Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 19, 2009

Gaining The Lost Spirit

Assalamualaikum wbt



Saya rasakan seperti sudah lama tidak menyumbang sesuatu untuk diri saya dan orang lain. Betul, baru kini saya berkesempatan posting an entry. Semester kedua yang baru saja bermula membuatkan masa saya sedikit kucar kacir. Jadual kelas yang berubah, sedikit sebanyak mengubah aturan masa harian saya. Still need some times to adapt with it.


Hari ini saya mengantuk yang amat di dalam kelas. MasyaAllah..Tidak pernah2 saya mengantuk begini. Kedudukan saya yang 'strategik' di dalam kelas memaksa saya untuk menahan ngantuk. Pasti Doctor2 mudah mengesan jika saya mengantuk. Apa lagi jika tersengguk! Dari pagi saya menahan rasa ngantuk di kelas sehingga sakit kepala dibuatnya. Mana tidaknya, mata yang kecil terpaksa dibuntangkan, Terkadang tersengguk juga. Tapi sempat la juga cover seposen dua. Kelas yang 5 jam tanpa henti saya rasakan begitu lambat sekali. Setiap masa saya mencuri2 melihat jam di tangan. Fokus tu usah ceritalah. Ada ke student yang still boleh fokus semasa mengantuk? Jika ada, bolehlah berkongsi dengan saya.



Semua itu mungkin di sebabkan saya tidak mengambil secawan Caffeine pagi tadi. Antara kebiasaan yang saya lakukan sebelum ke kelas. Begitu hebatnya penangan Caffeine yang merupakan 'The Most Powerful Xanthine' which stimulate the cortex and medulla of the brain and produce diffuse central nervous system (CNS) stimulation. Seperti yang anda tahu, Caffeine ni terkandung dalam kopi, teh, nescafe, cola drink and cacao.

Nak tau apa CNS effect yang boleh Caffeine hasilkan?

  1. Reduce fatigue
  2. Improving mental perfomance
  3. Increase alertness
  4. Increase power of cocentration without euphoria (an exaggerated feeling of physical and mental well-being)
  5. Even large dose it does not cause streotype behavior or psychomimetic effect

dan banyak lagi sebenarnya..sebab tu laa kalau minum Nescafe or coffee or tea, kita akan rasa cergas and cerdik semacam je dalam kelas. Boleh fokus dengan baik. Tidak mudah rasa penat walaupun class hari itu straight 8 hours tanpa henti. And those are how I feel if I take a mug of Nescafe as an early start.





BUT do take serious caution with the adverse affect which may follow the excessive intake of Caffeine. It may produce restlessness, insomnia, headache and even convulsion. Lagipun effect Caffeine pada jantung and other part of our body and organ pun ada sebenarnya plus habituation (psychological dependant on Caffeine - macam yang saya alami sekaranglah! isk3). So, just take it within dose. Jangan syok sangat minum Nescafe and coffee sampai tak ingat dunia.


Few days back, midterm exam's result were declared. Seperti biasa, keputusan akan di tampal di papan kenyataan yang terdapat di kawasan universiti. And most of Malaysian students' result are 'white-listed' kerana masih belum membayar educational fee (we have already predict that situation may happen). Hanya beberapa nama sahaja yang bebas dari liquid dan pastinya mereka sudah membayar yuran. Termasuk diri saya. Dan keputusan saya adalah dot dot dot. Hehe. The best word I can say is Alhamdulillah..Teruk juga sebenarnya. Jika di 'grade'kan, mungkin boleh jadi 2A and 2C. Sedikit terkilan dengan salah satu subjek yang C. Tapi mungkin itu yang terbaik. It might be the best reminder for me to put much more effort, to be more serious on study, to revise more, to play less, to sleep less and to manage my time,myself better and to obey those Allah's DOs and DONTs. The most important is, there should be no space for giving up as our greatest glory is not in never failing but in rising up everytime we fall.



Final exam is just around the corner. And the practical exam basically start earlier. About less than 2 months from now. That is the biggest things to deal with. Pheww~ It wont be as easy as the midterm. The truth is my self-motivational parameter was recently drop. Ehm..great spirits have always encountered violent opposition from mediocre minds. I need somehow someway to recuperated, to correct the misplace, to gain back my self-spirit and to trigger back the enthusiasm. As I previously mentioned, my current life is kinda kucar kacir. I wish everything will recover soon. The real soon. Good luck for the endeavour Syakila!


Classes had just started about a week ago. And suprisingly (and amazingly), my 'hutang study' are already mountained. Adoi.. it really droves me crazy. I made a list of things I should do. Arranging them according to the priorities. The importants and the urgents. I wish I could afford myself to settle and finish them within the time limits since there are a lot actually. Posting this is one of those which were listed. When I'm done with this, thousand comes. Good luck again for myself.


You know..People might think that I am the highly-motivated individual, a positive thinker or perhaps the one who have a real confident in everything she do at everytime in every situation. Ehmm..I am actually not like that. I recognize that confidence is not my short suit. I also recognize that I am human and capable of error. BUT I do believe that me myself is the best motivator of myself among others. So most of the time I did is, keep on motivating myself. I am an ordinary homo sapiens. I found many obstacles and thorns along the road I went through. It'll never end though. BUT I learned a lot from them. I do believe that it is a rough road that leads to the height of greatness.

I often aim for the best not other than to push my efforts to the fullest. I know there might be possibility that I wont get 'THE BEST'. It doesnt matter I guess. 'THE BEST' probably not the best for us. The efforts are the most likely accountable. The key is DO NOT GIVE UP!

Ehmm..Gain the spirits back? Great! Lets give another try then. (^__^)v

Monday, February 16, 2009

Puteriku Sayang


Assalamualaikum wbt










Puteriku Sayang - Mestica & Munif

Puteriku Sayang
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com/

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Saturday, February 14, 2009

Harga Seorang Aku

Assalamualaikum wbt


Hari ini 14 Feb yang mana terkenal dengan 'Valentine'nya. Bukanlah sejarah Valentine yang mahu saya ceritakan di sini kerana insyaAllah ramai yang di luar sana tahu siapakah Ratu Isabella dan siapakah St. Valentino di sebalik sejarah Valentine's Day itu sendiri.

Bodohlah siapa yang buat2 tidak tahu. Jika kita teliti, perkataan Hari Valentine ditulis HAPPY VALENTINE'S DAY. Yang mana aphostrophy S ('s) itu menunjukkan 'kepunyaan'. Maksudnya ayat itu bermaksud 'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUNYAAN VALENTINE' dan bukannya bermaksud 'HARI KEKASIH' yang macam orang Melayu war-warkan tu. Apa yang menjadi kepunyaan Valentine? Kisah cinta si St. Valentino dan Ratu Isabella lah. Jadi betullah kalau kita menyambut yang kononnya HARI KEKASIH pada 14 Feb, maka seolah2 kita mengangungkan St Valentino dan kisah cintanya. So, nak celebrate lagi?

Bagi muda mudi di Mesir ini sendiri, entah ke berapa kali mereka menyambut Hari Kekasih saya pun tak pasti. Rasa macam tiap2 bulan ada saja promosi Hari Kekasih di kedai2 hadiah dan cenderamata. Belum lagi mereka 'menghadiahkan' kami panorama2 'pipit dua sejoli' ataupun mempraktiskan peribahasa melayu 'bagai isi dengan kuku' yang betul2 rapat serapat2nya bagai tiada jurang.


Baiklah..Berhenti di situ. Bukanlah di Mesir ini semuanya buruk dan bukan juga semuanya baik. Sepertimana sejarah itu sendiri, Allah turunkan Nabi Musa dan begitu juga Firaun di bumi Mesir ini. Maka pilihlah jalan anda. Antara Musa yang Allah beri mukjizat dapat berbicara terus denganNya ataupun Firaun si sekejam2 manusia.

Banyak sahaja biah atau keadaan yang baik yang boleh kita lihat dan alami di sini tetapi tiada di Malaysia. Contohnya budaya membawa dan membaca Quran di mana sahaja mereka berada terutama apabil Ramadan tiba, bibir mereka yang sentiasa terkumat kamit dilazimi dengan zikir, mulut2 mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan sesiapa sahaja, pemandu teksi yang nampak saja rock tetapi memasang alunan Quran ataupun ceramah2 agama dalam teksi mereka dan banyak lagi lah. Mereka bukanlah orang2 yang berkopiah atau berserban. Tetapi orang biasa. Boleh nampak budaya ini di Malaysia? Jika ada, pasti jarang sekali kan?


Saya mahu bercerita..


Pernah suatu hari, saya dan rakan2 meraikan kedatangan adik2 junior yang datang dari Cairo. Kami memilih Pizza Party untuk mengadakan sedikit jamuan buat mereka untuk saling mengenal dan berukhuwwah. Sementara menuggu kedatangan mereka, saya dan dua orang rakan saya ber'lepak2' di situ selepas berbincang dengan Manager restoran memastikan agar semua berjalan dengan baik.


Sedang ber'lepak2', tiba2 kami di'hidang'kan dengan sesuatu yang tidak pernah kami tempah dari pihak restoran iaitu 'hidangan' panorama2 yang saya tak tahulah apa perkataan yang terbaik untuk menerangkannya. Beristighfar jika melihatnya. Beberapa couple Arab yang tanpa segan silu berkasih-kasihan, berpeluk cuim dan bercumbu mesra di hadapan kami.


Saya jijik. Menyampah pun ada. Rasa mahu beri penampar. Saya dan kawan2 beri pandangan tajam dan sinis seolah2 memerli. Pandangan benci, jijik dan tidak suka. Saya tak pasti sama ada mereka betul tidak faham atau buat2 tidak faham kerana semakin menjadi2 pula kelakuan mereka seolah2 BERBANGGA dan mahu MENUNJUK2 pada kami betapa romantiknya si Teruna dan betapa manjanya si Dara.


Saya mahu menegur directly tetapi bahasa menjadi masalah kerana saya tidak fasih sangat berbahasa arab. Kawan2 saya cuba mereka-reka ayat dalam bahasa arab tapi macam tak jadi je. Kemudian saya tekad memberitahu Manager di situ agar 'menghalau' mereka dari tempat itu.


"Excuse me. Can you please talk to the couples there to find another place away from us? I'm sorry but I cant accept their manners. Can you please talk to them? Please?" Saya mengadu dengan sedikit keras dan tegas. Mungkin kerana saya marah. Sorry Manager, saya tak sepatutunya marahkan awak.


Saya rasa kasihan pada perempuan itu. Tidakkan dia rasa bahawa maruah dia sedang di pijak2 dan di murahkan oleh lelaki itu? Mudahnya dia tertipu. Mudahnya dia menyerahkan sesuatu yang amat berharga bagi seorang wanita. Mudahnya!


Nauzubillahi min zalik..


Bila lihat kembali fenomena2 yang berlaku sekarang, ada di antara wanita yang seolah2 tidak menghargai kemuliaan mereka sebagai seorang wanita. Mereka seolah tidak mengetahui nilai seorang wanita. Nilai betapa mahalnya maruah seorang wanita. Mereka seolah2 tidak kisah akan maruah diri mereka. Senang2 disentuh dan dipegang sana sini. Senang2 mendedah perhiasan diri sana sini. Isk, adakah mereka menganggap apa yang ada pada diri mereka adalah sesuatu yang perlu dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja?


Saya geram. Betul2 geram.


Wahai diri saya dan wanita2 sekalian..tahukah anda bahawa Islam meletakkan anda di satu tempat yang tinggi? Tahukah?


Jika tahu, alhamdulillah...


Oh, anda tidak tahu? Tidak mengapa..saya akan beritahu.


Sudah jelas wanita adalah insan mulia. Mulia bagaimana? Wanita di muliakan oleh Islam dengan pelbagai cara yang kadangkala kita tidak sedar. Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurnaan bagi setiap lelaki. Setiap lelaki yang halal bagi kita...bukan lelaki2 tepi jalan tu. Islam juga telah memelihara wanita secara fitrah dan mengakui peranannya dalam masyarakat.

Sabda Rasulullah s.a.w :"Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita solehah".



Jika kita sedar, Islam bersifat memelihara wanita dalam segala aspek. Agama, harta, hak, maruah, akhlak, aurat, kekeluargaan dan bermacam2 lagi. Antara yang boleh saya ringkaskan di sini adalah :

  • Islam telah memelihara kewanitaan sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan.
  • Islam sentiasa memelihara wanita di mana wajib suami memberi nafkah yang sesuai dengan syariat Islam.
  • Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk memelihara kemuliaannya dan menjaga maruahnya dari prasangka2 buruk.



MasyaAllah..Begitu sekali Islam memelihara kita. Tetapi kita? Adakah kita memelihara kewanitaan kita? Tepuklah dada..

Dalam Surah An-Nur ayat 33, di hujung ayat itu Allah berfirman :"Dan janganlah kamu paksa hamba sahaya perempuanmu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Barangsiapa memaksa mereka, maka sungguh. allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (kepada meraka hamba perempuan) setelah mereka dipaksa."

Lihatlah betapa Allah memuliakan seorang hamba sahaya perempuan dengan berpesan kepada tuan mereka untuk tidak memaksa mereka melakukan pelacuran jika mereka menginginkan kesucian. Bukankah seorang wanita itu dimuliakan oleh Islam walaupun wanita itu adalah seorang hamba sahaya? Apatah lagi kitayang bukan hamba sahaya..

Muslimah dan diri saya yang saya kasihi..

Lihatlah betapa Islam memelihara wanita dan kewanitaannya. Tetapi adakah kita yang bergelar wanita itu sendiri, memelihara dan mempertahankan diri dan kewanitaan kita? Islam sangat baik. Islam bukan sahaja memelihara wanita malah Islam memberi garis panduan agar kita wanita tetap memelihara kewanitaan kita. Bagaimana?

1) Islam menyuruh kita memelihara pandangan mata kita dan memelihara kesucian kita :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" (An-Nur : 31)

2) Islam menyuruh kita menutup aurat dan perhiasan kita dengan baik. Tidak berpakaian terlalu ketat dan menjolok mata :


"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka." (An-Nur : 31)

3) Islam menyuruh kita agar tidak menampakkan perhiasan yang tersembunyi seperti rambut, leher, kedua2 lengan dan kedua2 betis kecuali kepada suami kita atau mahram kita :

"Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak2 mereka, atau anak2 suam mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau anak2 saudara lelaki mereka, atau anak2 saudara perempuan mereka, atau wanita2 Islam, ataubudak2 yang mereka miliki, atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..." (An-Nur : 31)

4) Islam menyuruh kita agar kita bersopan semasa berjalan dan berbicara :

"Dan janganlah mereka menghentak kaki mereka agar di keahui perhiasan yang mereka sembnyikan.." (An-Nur : 31)

"Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyait dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab : 32)


5) Islam menyuruh kita agar menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki kepada dirinya :


Rasulullah s.a.w bersabda : "Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina. Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki), dia telah (dianggap) zina."


6) Islam menyuruh kita agar tidak berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya, untuk memelihara dirinya daripada di fitnah :


Sabda Nabi s.a.w : "Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan jangan seorang wanita bermusafir melainkan dengan muhrimnya."


Okay, sekarang sudah tahu sebanyak dan setinggi mana wanita dimuliakan oleh Islam? Jika jawapan anda YA, alhamdulillah....Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bersama2 memelihara kemuliaan dan kesucian kita sebagai wanita islam dan sebagai muslimah solehah insyaAllah..

Monday, February 9, 2009

The Confusing Junctional Road Part 1

Assalamualaikum wbt..

Saya seolah-olah buntu. Buntu mencari jalan keluar. Mungin bagi sesetangah individu, ini bukan masa yang sesuai untuk memikirkan apa yang saya fikirkan. Tapi inilah saya..Saya yang sebenar. Suka berfikir jauh ke depan biarpun belum masanya..

Saya mula bercita-cita untuk menjadi doktor sejak saya berumur 10 tahun. Pada masa itu orang-orang disekeliling saya tidak pernah bertanya "Syakila nanti besar nak jadi apa?" tetapi mereka yang seolah-olah meletak harapan pada saya. "Keluarga kita belum ada yang jadi Doktor. Engineer je ramai. Cikgu pun ramai. Kamu jadi Doktor lah pulak." Saya hanya mengangguk.




Jika subjek Penulisan meminta saya membuat karangan bertajuk 'Cita-cita Saya' saya buntu memikirkan sebab mengapa saya mahu menjadi doktor. Saya ambil jalan mudah dengan mengambil pekerjaan lain yang punya banyak alasan mengapa saya mahu profesyen tersebut, barulah boleh dapat markah karangan yang tinggi.


Itu semua sepuluh tahun yang lalu..Sebuah angan-angan yang bertukar menjadi sebuah cita-cita murni.Dan sepuluh tahun selepas itu, di sinilah saya. Berjuang demi segulung ijazah untuk bergelar Doktor.

Kini saya bertanya pada diri sendiri, mengapa saya mahu menjadi doktor?


Bukan senang untuk menjadi seorang doktor yang betul2 bertauliah. Lihat saja bermula dari pemilihan masuk ke mana2 Fakulti Perubatan. Keputusan yang cemerlang adalah tiket.


Mengapa mesti keputusan yang cemerlang?


Seorang Doktor pernah berkata pada kami : "Sesiapa sahaja boleh menjadi doktor. Student dengan 5As SPM pun boleh menjadi Doktor. So why do we only choose those perfect scorer instead of them?"


Jawapannya simple : "Seorang Doktor perlu membuat keputusan yang tepat dalam setiap perkara. They have to make decision with no tendency of mistake. They have to be able to think at a very rapid rate. They need the good quality of IQ, EQ and SQ with the IQ on the top of those. And that is why we only choose the top scorer to enter the medical school. The top scorer will do less mistake because they are brainy." (ayat diolah oleh saya tetapi isi masih sama InsyaAllah..)


Itu baru soal 'tiket' masuk ke mana2 sekolah perubatan. Belum lagi cerita tentang apa yang kami hadapi sebagai seorang pelajar perubatan dan apa yang graduan lepasan sekolah perubatan hadapi ketika sudah bekerja sebagai medical practitioner.


Jadi mengapa mahu menjadi doktor?


Study susah..subjek2 medic yang sangat mencabar. Exam yang susah lebih2 lagi Universiti Mansurah, terkenal dengan exam paling susah di antara semua Fakulti Perubatan di seluruh Mesir (think twice to come here!). Sebijak manapun anda semasa di sekolah menegah dahulu, doesnt guarantee you to do well in medical programme. Ada kemungkinan pelajar mengulang paper yang tidak lepas semasa exam pertama. Dan ada kemungkinan juga mengulang tahun jika tidak lepas exam yang kedua. Begitulah seterusnya yang menjadikan tempoh pengajian bukan lagi 6 tahun. Mudahkah?



Bekerja pun susah..Bermula dari tahun lepas, internship course yang kami perlu lalui pula adalah selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Dalam tempoh itu, kami akan bekerja dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam keesokan harinya. Hari2 oncall. Lebih2 lagi pelajar lepasan Mesir seperti kami, sudah pasti memerlukan usaha keras dan gigih ketika internship nanti because of the lack of skills. Apa yang saya nyatakan ini, baru sedikit. Banyak lagi yang telah saya kaji.. Jika difikirkan, boleh jadi patah semangat.


Jadi mengapa mahu menjadi doktor?


Tanyalah soalan ini pada mana2 pelajar perubatan. Pasti tiada jawapan khusus. Jika di tanya MENGAPA, boleh jadi banyak sebab mengapa seorang pelajar perubatan sanggup melalui 6 tahun pengajian perubatan, 2 tahun internship, kerjaya yang sibuk dan penat, kemungkinan untuk di jangkiti TB, HIV, Hepatitis & etc ketika merawat, malpractice tendency, work loads and work hours, dan macam2 lagi.

Tapi..
Mereka masih tetap berada di kerusi dewan kuliah menghadiri kuliah2 yang di ajar dan menghadapi exam2 yang susah tanpa pernah berputus asa. Dan yang pasti, mereka akan teruskan dengan jalan yang mereka pilih ini.

Jadi mengapa mahu menjadi doktor?






What there is to say?
I love medicine
I love the ability to heal, to aid people
The knowledge about human body
And the responsibility in taking desicions
that can change a person's life
I just enjoy Med School
I want to be a better doctor
I WANT TO
I dont feel obligated to be one
and that feels good

-the gung-ho of me-


Jauh disudut hati saya, saya punya sebab mengapa saya memilih bidang ini. Ianya tidak terungkap dek kata2. It may sounds funny but that is for real. Biarpun penuh kepayahan dan keperitan, saya tetap mahu menjadi seorang doktor. Malahan cita-cita saya bukanlah sekadar menyemat title 'Dr. Syaidatul Syakila Binti Aini, MBChB' pada tag nama saya mahupun di pintu bilik saya, tetapi lebih daripada itu.
Confuse

Dan kini saya buntu dan keliru. Saya bercita-cita untuk menjadi Cardiothoracic Surgeon (CTS) TETAPI setelah buat beberapa research, membuatkan saya berfikir tujuh hingga lapan kali. Semua berkaitan masa, komitmen, peluang kerjaya, kehidupan biasa dan semuanya. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan. Bakal menjadi isteri kepada seorang suami dan ibu pada anak2. Jika saya menjadi CTS kelak, terlalu banyak yang saya perlu korbankan dan mereka perlu korbankan. Belum lagi aktiviti2 dakwah dan kemasyarakatan yang lain yang saya bercita-cita untuk laksanakan.

Terfikir untuk berpindah pada pilihan kedua Anasthesiologist ataupun pilihan ketiga Gynaecologist. Tetapi tetap mahu yang pertama.

Mungkin anda rasa terlalu awal untuk saya memikirkan hal ini. Kerana saya kini masih lagi pelajar tahun 3 perubatan. Masih ada 3 tahun berbaki untuk menggulung ijazah perubatan. Tapi saya percaya, saya pada hari ini adalah apa yang saya fikirkan 10 tahun lalu. Jadi sekarang saya berfikir dan merancang untuk diri saya 10 tahun akan datang.

Any Idea?

Tuesday, February 3, 2009

The Lack Skills

Assalamualaikum wbt

Housemen lack basic know-how



KUALA LUMPUR: Some medical universities, both local and overseas, are churning out doctors who cannot carry out common medical procedures, have no proper clinical exposure, cannot communicate effectively and cannot even take down the history of patients properly for diagnosis and treatment.

Senior medical consultants in government hospitals are now saddled with the task of having to retrain these people to ensure they meet the country's standard of medical practice.Some of these fresh doctors are retained in their houseman training postings for years, some even up to six years, because they cannot meet the standards. The compulsory housemanship is two years.

In view of this problem, the Malaysian Medical Council has issued letters to all heads of department in government hospitals where housemen are posted to open a file on each of them, containing information on the university they graduated from, their performance and shortcomings.It is learnt that by the end of the year, the MMC and Health Ministry will nail down the sub-standard medical universities and tell them to buck up.

Kuala Lumpur Hospital's Medical Department head, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, said housemen come from 300 medical colleges all over the world. These colleges churn out 1,200 doctors a year and this number is expected to increase to almost 2,000 next year.

"When they come back to work in Malaysia we have been forced to extend the period of housemanship from one year to two years in order to ensure the standard of medical practice is maintained in this country for the safety of our patients," he told the New Straits Times.

Dr Jeyaindran handles about 140 housemen a year and he noticed that some 15 per cent of them do not have enough experience to take down the medical history of patients."When they are taught to take the history properly and put the findings and various symptoms in a sequential order they can come to a proper diagnosis very rapidly," he said.

However, he added, this was seriously lacking in many new doctors because they have not been trained during their years in clinical exposure. Thus, during their housemanship training programme they needed to be retrained to do this properly."Because they have to be retrained, some of their postings are extended," he said.

Dr Jeyaindran has come up with a syllabus where a house officer must have core knowledge and experience before he leaves for his next posting."A houseman who comes in for training should be able to manage hypertension, asthma, diabetes and common medical emergencies appropriately based on current clinical practice guidelines, besides acquiring adequate generic skills," he added.

He said some were never taught this properly during their years in medical school and hence they were taught and assessed in a fair and objective manner during their training."We want doctors to examine patients properly and not take notes from the nurses' chart."

"We also do not want doctors to be over-dependent on investigative procedures which is time-consuming and expensive. "One loses the ability to use clinical acumen to make judgment when he becomes too dependent on procedures for a result and diagnosis," said Dr Jeyaindran.

He also expressed great concern that some house officers were not able to perform even the most common procedures such as setting up an intravenous line, central line, and inserting a chest tube.

There have been complaints from patients that there were housemen who cannot even draw blood for a blood test and had to seek the help of nurses."Miscommunication with patients can also lead to a lot of problem and this we have encountered with housemen," he said.

"To be a good doctor it is not how much knowledge you have... it is clinical acumen and the skills developed in treating a patient."

"Medicine is not black and white but lots of grey in between and in order to identify the grey areas the only way is the more you see, the more you do, the more you understand," he added.

Dr Jeyaindran said housemen have become something like a production line."They come, they take some history of patients and go away."They never come back to check whether their diagnosis of the patient was correct or wrong," he added.
My comments :

Frankly speaking, I was kinda worry because medical theories are now no longer an issue. The important concern going forward on my medical studies are clinical skills.

Eventhough we (Egypt's Medical Graduate) are theoretically knowledgable but we often lack of clinical skills.

I do not yet undergo any clinical courses (clinical courses start on 4th year. I am now in my 3rd one) but there was some conditions from my current and previous experiences that made me judiciously think that we wont be trained or even exposed to the skills needed.

During our lab course for instance, we never did any lab work. We did learn about how to prepare samples and how does it works but we never practiced. The samples shown were all ready-made.

When the question comes in the exam, of course we can do well on the paper, but I guess, we wont be able to deal and work with the instruments if they're given. How pathetic~

I envy those who have privilege of practicing the real course-work. They will possess skills and a knowledge base that will differ substantially from us.

The Medical school career are kinda tough and the Internship-course will be even tougher. Ehmm..well, life is challenging. And that is how we learn from life. Work hard and good luck for the endeavour Syakila!