Beberapa minggu yang lalu saya di hadiahi oleh seorang sahabat saya sebuah buku yang bertajuk "Soal Jawab Muda-Mudi Tentang Percintaan dan Pertunangan, Antara Halal & Haram" yang ditulis oleh seorang pengamal Undang-Undang Syariah Negeri Selangor, Juraish Al-Muhami.
Saya sedikit teruja apabila membaca kulit muka depan buku tersebut. Siapa tidak teruja apabila mendengar atau melihat perkataan CINTA seterusnya di susuli dengan PERKAHWINAN? Ianya kedengaran indah, tampak indah sehingga merembeskan corticotrophic hormone yang cukup untuk menyebabkan jantung saya berdegup kencang.
Takut sebenarnya untuk saya berbicara tentang cinta dan batas2 cinta. Takut kerana suatu hari nanti apabila saya terperangkap dengan cinta yang tidak di undang, saya tewas. Nauzubillahi minzalik! Biarlah setidak2nya, apa yang saya perkatakan di sini menjadi pendinding saya dari melakukan perkara2 yang lagha dan tidak sepatutnya. Kerana di akhirat kelak,setiap butir kata-kata dan penulisan saya akan diadili oleh Allah. Tiada satu pun yang terkecuali.
Ya Allah jadikanlah setiap kata-kataku sebagai kata-kata yang memberi manfaat agar tidak muncul menjadi kata-kata kosong di Sana, sebagai dosa mengundang binasa.
cinta vs CINTA
Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis buku Aku Terima Nikahnya juga penulis website www.saifulislam.com tentang cinta, beliau menyatakan bahawa beliau menumpukan perhatian kepada cinta vs CINTA untuk menyedarkan anak muda yang sedang merancang untuk berpasangan agar meneliti, apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit dari cinta kecil atau cinta sebenar?
Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk di beri perhatian, mahu dikasihani dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini.
Manakala CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia..namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'.
CINTA
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran : !4 yang bermaksud : "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan2, anak2, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah kesudahan yang baik."
Sememangnya CINTA terhadap wanita dan harta adalah lumrah kejadian manusia yang tidak mampu dinafikan. Tetapi bagaimanakah kita menzahirkan CINTA itu?
Kita sering silap menafsirkan CINTA. Kadang2 CINTA pula menjadi mangsa. CINTA menjadi perkara yang di pandang sebagai sesuatu yang menyentuh sensitiviti agama.
Oh, CINTA itu tidak boleh.
Oh, CINTA itu haram.
Oh, CINTA itu dosa.
Mengapakah mengadili CINTA senegatif itu?
CINTA itu perasaan yang mulia. Terbit dari hati dan dicorak oleh akal. CINTA pada Allah dan Rasul-Nya. CINTA pada ibubapa. CINTA pada suami. CINTA pada isteri. CINTA pada anak2. CINTA pada keluarga.
Kalau sekadar rasa cinta dalam hati dan tidak menzahirkannya dalam bentuk maksiat, masakan ia menjadi haram?
Kesian CINTA..namanya menjadi buruk dek perilaku manusia yang tergamak mencemari CINTA dengan perkara2 yang haram dan maksiat.
CINTA sebelum berkahwin.
Saya menggelengkan kepala apabila melihat anak2 remaja sekarang yang sedang galak bercinta seolah-olah tenggelam di dalam dunia mereka sendiri. Di kampung saya contohnya. Pasangan bercinta mengalahkan suami isteri! Merempit bersama ke sana ke mari tak kiralah siang atau malam. Si Dara memeluk Si Teruna seperti beruk memeluk pokok nyiur! Kedap dan kejap! MasyaAllah...
Sebelum berkahwin, begitulah fenomenanya. Buruk pun boleh jadi baik. Kentut pun boleh jadi wangi!
Saya sempat menonton Halaqah yang disiarkan oleh tv9 yang membincangkan topik CINTA. Saya mengangguk setuju apabila ahli panel mengatakan, pada masa kita berCINTA sebelum kahwin ini, syaitan aaaamat suka!
Di tutupinya keburukan2 dengan perhiasan dunia yang indah2 belaka. Pada masa itu, segalanya indah!
Makan tak kenyang..teringatkan si dia.
Mandi tak basah..teringatkan si dia.
Tidur tak lena..teringatkan si dia.
I miss you..You miss i.
I love you.. You love i.
Hari2 telefon. SMS tak payah cakaplah. Handphone siap gantung kat leher!
Bertemu tak jemu. Berpisah gelisah.
Syaitan pula melompat terkinja2 kat sebelah. Suke!
Apabila sudah berkahwin. Sudah bernikah. Sudah halal. Syaitan menarik balik segala perhiasan yang menutupi keburukan tadi. Pada waktu ini, mulalah segalanya nampak buruk. Nampak mual. Nampak jemu.
Makan seorang duduk hujung meja sana, seorang lagi duduk hujung meja sini.
Kalau tak mandi, mulalah marah2. You ni tak reti nak mandi ke? Pengotorlahh!
Tapi tidur masih dekat2..
I miss you..I love you..haram nak ucap! Ucap kat SMS pun tak mahu!
Lepas beberapa tahun kahwin..
Kalau naik motor, isteri duduk kat hujung seat belakang.
Suami kate "cepatlah naik!" Isteri balas, "Allah..dari tadi saye dah naiklah!"
Suami kate "dah pegang? pegang kuat2. nanti jatuh!" Isteri balas, "ye lah, dah pegang kuat2 lah ni"
Suami kate "awak pegang ape? tak terasa pun" Rupenye isteri pegang besi belakang tu kuat2.Mane suami nak rase!
Bertemu jemu, berpisah tidak gelisah.
Ingatlah bahawa syaitan itu sentiasa mencari helah untuk mempengaruhi manusia dengan tipu dayanya.
Iblis berkata: "Disebabkan Engkau (wahai Tuhan) menghukumkan aku sesat, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" (Surah al-A'raf : 16,17)
Ya Rabbi, jauhkanlah hambamu ini dari menagih cinta selain dari cintaMu dan cinta keranaMu..Aminn..
Ayat Cinta
Tidak ada lelaki yang tidak menaruh rasa cinta atau suka kepada wanita yang akan diambilnya sebagai isteri. Rasa cinta itulah yang menyebabkan perkahwinan terjalin. Tanpa rasa suka atau cinta, maka perkahwinan yang terjalin itu seolah2 menjadi suatu paksaan yang tidak sah.
Walaubagaimanapun, rasa cinta tadi perlulah dijalinkan berlandaskan hukum syarak. Agar kita taklah terjatuh dalam perkara2 maksiat.
Rasa cinta yang di zahirkan melaui perkataan atau perbuatan yang tidak beretika antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin semamngnya tidak di haruskan. Macam muda mudi sekarang. Mula2 i love u,u love me. Lepas tu 'up' sikit. Jalan pegang2 tangan. Lepas tu 'up' sikit. Duduk berdua2an kat tempat sunyi. Lame2, lain pulak yang 'up'! MasyaAllah..
Inilah yang agak keterlaluan tetapi realitinya berlaku di mana2 ceruk dunia. Inilah cinta yang di haramkan kerana telah jelas membawa kepada fitnah dan maksiat.
Seandainya benar ada rasa cinta di hati yang hendak di luahkan maka memadailah dengan melafazkan ungkapan peminangan kerana ungkapan itu adalah 'ayat cinta' yang memang dibenarkan oleh hukum Syarak. Manakala percintaan yang selanjutnya dengan kata-kata asmara, perbuatan memujuk rayu dan bercumbu kasih mesra hanya dihalalkan setelah termeterainya ikatan perkahwinan. Percayalah bahawa percintaan yang terindah itu hanyalah selepas perkahwinan..
Begitulah menurut buku yang dihadiahkan kepada saya.
Teringat bait2 kata novelis Ayat-Ayat Cinta dalam tulisannya pada surat yang diberikan oleh Fahri Abdullah kepada Nurul Azkiya : "Cinta sejati dua insan berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah. Iaitu cinta kita pada pasangan hidup kita yang sah. Cinta sebelum menikah adalah CINTA SEMU yang tidak perlu disucikan dan diagung-agungkan."
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..
Cinta Bermatlamat
Saya suka dengan kata-kata bertenaga Thomas Carlyle yang antara maksudnya begini: 'Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang payah. Seseorang yang tanpa tujuan, tak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus!'
Itulah juga konsep yang cuba diketengahkan oleh Stephen Covey dalam The Seven Habit of Highly Effective People, habit yang kedua - 'Begin with the End in Mind'. Antara isinya adalah :
"For many people, it is not just that they did not begin with the end in mind; it goes a bit deeper - they did not ever get around to defining the end itself and so they simply could not begin with the end in mind. So what does all this mean? The end represents the purpose of your life. Until you can say what that purpose is, with assurance, then you just cannot direct your life in the manner that would bring you the greatest satisfaction.
There are no short-cuts here. To engage in this habit, you need to have a dream, define your own vision and get into the practice of setting goals which will allow you to make measurable progress toward the dream."
Ada diantara kita yang bukan saja memulakan sesuatu perkara dengan tidak mempunyai matlamat akhir dalam fikiran. Malah lebih teruk lagi apabila tidak tahu langsung matlamat yang hendak dicapai!
Matlamat menjelaskan tujuan kita dalam hidup. Dengan matlamat, kita akan dapat menghalakan diri untuk mencapai kehendak hidup kita dengan pasti. Jadi untuk mencapai habit ini, tiada jalan mudah melainkan mempunyai cita-cita yang dapat menentukan matlamat kita seterusnya mempraktiskan usaha2 kita terhadap apa yang di cita-citakan.
Begitu juga cinta. Cinta yang bermatlamatkan perkahwinan dan kebahagiaan selepas perkahwinan akan membantu kita dalam menentukan sendiri usaha2 menuju ke arah matlamat itu.
Cinta dan Perkahwinan
Teringat saya perbincangan antara saya dengan ahli bait saya yang lain. Setiap kali kami mendengar tentang berita pen'taqdim'an dan perkahwinan, kami akan membincangkan secara serius isu ini. Bukan apa, sebagai seorang insan yang bergelar Hawa, setiap perkara akan difikir secara teliti dan perinci sebab dan kesannya..
Ada yang ingin berkahwin dengan alasan ingin menolak maksiat dan zina. Oh, sungguh tidak relevant alasan itu. Jika menolak zina pun menjadi kepayahan, halau dirimu daripada cinta dan perkahwinan. Bosan rasanya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan. Marriage is not an Utopia Cloud Nine.
Matlamatkanlah cinta dan perkahwinan. Jangan hanya merancang hingga ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Berkahwin bukan hanya dua tiga tahun atau semasa study, tetapi berkahwin adalah untuk selamanya. Jangan hanya angankan yang indah2 sahaja. Jika mengelakkan maksiat sahaja sudah menjadi kepayahan, masakan anda layak menjadi nakhoda untuk melayari bahtera rumahtangga? Tamparlah pipi sendiri agar tercelik mata.
Jika berkemampuan, berkahwinlah. Kerana ia selari dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa adalah pendindingnya"
Bagi insan yang bergelar wanita, jika datang padamu seorang lelaki yang soleh, kahwinilah mereka. Ingatlah pesan Nabi s.a.w : "Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika kamu tidak laksanakan, akan menjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." (Riwayat Tarmizi)
Jauhkanlah dirimu dari fitnah kerana wanita adalah fitnah terbesar lelaki. Seperti mana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Usamah bin Zaid r.a : "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling berbahaya ke atas lelaki melainkan fitnah wanita". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tetapkanlah matlamat pada perkahwinan. Jika semasa study bagaimana. Apabila sudah habis belajar bagaimana. Apabila sudah bekerja bagaimana. Apabila sudah punya anak bagaimana. Untuk bertapak pada asas yang kukuh memerlukan masa. Begitu juga perkahwinan, karier dan lebih2 lagi hidup. Jadikanlah perkahwinan medan memberi paling mulia. Jangan pakai tangkap muat sahaja!
Kerana Cinta itu Buta
Cinta adalah antara perkara besar dalam hidup kita. Cinta adalah sesuatu yang istimewa kerana ianya tidak nampak secara zahir. Cinta adalah untuk diberi dan dirasai. Pilihlah kepada siapa untuk anda beri serpihan cinta itu selepas Allah dan Rasul-Nya. Corakkanlah cinta kita sebaiknya. Kerana cinta itu buta...
Wallahu a'lam
"Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman" (Riwayat Muslim)
1 comments:
Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yg dapat menahannya,dan apa saja yang Allah tahan ,maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu....Fathir:2
good article,
as advice to me,to u,to all everybody..
Post a Comment