Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, September 11, 2008

Ramadan Kareem

Assalamualikum w.b.t.



Sudah hampir dua minggu Ramadan berlalu. Syukur masih sentiasa dipanjatkan pada Allah kerana memberi peluang kepada hamba2Nya untuk menikmati kemuliaan dan keseronokan Ramadan seperti tahun2 sebelumnya. Begitu juga saya. Seronok rasanya! Lebih2 lagi Ramadan kali ini saya berpeluang berpuasa bersama keluarga tercinta setelah 2 kali Ramadan yang lalu saya lalui bersama rakan2 seperjuangan di perantauan.Biarpun tidak dapat duduk berbuka bersama dalam satu meja hampir setiap hari dek hambatan kerja dan kesibukan lain, ia secara tidak langsung membuatkan kami sekeluarga lebih menghargai masa berkualiti ketika bersama.

Bersempena Ramadan Kareem ini, marilah kita sama2 menghayati falsafah puasa yang mana secara tidak langsung mendidik jiwa kita supaya mencapai ketaqwaan sepertimana kata Saidina Ali Karamallu Wajhah : "Taqwa ialah takut kepada Yang Maha Berkuasa, beramal dengan apa yang diturunkan oleh Al-Quran, reda dengan sedikit kurniaan dan bersiap sedia menghadapi hari akhirat."

Kita sedia maklum bahawa Puasa bermaksud menahan dari segi bahasa manakala dari segi istilahnya bermaksud menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Jika kita lihat, berpuasa secara tidak langsung mengingatkan manusia tentang waktu dan masa. Ini jelas digambarkan melaui aplikasi2 ibadahnya seperti melihat anak bulan sama ada Ramadan atau Syawal, waktu berbuka puasa selepas terbenam matahari, waktu imsak sebulum terbit fajar, waktu sahur selepas pertengahan malam dan sebelum masuk waktu subuh dan bilangan hari berpuasa.

Pendek kata dengan kedatangan Ramadan, waktu amat dihargai oleh umat Islam kerana detik2 yang dilaluinya ketika berpuasa ingin dicapai kepada satu natijah iaitu berbuka. Begitu juga mereka akan membilang hari2 berlalunya Ramadan untuk menuju ke bulan Syawal sebagai kegemilangan dan kejayaan dalam menjalankan perintan Allah SWT.

Bercakap tentang masa, setiap dari kita pasti tahu betapa pentingnya masa sehinggakan Allah bersumpah didalam Al-Quran dalam surah Al-'Asr (103) ; "Demi masa! Sungguh, manusia berada dalam kerugian.kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Imam Hassan al-Banna pernah berkata : "Masa adalah kehidupan". Keuntungan,kejayaan atau kegagalan dan kerugian berkait rapat dengan pebgurusan masa. Begitu juga memaksimumkan penggunaannya untuk menghasilkan produktiviti melaui anugerah modal insan.

Orang2 yang berjaya dan cemerlang adalah orang2 yang menggunakan setiap detik masanya dengan baik.Tanpa sia2 biarpu sesaat. Setiap nafas yang dihembus dan nadi yang berdenyut adalah untuk mentaati Allah SWT. Itulah golongan al-Faizin iaitu golongan yang berjaya. Mereka berjaya dalam menguruskan kehidupan mereka biarpun masa mereka sedikit mahupun seperti orang lain.

Lihat sahaja contoh2 yang ditunjukkan oleh orang2 sebelum kita :

Al-A'masyh tidak pernah terlambat takbiratul ihram selama 60 tahun bersama imam (solat berjemaah).

Ibnu Idris,seorang ahli zuhud yang mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 4000 kali di dalam rumahnya.

Imam al-Syafie mengkhatamkan Al-Quran dua kali pada setiap hari daripada bulan Ramadan.

Bagaimana pula kita?

Berapa helaikah kita membaca Al-Quran dalam sehari?

Berapa banyakkah zikir yang kita lafazkan?

Berapa kalikah kita menunaikan solat fardhu secara berjemaah?
Bagaimanakah pula dengan qiamullail? Adakah kita bangun sekadar untuk bersahur?

Adakah kita memperbanyakkan amalan2 sunat kita disamping amalan fardhu?

Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari redha Allah SWT..
Marilah kita sama2 muhasabah kembali diri kita dan memanfaatkan waktu2 yang berbaki di dalam bulan Ramadan ini.

Benarlah kata2 al-Syahid Imam al-Banna ; " Kewajipan2 itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki."

Salam Ramadan dari saya. Mohon ampun dan maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang tidak berkesudahan.

0 comments: