Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 12, 2012

Dzan

Assalamualaikum wbt.

Lewat kebelakangan ini aku rasa lemah. Bukan lemah kerana remang mentari yang membahang di musim panas ini. Bukan juga lemah kerana aku penat melayan kecerdikan dan kepetahan  anak kecilku yang menabur buku dan mainannya di segenap ruang teratak kecil kami. Bukan juga lemah kerana futurnya aku di medan perjuangan haraki. 

Aku tercari-cari punca kelemahan ini.

Ramadan semakin hampir. Aku tidak mahu bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan kotor dan berdosa. Lantas aku memohon ampun atas dosa-dosa yang ku lakukan. Moga-moga Allah membuka hijab kelemahan ini dan memberikanku secebis kekuatan.

Aku membaca basmallah dan berselawat. Membuka buku tinggalan ulama' haraki. Mencari bait-bait hikmat buat bekalanku untuk hari esok dan mendatang. Dan dengan izin Allah, mataku tertancap pada sudut atas lembaran. 

"Wahai orang-orang yang beriman hindarilah dari (sifat) banyak berprasangka (dzan). Kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa" (surah al-Hujurat :12)

Buruk sangka terhadap muslimin yang lain merupakan laluan syaitan yang mencantas tali mahabbah dan silaturrahim. Sifat ini menggugat keutuhan barisan jama'ah, menjadi punca fitnah, kebejatan dan penyebab meratanya bala bencana. Sebab itu Al-Quran melarang sifat buruk sangka ini.

Rasulullah S.A.W menasihatkan : "Jauhilah tempat-tempat yang menimbulkan sangkaan (yang bukan-bukan)"

Ya Allah, bimbinglah aku ke jalanMu dan jauhilah aku daripada syaitan dan iblis yang sentiasa mengintai-intai peluang merosakkan hatiku.


0 comments: