Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, November 19, 2010

Undilah Yang Benar

Assalamulaikum wbt.


Mesyuarat Agung Tahunan (MTC) PCM kali ke-4 hampir tiba. Pemilihan calon dan pengenalan calon telah pun selesai dijalankan. Sekarang tempoh masa diperuntukkan untuk berkempen. Masing- masing menggerakkan jentera yang sedia panas melalui pelbagai saluran untuk berkempen dan menyebarkan manifesto calon pilihan atau lebih tepat, calon yang LAYAK. Silalah berkempen tapi jangan sampai ada yang 'terkorban'.

Bermanifesto umpama menabur janji pada ahli. Pelbagai agenda cuba diketengahkan oleh para calon, baik yang bersifat idealistik semata mahupun yang bersifat realistik, individu atau umum, semasa atau rutin, remeh atau penting.

PCM masih baru namun menuju kematangan bukanlah dari sudut usia tetapi dari sudut fikrah, pembawakan dan gerakkerja. PCM masih dalam era pembaikan dan pembaharuan. Setiap kali tampuk kepimpinan bertukar wajah, idea dan gerakkerja yang berlangsung menunjukkan penambahbaikan dan pembaharuan mengikut cabaran semasa.

Sepanjang keterlibatan saya dengan PCM, saya jelas dengan apa yang cuba dibawa oleh PCM. Berpaksikan al-Quran dan Sunnah, Ijtima' dan Qias sebagai rujukan utama supaya tidak terpesong daripada prinsip yang tetap dan syariah yang fleksibel, PCM tidak pernah kolot. PCM tidak pernah dikuasai oleh mana- mana pihak tertentu, puak tertentu mahupun apa- apa yang bersifat individu. PCM adalah milik semua dan untuk semua. PCM FOR ALL.

Apa yang penting agenda ISLAM perlulah menjadi matlamat utama. Sedang agenda lain bukanlah remeh tetapi jika agenda Islam itu yang terkehadapan, agenda lain juga akan terlaksana sama kerana sifat Islam itu syumul dan merangkumi semua aspek.

Jika ada yang menolak PCM kerana agenda Islam yang dibawa sejak mula ditubuhkan, maka mereka menolak Islam dan syariatnya yang tertegak di dalamnya. PCM tidak perlu perubahan yang dicanang- canang seperti tong kosong yang diketuk kerana agenda Islam yang dibawa oleh PCM adalah jelas dan Islam itu sendiri bersifat Inqilaabiah (merubah) mengikut cabaran semasa.

Ya, mungkin ada yang perlu diperbaiki.

Apa yang perlu diperbaiki bukanlah perlu diubah secara total. PCM boleh dikatakan sudah punyai asas yang kukuh setelah menghampiri 4 tahun kewujudannya. PCM juga semakin diterima oleh ahli berbeza latar belakang.

Kita perlu perbaiki KUALITI gerak kerja PCM, aktiviti- aktiviti anjuran PCM, sasaran PCM dan sebagainya. Kita perlu perbaiki agar KEBAJIKAN PCM adalah lebih menyeluruh dan lebih baik. Kita perlukan KEBEBASAN agar PCM bergerak dengan gaya tersendiri yang lebih matang dan membawa manhaj- manhaj yang lebih baru dan segar selari dengan keadaan semasa dengan berprinsipkan syariat Islam.

Kita tidak perlu berubah secara total atau berubah kepada sesuatu yang 'baru' tetapi tenaga kerja kita yang ada sekarang adalah untuk memperbaiki PCM agar nampak lebih 'baru' dari sebelumnya.

Undilah yang dirasakan benar kerana undi anda akan ditanya di Sana kelak.

Nabi Muhammad ada berkata : "Akan muncul pada akhir zaman, kaum yang petah bercakap, berimpian mentah (wawasan dunia tanpa akhirat), mereka pandai berucap, mereka membaca al-Quran, di mana bacaan mereka tidak melepasi kerongkong (tidak masuk ke dalam hati), mereka keluar daripada agama dengan mudah laksana meluncurnya panah ke arah sasarannya"

Sudah ramai yang begini. Anda pula bagaimana?

Tepuk dada, tanyalah iman.


Ummu Ziyad
Timbalan Ketua Unit Akademik sesi 09/10
Perubatan Cawangan Mansurah (PCM)

0 comments: