Assalamualaikum wbt.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Englau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (al-Fatihah : 5-7)
Tak sempat rasanya untuk menulis panjang. Namun perlu dicoretkan sedikit di sini, hari-hari terakhir sebelum bertukar status. Saat perasaan bercampur baur (takutnye.huhu.). Fikiran mencapah ke setiap sudut. Insomniac that annoys my mood and disrupt my sanity. Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin sibuk pula rasanya. Terpaksa berulang ke Cairo pada saat-saat akhir atas beberapa urusan dengan penaja, kelas yang mesti dihadiri dan tuition yang terlalu sayang untuk dikorbankan membuatkan saya merasakan punyai sangat sedikit masa-masa kosong untuk diisi dengan perkara berkaitan perkahwinan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli beit - Adilah, Asma dan Umi yang banyak sangat sangat sangat membantu (melayan bebelan dan kerenah yang tak berapa nak betul lately, menyusunkan jadual, sudi diajak ke sana ke mari, ermm.. banyak sangat sampai tak tertulis), Huriyyah @ HBT (banyak bantu urusan teknikal perkahwinan), Syamilah (banyak tolong backup kerja-kerja Unit Akademik buat masa ini.huhu.), the loving couples Aimi dan Izzat *plus baby (banyak menyumbang idea), PUTERIs yang diketuai oleh Nadiah dan Yaya (for take caring my pelamin idaman, hantaran juga majlis nikah) dan.. semestinya my fiance - encik bakal suami (sepertinya banyak yang dia buat sampai tak tertulis jua.huhu.) dan yang lain-lain yang membantu dalam diam (carikan rumah, bersihkan rumah, etc..).
And my very special thanks to my lovely family especially ayah, mama, mak dan baba and my other relatives.
*Macam terima anugerah pula.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah.
Rabbana 'alaika tawakkalna, wa ilaika anabna, wa ilaikal masir..