Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan : Malaysia vs Mesir

Assalamualaikum wbt.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Di saat dunia di uji dengan wabak pandemik H1N1, kita masih diberi peluang oleh Allah Azza Wa Jalla untuk berpuasa dan beribadah di bulan yang penuh barakah ini sehingga tak terlafaz rasa syukur ini.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Ahlan ya Ramadhan..Ahlan!

Saya mula merindui Mansurah. Walaupun baru sekali saya berpeluang berpuasa di Mesir Bumi Anbia' iaitu pada tahun pertama saya menjejakkan kaki di sana (tahun 2007), terasa sedikit rugi apabila tahun ini sekali lagi saya tidak menyambut Ramadhan di sana.

Sudah pasti ada kelebihannya berpuasa di Malaysia apabila berpeluang bersahur, berpuasa, berbuka dan bertarawikh bersama keluarga tercinta tetapi suasana Ramadhan di Mesir tidak mungkin terbeli di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah keistimewaan Ramadhan di Mesir. Itulah hakikat yang perlu dirasakan sendiri apabila anda berpeluang untuk ke Bumi Anbia'.

Saya menjangkakan Ramadhan tahun ini saya akan menyambutnya di Mesir, tetapi perancangan Allah itu melebihi perancangan kita sebagai manusia biasa. Sedikit cemburu mendengar dan melihat kawan2 yang masih berada di sana menyelami Ramadhan yang penuh barakah di Mansurah. Ah, tahun depan jika berpeluang, saya pasti tidak akan melepaskan peluang menyambut Ramadhan di Mansurah. Semoga niat ini diizinkan oleh Allah.

Jika di Malaysia terkenal dengan Bazar Ramadhan, di Mesir tiada Bazar Ramadhan. Akan tetapi terdapat sesuatu yang lebih istimewa dari Bazar Ramadhan, iaitu jemputan berbuaka puasa di Masjid2 ataupun di perkampungan orang arab. Keseronokan itu lebih seronok dari memborong pelbagai juadah di Bazar Ramadhan.

Jika di Malaysia pelbagai jenis panjut dan pelita menghiasi laman2 rumah, Mesir juga tidak kalah dengan Fanus yang bergantungan di jalan2. Tradisi yang di amalkan sejak zaman sahabat itu terus menerus di amalkan oleh masyarakat arab kontemporari.

Jika di Malaysia meriah dengan detuman meriam yang saling berlawan-lawan saban malam, jalan2 Mesir juga meriah dengan kanak2 dan dewasa yang meraikan malam2 Ramadhan dengan cara mereka yang tersendiri.

Yang pasti, kemeriahan Ramadhan di Mesir pastinya terasa dan meresap ke dalam sanubari.

Mungkin semasa di Mesir kita akan merindui suasana Malaysia.Aneh sekali apabila di sini (Malaysia), saya betul2 merindui suasana Mesir.

Pada waktu siang di Mesir, lihat saja di jalan2 mahupun di dalam kenderaan awam, tidak kira kecil besar tua mahupun muda, di tangan mereka pasti ada senaskhah Al-Quran. Pantang ada masa terluang, pasti mulut mereka terkumat kamit membaca kalam Allah itu. Ha, suasana yang satu ini, jarang-jarang sekali kelihatan di Malaysia.

Apa pun, tidak kiralah di mana jua pun kita menyambut Ramadhan ini, marilah kita sama2 mengimarahkan atau medirikan Ramadhan ini agar Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan2 yang pernah kita lalui sebelum ini. Hayatilah Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penghayatan kerana kita tidak tahu mungkinkah kita punya peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang.


Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan di sini mengenai sebuah rancangan tv yang di tayangkan di Astro Oasis. Begitu banyak sekali program yang menarik sempena ramadhan namun antara yang menarik perhatian saya adalah sebuah drama yang bertajuk Qamar Bani Hashim yang mengisahkan tentang Sirah Nabawiyah. Ianya sangat menarik untuk ditonton dan memberi manfaat yang baik insyaAllah. Anda boleh menonton di Astro Oasis setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang dan ulangannya setiap Isnin hingga Jumaat juga jam 2.00 petang.

Ahlan ya Ramadhan..Ahlan!

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

Agar dapat ku lalui dengan sempurna..


0 comments: