Assalamualaikum wbt.
Saya masih ingat, dalam satu sesi ta'aruf di dalam sebuah halaqah kecil, saya telah meminta setiap dari ahli halaqah tersebut menyebutkan apakah perancangan mereka dalam kerjaya dan kehidupan secara general.
Apabila tiba pada giliran seorang ukhti, dia menyatakan bahawa dia tidak bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan ke peringkat tertinggi (berbeza dengan saya). Katanya,dia tidak kisah jika dia hanya seorang General Practitioner (GP). Apa yang penting baginya dia mempunyai masa sepenuhnya untuk mendidik anak-anaknya dengan baik.
Saya tersenyum. Namun bagi saya, senyuman yang saya lontarkan itu agak pahit. Saya tak pasti sama ada ahli halaqah tersebut perasan atau tidak. Dalam diam, timbul satu perasaan cemburu dari satu sudut kecil dalam hati ini.
Saya terbawa-bawa perasaan itu sehingga dalam perjalanan pulang ke rumah. Mula koreksi kembali diri ini.
Saya sudah punya suami dan anak. Bahkan hampir dua tahun melayari bahtera rumahtangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah (insyaAllah..). Sedangakn ukhti tadi belum pun berumahtangga. Saya terfikir, sayalah yang sepatutnya memberi jawapan seperti ukhti tadi kerana saya lebih dahulu 'makan garam' darinya dalam konteks berumahtangga.
Saya tidak pernah bercita-cita untuk hidup mewah. Cukuplah sekadar mempunyai sebuah kediaman yang selesa untuk keluarga kami berteduh dari panas dan hujan, sebuah kereta yang elok dan bagus supaya mudah untuk kami menggunakannya untuk kerja-kerja Islam, kerja-kerja dakwah, pergi ke ceramah-ceramah dan sebagainya, simpanan yang cukup untuk pendidikan yang bagus untuk anak-anak, simpanan yang cukup untuk menunaikan rukun Islam ke lima.
Itupun saya sudah merasakan saya 'bercita-cita tinggi' untuk dunia dan isinya. Ampuni aku Wahai Allah andai terlekat walau secebis niat dalam hatiku ini cintakan dunia. Hapuslah ia jangan dibiarkan terus membarah.
Saya sudah lama bercita-cita untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Menjadi seorang pakar dalam bidang perubatan yang diceburi ini. Kalau orang bertanyakan apakah alasannya, saya pun tidak boleh beri jawapan yang terbaik. Ia cuma sangat cinta untuk belajar dan terus belajar. Namun saya sungguh berharap jika diizinkan oleh Khaliq untuk berjaya kelak, Islam boleh tumpang kepakaran yang dimiliki itu. Ya, itu juga antara sebabnya.
Namun sebenrnya, saya kadang-kadang terlupa untuk merancang lebih buat anak-anak kelak. Benar, siapa tidak impikan anak yang soleh dan solehah. Kalau boleh, saya mahu ada beberapa dari kalangan zuriat saya yang jadi Ulama' Ummah. Saya sedar hakikatnya bukan mudah. Bak kata Abang, kita perlu mendidik diri kita sebelum mendidik anak-anak. Namun dalam masa yang sama, tidak pula abaikan pendidikan anak-anak.
Ianya perlu bermula dari diri saya sendiri. Sebagai seorang Ummi, amanah mendidik anak-anak terpundak di bahu ini. Abang, sudah pasti ummah lebih memerlukannya. Seperti mana Imam As-Syahid Al-Banna, beliau memperuntukkan lebih masa untuk ummah namun kebajikan rumahtangga dan anak-anak, tetap dijaga dengan baik dan rapi. Sehinggan perkembangan dan keperluan satu persatu anaknya dicatatkan dalam sebuah buku khas. Usah cerita qudwah teragung kita, kekasih Allah, Rasulullah s.a.w, walaupun sibuk sebagai seorang Perdana Menteri, tetap menyinsing lengan membantu isteri menguli dan membakar roti di dapur.
Alhamdulillah, hari ini Ziyad sudah berumur setahun. Sudah cukup bijak untuk membaca dan meniru perilaku orang dewasa. Apa yang diajarkan kepadanya, diresapnya dengan mudah dan cepat.
Dari menadah tangan setiap kali berdoa, melambai setiap kali mendengar ucapan "Ma3a salamah", mengangkat tangan menutup kedua belah telinga setiap kali mendegar laungan azan kononnya dia turut azan sama, menghulurkan salam dan mengucup tangan sesiapa yang bersalam dengannya, 'manjawab telefon' setiap kali berdering, mengerti apa itu 'hot' 'ball' 'book' 'la'a (tidak)' 'cockroach' 'susu' 'sleep' 'harrah (kucing)' 'biscuit' 'eat' 'ijlis/sit down' dan macam2 perkataan lagi, 'sujud' apabila dihamparkan sejadah, sudah boleh berjalan sebelum berumur setahun, dan macam-macam lagi.
Cuma saya masih berusaha melatihnya menyebut kalimah tauhid "La Ilaha IllaLlah" dan "Allah." Semoga itulah perkataan pertama yang diucapnya jika dia sudah pandai bercakap nanti. Namun kadang-kadang masa sungguh mencemburui membuatkan saya tidak cukup sabar untuk mengajarnya beberapa perkara lain.
Alhamdulillah hari ini Ziyad sudah setahun. Maafkan Ummi andai sepanjang setahun ini, Ummi tidak memberikan yang terbaik untuk Ziyad. Ummi berhutang terlalu banyak masa-masa emas bersama Ziyad. Ummi tidak mampu lagi untuk berjanji membayar masa-masa tersebut.
Jika dihitung, terlalu banyak pengorbanan Mohammad Thoriq Ziyad bin Abd Kadir sebagai anak sulung Ummi dan Abi. Lahir dan membesar di tengah2 kancah kesibukan Ummi dan Abi mengejar cita-cita. Kalaulah Ziyad faham makna perasaan dan emosi yang sebenarnya, Ummi rasa sudah pasti Ziyad akan jadi seorang kanak-kanak yang paling sedih dan murung. Terpaksa turut sama berkorban, kadang ditinggalkan, kadang berkejar ke sana sini tak kira waktu dan masa, berpanas terik di waktu siang dan menahan sejuk di waktu malam, turut sama turun padang menemani Ummi dan Abi berjuang demi melihat Islam tertegak suatu hari nanti.
Namun Ziyad seolah faham dan tidak pernah meragam. Malah pandai mencari ruang dan sisi gembira, bermain tidak kira di mana dan dengan siapa. Juga turut membuat Ummi dan Abi tertawa dengan pelbagai gelagat Ziyad. Namun ketahuilah Nak.. betapa pengorbananmu yang banyak itu telah mendidik dan mendewasakan Ummi dan Abi dan Ummi yakin Ziyad pasti gembira mendengarkan ini.
Doa Ummi sentiasa, agar Ziyad tumbuh membesar menjadi anak yang cerdik, soleh dan memberi manfaat pada ummah di setiap masa dan tempat.
Doakan agar Ummi tetap sabar mendidik dan mengasuhmu serta adik-adikmu kelak.
Selamat Hari Lahir Nak..
Eid Milad Saeid ya Bunayya..
Happy Birthday Son..
Semoga Alllah sentiasa melindungi dan merahmatimu anak Ummi yang soleh..
Salam Sayang,
Ummi
24 October 2011
Ahmad Maher, Mansurah
Egypt.