Assalamualaikum wbt.
Sudah lama tidak menulis di sini. Sejak akhir-akhir ini, saya agak jarang menjengah blog. Baik blog sendiri, mahupun blog kawan2 lain. Mungkin kerana Facebook lebih mendapat sambutan, lebih mudah dan lebih cepat & banyak update. Mungkin... Saya pun, bukanlah selalu punya 'masa lebih' untuk melayan alam maya. Setiap masa yang ada, terisi dengan tuntutan tersendiri. Ya Allah, berkatilah setiap detik masa ada ini, agar tidak sia-sia.
InsyaAllah, jika Allah izinkan, lebih kurang 8 bulan lagi saya akan menghabiskan MBBCh degree course ini. Bermacam perkara bermain dalam fikiran. Saya merasakan, saya sangat tidak bersedia menempuh alam pekerjaan. Memasuki alam pekerjaan bermakna tanggungjawab semakin bertambah dan tuntutan masa semakin singkat.
Dada saya sesak memikirkan masa akan datang. Kadang-kadang saya sendiri keliru dengan perasaan saya. Saya gembira saya bakal habiskan pengajian dan menjadi seorang Doktor. Itu cita-cita saya sejak kecil.Dan saya gembira kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia. Siapa tidak gembira untuk pulang ke tanah air sendiri. Tempat lahir dan membesar.
Namun dalam masa yang sama, saya sedih untuk meninggalkan Mesir. Mesir ini mengajar saya banyak perkara. Mesir ini jugalah yang banyak melakar kenangan pahit dan manis saya meniti zaman akhir remaja dan awal kedewasaan. Mesir ini banyak mentarbiah saya untuk menjadi siapa saya yang sekarang. Dan yang paling penting, di negara inilah, saya berjumpa dengan apa yang saya cari-cari selama ini, iaitu diri saya dan matlamat hidup saya.Saya pasti akan merindui Mesir ini dan segala isinya.
Perasaan takut juga turut menyelubungi benak hati ini. Bersediakah saya untuk pulang dan berdepan dengan mad'u di negara sendiri. Saya merasakan, ilmu di dada ini masih tidak cukup untuk berdepan dengan masyarakat seterusnya menyampaikan mesej dakwah dan isi Islam yang syumul. Terkadang saya merasakan terlalu rugi masa-masa yang saya bazirkn beberapa tahun pertama di sini. Jika masa boleh berputar kembali, saya akan manfaatkan masa sebaiknya, menimba ilmu dan menadah kitab.
Itu belum cerita tentang takutnya saya untuk berdepan dengan bidang kerjaya sebagai seorang Doktor. Sangat banyak cerita 'tidak manis' yang saya dengar dari kawan-kawan tentang alam kerjaya seorang Doktor, terutama semasa menjadi House Officer (HO). Kuatkah saya untuk berhadapan dengan masa yang sibuk, working hour yang panjang, stress dan tekanan di tempat kerja, cabaran meguruskan masa bersama suami & anak?
Saya tidak pasti, adakah saya terlalu negative?
*Sudah lama tidak menulis, bila baca kembali, terasa post ini tak ubah seperti karangan Bahasa Melayu.
4 comments:
alam yg penuh cabaran memerlukan banyak pengorbanan yg akan menjanjikan seriba kemanisan ...
Salam.saya kagum dengan saudari,sebab sudah bekeluarga dan ada anak sewaktu belajar medik..Saya tak pernah setakat ni, jumpa lagi pelajar medik yang sudah ada anak sewaktu belajar.Mungkin ada,cuma saya tak pernah dengar juga.hehe Macam mana saudari uruskan semua tu ye..(mungkin saya agak ketinggalan dalam isu2 kahwin ni sebab saya lambat sikit menyedari dan memahami bab2 ini,saya tak bagus agama sangat,tapi saya baru sahaja membuka mata tentang perkahwinan ketika belajar.. he2..
wa'alaikumsalam..
Being a combo of mother and student is not an easy task. But taking this road of which not often taken, makes me think and see the differently the world of motherhood and student-hood.
Best :)
Post a Comment