Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 17, 2010

Takut Tetapi Rindu

Assalamualaikum wbt.

Berkali- kali saya menaip entry di laman ini. Tetapi setiap kali itu juga saya delete kembali. Kerana saya rasakan entry tersebut bukan dari hati saya maka ia tidak akan masuk ke dalam hati sesiapa.

Ramai yang bertanya kenapa saya memilih untuk berkahwin awal. Dan mereka meminta untuk beri jawapan selain daripada ianya 'sudah jodoh'.

Saya sendiri tidak tahu apakah jawapan yang lebih baik selain 'sudah jodoh' kerana sememangnya jodoh saya sudah sampai dan ianya di luar jangkaan saya.

Masih segar di ingatan saya, di awal perkahwinan kami, usai solat berjemaah, suami mengusap kepala saya, menggenggam erat tangan saya seraya berkata, "Alhamdulillah, dengan perkahwinan ini kita sudahpun melengkapkan separuh dari keimanan kita seperti sabda Rasululah s.a.w. Dan sekarang apa yang akan kita cuba untuk capai adalah takwa"

(kerana itulah baiti jannati kami dinamakan dengan Darul Takwa)

Subhanallah wa Alhamdulillah! Matlamat perkahwinan kami berdua adalah sama. Menyempurnakan separuh dari keimanan dan seterusnya mencari takwa.

Ubai bin Ka'ab apabila ditanya oleh Umar bin al- Khattab tentang hakikat takwa, Ubai bin Ka'ab bertanya kembali kepada Amirul Mukminin, "Pernahkah Amirul Mukminin melalui jalan yang banyak onak dan duri? Bagaimana?"

Amirul Mukminin menjawab, "Ya. Saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh- sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak duri."

Ubai menjawab,"Itulah hakikat takwa."

Benar, takwa itu sukar untuk di capai. Namun Allah s.w.t menyuruh kita supaya berusaha mencari takwa dan mati dalam keadaan bertakwa kepadaNya.

Hati saya mudah bergetar apabila mendengar perkataan takwa. Bulu roma saya mampu meremang apabila mendengar perkataan takwa. Air mata pula mudah saja untuk bertakung dikelopak mata.

Pernahkah anda mendengar muqaddimah khutbah Jumaat? atau muqaddimah mana- mana ceramah atau pengisian?

Jika anda terbiasa mendengar, pasti anda akan mudah mengecam satu firman Allah yang sangat tipikal denga setiap muqaddimah tersebut.

" Wahai orang- orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar- benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam" (Ali- Imran : 102)

Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w agar menyeru umatnya agar bertakwa kepada Allah. Takwa yang sebenar- benar takwa. Dan kita disuruh agar berusaha bersungguh- sungguh mencari takwa sehingga kita mati.

Ibnu Mas'ud, sahabat Rasulullah s.a.w yang juga merupakan seorang ulama' tafsir mendifinisikan takwa sebagai :

1. Takutkan Allah s.w.t dan takut untuk berbuat maksiat terhadap Allah s.w.t.
2. Sentiasa mengingati Allah.
3. Menjadi hamba yang bersyukur.

Untuk mendidik diri kita akan ketiga-tiga perkara ini bukan mudah. Hati orang bujang adalah sejahat-jahat hati. Hati itu sentiasa dipengaruhi oleh syaitan agar berbuat maksiat, agar lalai dengan suruhan dan larangan Allah.

Saya yakin, melalui perkahwinan, hati orang bujang yang sentiasa bergolak dan bergelodak ini akan mencapai sakinah yang dicari- cari. Sakinah itulah yang akan menerangi lorong- lorong menuju kepada rasa takut kepada Allah, memelihara diri daripada maksiat, mencipta ruang- ruang yang sangat banyak untuk mengingati Allah dan mendidik diri menjadi hamba yang selalu bersyukur.


Berpasakkan keyakinan inilah saya nekad untuk berkahwin dan Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya berkahwin dalam masa yang sangat singkat dan mudah perancangannya dan perlaksanaannya. Bermula tempoh saya buat keputusan untuk berkahwin, mengenali suami secara dekat sehinggalah kami bertunang dan berkahwin, hanya memakan masa kurang daripada 3 bulan.

Saya tahu, sukarnya mencapai darjat takwa. Namun, hati ini terlalu rindu menggamit untuk sampai kepadanya. Masakan tidak, hanya itu jalan untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Betapa gentar, pasti digagahi jua.


Aku terlalu ingin rasakan takwa, rasa takut tetapi rindu.




3 comments:

Amirah Anua: The Simple Lifestyle said...

Alhamdulillah...Dia yang maha mengetahui. (^^,)

incik said...

assalamualaikum..
sangat sweet...
saya suka sangat entry ni..
bermanfaat sangat..mudah2 Allah permudahkan jalan untuk saya juga kelak.amiin..
darul taqwa-sweet sgt..

ticher ina said...

assalamualaikum....
sy pertama jengah blog akak ni...
terus terpaut....
baby ziyad is so cute...
congratulations 4 ur happy marriage..
semoga terus bahagia bersama keluarga...
dan sentiasa diberkati Allah selalu...


*praying hard that i can fulfil half of my keimanan...semoga dipermudahkan jodoh sy..ameen..*