Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, January 21, 2011

Tamak?

Assalamualaikum wbt.


Bukan mudah untuk thabatkan diri dalam perjuangan. Bukan mudah juga menjadi sayap kiri perjuangan seorang mujahid. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mendefinisikan pengorbanan sebagai mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya.

Ya, jalan ini payah dan menuntut banyak pengorbanan kerana tiada jihad tanpa pengorbanan.



Aku bukanlah tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi seperti Sayyidah Zainab Al-Ghazali. Sedangkan beliaulah antara akhawat yang menjadi ikon terbaik dalam perjuangan. Menyoroti kisah-kisahnya juga cukup membuatkan hati ini gementar dan melahirkan rasa yang membuak-buak untuk terus-menerus berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Aku terlalu ingin berkerja keras sepertinya. Menjual diri ini kepada pemilikNya dan mengorbankan jasad dan nyawa untuk turut sama syahid di jalanNya.

Namun, aku juga terlalu rindu untuk menjadi seperti Sayidatina Khadijah, isteri kecintaan Rasulullah s.a.w. Yang sentiasa sedia berkhidmat untuk suaminya. Yang selalu hadir di saat suaminya ditimpa kesusahan. Yang sedia mengorbankan apa sahaja demi membantu perjuangan dan dakwah Rasulullah s.a.w. Yang sentiasa memujuk apabila suaminya resah, dan selalu menenangkan apabila suaminya gelisah. Yang sentiasa dirindui dan disebut-sebut namanya oleh Rasulullah s.a.w setelah ketiadaannya.

Adakah aku terlalu tamak?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membalasnya dengan syurga" (At-Taubah :111)




Tuesday, January 18, 2011

No Warning

Assalamualaikum wbt.


Pemandangan ketika melalui bilik mayat untuk ke hospital sangat tipikal. Wajah-wajah lesu sanak saudara si mati yang menunggu untuk menuntut jenazah menjadikan suasana sekeliling murung dan kelam.

Insan- insan tetap lalu lalang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bagi mereka, kematian itu tiada kaitan dengan mereka. Bukan dari keluarga mereka mahupun sanak saudara mereka. Masing- masing terkejar- kejar untuk melunaskan tujuan masing- masing. Baik untuk mendapatkan rawatan di hospital mahupun untuk pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.

Namun saya yakin, ada insan-insan yang terkesan dengan suasana tersebut. Suasana yang cukup untuk mengingatkan mereka tentang kematian.

Pagi tadi saya terbaca suatu berita yang menyedihkan di sini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Al-fatihah buat al marhumah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Teringat semasa belajar subjek Forensic & Toxicology tahun lalu. Carbon Monoxide adalah pembunuh yang kejam. Ia adalah silent killer atau pembunuh secara senyap. Ia tidak berbau, tidak berwarna dan tidak punya rasa tertentu. Dan kematian boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja tanpa sebarang amaran. No warning.

Begitulah juga hakikat kematian.

Kematian itu boleh berlaku bila-bila sahaja dan di mana sahaja tanpa boleh dihidu, dilihat mahupun dirasa. Kematian juga berlaku tanpa sebarang amaran.

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian yang sentiasa dekat dengan kita bagai bayang-bayang?

Sedangkan kita adalah manusia yang sering saja disibukkan dan dilalaikan dengan dunia dan isinya. Sedikit sekali kita mengingati mati. Hanya apabila berlaku kematian di sekeliling kita sahaja mengingatkan kita tentang kematian. Jika tidak, kita akan lupa dan kembali kepada kelalaian dunia.

Janganlah kita menjadi manusia yang rugi.

"Wahai orang- orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, mereka itulah orang- orang yang rugi." (Al-Munafiqun : 9)

Janganlah kita menjadi manusia yang menyesal tetapi penyesalan itu sudah terlambat. Manusia yang punya cita-cita akhirat hanya selepas kita tidak akan dikembalikan lagi ke dunia untuk beramal soleh.

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebeum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu : lalu dia berkata (menyesali) "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)-ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan akau akan termasuk orang-orang yanag saleh." (Al-Munafiqun : 10)

Saat itu, tiada lagi peluang untuk kita walau sesaat.

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun : 11)

Kalaulah kita tahu bagaimana hidup kita akan berakhir, pasti kita tidak akan terus bersibuk-sibuk dengan dunia kita ni kan?


Wednesday, January 12, 2011

Aku tak mahu suamiku berdosa Kerana aku

Assalamualaikum wbt.

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, January 11, 2011

Bara Api

Assalamualaikum wbt.



Rasulullah s.a.w bersabda, manusia pada akhir zaman ini, memegang Islam ibarat menggenggam bara api.

Boleh tak anda bayangkan bagaimana agaknya jika anda menggenggam bara api?

Kita takkan menggenggam bara itu berterusan bahkan kita akan lepaskan genggaman apabila kita rasakan panas dan genggam kembali apabila kita mampu.

Begitulah hakikat Islam sekarang. Hanya digenggam apabila memberi keuntungan pada kita. Apabila kita rasakan susah dengan Islam, kita akan lepaskan ia, dan apabila kita rasakan Islam akan beri keuntungan pada kita, kita akan kembali pada Islam.

Dahulu, pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda ada mendengar sahabat berkata, kejayaan Islam pada masa itu adalah disebabkan oleh mereka. Lalu Allah S.W.T menegur mereka dengan turunkan ayat 17 surah al-Hujurat kepada Rasulullah S.A.W :

"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah, " Jangan kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar."

Mereka silap.

Berjayanya Islam ini adalah bukan kerana kita tetapi kerana rahmat dan izin Allah.

Islam ini jika kita tidak anuti, Allah s.w.t tidak akan pernah rugi. Begitu juga jika kita anuti, Allah s.w.t juga tidak mengambil sebarang keuntungan. Kerana sifat Allah itu tidak terkesan dengan pengabdian hambaNya.

Islam itu tidak akan rugi jika kita tidak bersama dengannya. Namun kita, kita yang akan rugi jika kita tidak bersama Islam.


Rasakanlah Izzah dengan keIslamanmu!



And I'm the COOLest one!


Sunday, January 2, 2011

Ulama'

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini ada terbaca seorang artis tempatan meninggal dunia kerana sakit jantung. He might suffer from acute myocardial infarction or acute thromboembolism or any differential diagnosis which may cause sudden death.

Abang kata dia sedih bila dengar artis meninggal atau ulama' meninggal. Tetapi types of kesedihan itu berbeza. Saya juga punya perasaan yang sama.

Apabila ulama' meninggal, ada banyak sangat sebab kenapa kita bersedih. Antaranya adalah kita sedih dengan kehilangan orang yang alim tentang ilmu kerana kecintaan kita pada mereka dan ilmu mereka. Dan pemergian ulama' itu adalah antara tanda-tanda awal kiamat yang disebutkan oleh Rasulullah di mana apabila ilmu diangkat oleh Allah iaitu dengan cara mematikan ulama'. Dekatnya kita dengan kiamat! Semoga Allah merahmati para ulama' pewaris Nabi ini.

Apabila artis meninggal, kita mungkin sedih apabila mengenangkan kehidupannya sebagai seorang artis. Saya rasa tak perlu menghurai panjang, anda tahu sendiri artis itu bagaimana. Semoga Allah mengampuni dosa mereka dan merahmati mereka.

Dahulu saya jahil sekali tentang ulama'. Saya tidak cuba untuk mengenali, mencintai dan mengagungkan ulama' sepertu mana saya pernah mengenali, mencintai dan mengagungkan artis-artis tempatan mahupun luar negara.

Saya langsung tidak ada rasa untuk ambil tahu tentang mana-mana ulama', biodata mereka, perjalanan hidup mereka, sumbangan mereka, kitab-kitab tulisan mereka, ilmu-ilmu yang mereka sampaikan dan apa-apa lagi tentang mereka.

Bahkan saya membuang masa dengan sentiasa mengambil tahu kisah-kisah artis-artis, update tentang kisah hidup mereka dan sebagainya. Bodohnya lah saya masa tu kan? Saya tidak sedar sedikitpun minda dan pemikiran saya dijajah oleh musuh Islam saat itu.

Alhamdulillah selepas berkahwin, banyak perkara baru yang saya belajar. Antaranya adalah saya dikenalkan dengan sheikh- sheikh dan para alim ulama' seluruh dunia. Saya diajar untuk mencintai dan menghormati para ulama', membaca kitab-kitab karangan mereka, mendengar ceramah-ceramah mereka. Dan setiap kali melihat wajah mereka, rasa cinta itu memberi rasa zuq dalam hati saya.

Ulama' adalah pewaris Nabi. Antara cara untuk mencintai dan menyayangi Nabi adalah dengan mencintai dan menyayangi para ulama'.

Dan antara ulama' yang saya cintai adalah :





Al-Alim Al-Allamah Habib Ali Al-Jufri Al-Yamani



Anda pula bagaimana?