ahh,mungkin mereka bijak dariku...

aku pernah bertanya pada kawanku yg kini merangkap seorang pelajar perubatan diindonesia...

perokokS:kenpa pilih doktor???

doktor:Aku tidak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal&haram melainkan ilmu PERUBATAN,namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya...

-kata2 imam syafie yg menjadikan aku ingin menjadi doktor...

ps:kesimpulannya???(pikir sendiri sebab aku sendiri terkejut dgn jawapannya yang begitu tajam walau aku bukan SEORANG DOKTOR...)

Fadhli-Fadhilah said...

Moga niat suci dibalas Allah dengan nikmat ibadah dan kewajipan fardhu kifayah yg tak terhingga. Amin

Anonymous said...

Dear, Annon, tak ada doktor yang mencipta penyakit supaya mereka dapat merawatnya untuk menerima habuan dunia or even hereafter;p. But scientist does, but scientists also the one who's learn and seak remedy for any disease and illness. Of course some of them is medical doctor but not the GP's one.

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt.

Ramai juga yang comment dan mendoakan. Terima kasih pada yang mendoakan.

Saya tak mahu comment panjang. Cuma tunggulah post - The Confusing Junctional Road Part 2. (^__^)

shatrah said...

kak ila, sha kagum lihat semangat kak ila ^^ boleh jdkn inspirasi lah mcm gini. hihi

Anonymous said...

assalamualaikum...perancangan yang baik untuk seorang bakal doktor,, bagus,,^_^..hmmm tapi janganla sekarang je semangat tapi bila dah jadik doct,, stress yg amat sangat sampai org bawahan kena tak pasal2,, harapanku,, semoga bakal2 doct yg akan datang ni buktikan yg korang tak cakap je,, k,, but do it very well k,,nicely..ikhlas lillahitaala,,
~sekadar berkongsi dengan anda bagaimana bekerja dengan seorang doktor yg sudah pun jadik MO,,SEORANG WANITA BERTUDUNG LABUH!! tapi subhanaallah berlagak ,, bayangkan apabila nes2 yg bekerja bagai nak rak ni membantu dia,, boleh je dengan berlagaknya kata.. ntah tak tahu punbuat jelah,,sebab kami nak tanya perlu ke dressing di bahagian yg terlibat walaupun HO dah WAT PLAN tapi kadang2 leh je berubah2 plan 2(ketika 2 ditempatkan di ortho ward), ok fine mungkin sebab kali pertama bekerja dengan dia di ortho ward,,so biar jela maybe dia macam tu ,,pastu next time keje,,sama gak,masuk lagi kat ortho ward.. , bila di selidik,, dr lain sendiri cakap dia memang sombong sejak jadik HO lagi,,MO lain boleh je mesra ,baik n tak tengking,, bukan masalah buruk sangka,, tapi apabila mengalami sendiri,, hati panas,,.. langsung tak di hargai kami,,ini,,jadik semoga dr shakila yg ini be a good doctor,, k,,wassalam,,,semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH selalu,,

- ismisyakila - said...

wa'alaikumsalam wbt..terima kasih kerana berkongsi.ehmm..takut jugak sebenarnya bila fikirkan kerja.Pengarah Malaysian Student Deparment, Prof Dr. Jamil semsa dalam ucapannya ketika Majlis Appresiasi Graduan yg lalu pernah beri nasihat. Katanya "jangan ketika bekerja nanti, idealisme yang selama ini kamu tanam dan praktiskan semasa belajar, hilang begitu sahaja. Solat, akhlak, ilmu dan sebagainya, perlulah istiqamah walau bagaimanapun keadaannya." Dan kemudian dalam salah satu ucapan seorang senior yang di raikan pada hari itu, beliau berkata "Itulah yag kami takuti sebenarnya.Belajar dan bekerja adalah dua perkara yang amat besar bezanya.DOakan kami agar sentiasa istiqamah dalam idealisme kami.".So thats it.Doakan kami agar kami istiqamah dalam berakhlak.

"Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" (As-Saff:2)

izzati.abdullah said...

sis..

moga impianmu tercapai..nnt da jd CTS kite keja same2 ye..coz i want to be a CTS too..at sile smbg part 2 secepatnya!