Pernah pada suatu hari, ketika saya duduk di dapur membantu bonda saya yang sedang memasak, saya termenung. Bukan menungan kosong! Fikiran saya melayang memikirkan bahawa semenjak saya kembali ke Malaysia, saya tidak henti-henti diuji dengan pelbagai kerenah manusia.
Ia kadang-kadang mebuatkan saya terlalu letih dan mual untuk melayan kerenah manusia yang tidak pernah puas memuaskan nafsu dunia mereka. Saya kadangkala tertawa sendiri. Apakah mereka gembira dan puas melihat kesusahan orang lain? Adakah mereka lakukan semua ini hanya semata- mata dunia? Adakah mereka berfikir dunia sahaja sudah cukup?
"Bukankah dunia itu dilaknati. Apa yang ada padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya; dan orang yang berilmu atau orang yang menuntu ilmu." (Riwayat al-Tirmizi)
Namun, saya lebih selesa mandiamkan diri. Cepat melatah bukan cara saya. Saya yakin pertolongan dari Allah akan menyusul disamping usaha- usaha saya dalam mencuba menjernihkan kembali yang keruh sedaya mungkin.
Tergamak saya mengatakan bahawa ada di kalangan manusia ini bodoh. Bodoh kerana mereka sebenarnya tahu hukum Allah. Mereka tahu suruhan Allah. Mereka tahu kiamat itu akan tiba kelak. Mereka tahu syurga itu indah malahan bercita-cita untuk memasukinya. Mereka tahu azab neraka Allah itu pedih tetapi mereka berterusan mengejar neraka dalam sedar mahupun tidak. Realitinya, mereka BODOH kerana mereka TAHU tetapi mereka masih tidak YAKIN dan PERCAYA. Masakan mereka percaya jika mereka tidak laksanakan perintah Allah sedangkan mereka tahu? Mereka tidak menjauhi larangan Allah sedangkan mereka tahu?
Siapalah saya untuk menghukum perbuatan mereka. Tetapi siapa pula mereka yang tega melawan sunatullah?!
Sememangnya saya masih cetek dengan ilmu Allah yang terlalu luas untuk mengupas isu ini dengan hujah- hujah yang bernas dan tidak dapat di sangkal. Tetapi siapa tahu suatu hari nanti? Pastinya Allah sahaja Maha Mengetahui.
Ujian Tarbiyyah dari Allah
Sebenarnya pada kali ini, apa yang saya mahu sampaikan adalah tentang UJIAN dari Allah dan HIKMAH di sebalik setiap ujian itu.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya" (Riwayat al-Bukhari)
Hampir setiap hari kita di uji oleh Allah dengan pelbagai macam dugaan dan musibah. Saya yakin bahawa Allah s.w.t menguji orang tertentu dengan pelbagai musibah untuk memberikan ganjaran yang baik kepadanya kelak.
Personally, saya fikir, ujian itu tidaklah hanya hadir dalam rupa bentuk musibah, kekalahan, kegagalan, kehilangan mahupun kecelakaan dan sebagainya.
Malahan mungkin kita di beri pelbagai nikmat oleh Allah seperti kekayaan, kejayaan, kecantikan, kemenangan dan sebagainya semata-mata untuk di uji
Apakah benar kita bersyukur di atas nikmat yang diberikan olehNya?
Adakah nikmat- nikmat tersebut kita gunakan ke jalan kebaikan?
Adakah kita bongkak di bumi Allah ini di atas segala nikmat dan kelebihan yang di berikan? Apakah kita akan lalai dan leka dengan nikmat- nikmat tersebut?
Senario kini berada di depan mata. Ramai sahabat- sahabat seperjuangan saya diuji dengan tidak pass final exam mereka. They need to reseat their exam untuk naik tahun. Jika tidak pass juga, mereka perlu mengulang satu tahun lagi untuk belajar kembali subjects yang mereka tidak lulus. Ia akan berulang sehingga mereka lulus semua subject yang di bawa.
Bagi mereka yang repeat 1 or 2 papers, mungkin chance untuk lulus 80/100. Bagaimana jika mereka yang terpaksa repeat sehingga 5 ke 6 papers? Hebat sungguh ujian itu. However it is, saya doakan semoga sahabat sahabiah saya di sana di permudahkan oleh Allah untuk lulus cemerlang dalam dur thani.
Saya pula? Saya diberi kejayaan oleh Allah dalam exam yang lalu. Tiada lagi perkataan lebih baik selain puji dan syukur yang saya panjatkan pada Allahu Rabbi. Tetapi ianya tidak berakhir semudah itu ketika saya diuji setelah saya berada di tanah air. Ujian yang tidak kurang hebatnya juga. Allah itu Maha Adil. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Subhanallah..
Ingatlah bahawa Allah mengatakan di dalam ayat terakhir Surah al-Baqarah bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Malahan ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa daripada kejahatan yang dikerjakannya.
Kifarah Dosa
Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menunjukkan betapa Allah itu Maha Penyayang. Dihapuskan olehNya sebahagian dosa- dosa kita didunia agar kelak di akhirat kita bersih dari dosa (InsyaAllah..). Seperti juga bilamana kita masuk ke dalam sebuah kedai untuk membeli barang keperluan. Kita tidak boleh membawa pulang barang tersebut jika kita tidak membayar harganya.
Begitu juga ketetapan Allah bilamana sebahagian dosa-dosa kita tidak dibersihkan secara 'free'. Allah uji kita dengan kesakitan, kepayahan, kedukacitaan malah kesedihan sebagai 'bayaran' kepada harga dosa kita.
Kesakitan, kepayahan, kedukacitaan malah kesedihan itu tadi juga sebagai peringatan kepada kita agar kita tidak mengulang dosa dan kesilapan silam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih akan hamba- hambaNya. Seperti dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Seorang Mukmin (orang yang beriman) tidak akan disengat dari lubang yang sama sebanyak dua kali" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bersabar di atas Ujian
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w bersabda : "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar."
Sabar itu indah. Sabar itu manis natijahnya. Bersabarlah di atas ujian Allah. Hanya Allah Maha Tahu apakah hikmahnya kelak. Jika tidak di dunia, maka ganjaran itu akan menjadi lebih baik di hari Akhirat yang kekal kelak.
Semoga saya dan sahabat- sahabat saya dapat melepasi ujian Allah ini dengan baik tanpa berkurang sedikitpun iman kami malahan bertambah. Apa yang penting, dunia ini hanya sementara. Tiada yang kekal melainkan Hari Akhirat kelak.Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua InsyaAllah..
Wallahu a'lam..
1 comments:
Askum..pandai yer menulis ttg agama n tarbiyah..cam ustazah....
Post a Comment