
Wahai Allah..aku inginkan ketenangan itu..Ketenangan ketika melihat kebesaranMu..Berilah aku peluang..
The Blog of Doc To Be

Wahai Allah..aku inginkan ketenangan itu..Ketenangan ketika melihat kebesaranMu..Berilah aku peluang..

"The ministry is willing to offer the best in terms of financial and
professional support to enhance human resource development in the neurosurgical
field."
These medical graduates, totalling about 60 cases a year, are unable to cope with their housemanship as they may have been pressured by their parents to take up medicine” - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican

kami..
Majlis yang sepatutnya di adakan pada 5 Disember pada jam 2.00pm seperti yang tertera pada kad jemputan pada mulanya terpaksa kami tangguhkan pada jam 8pm hari yang sama di atas permintaan Pengerusi.

Saya mencuba sedaya mungkin membuat persiapan yang rapi untuk malam tersebut tetapi kami hanya merancang..Allah Maha Berkuasa apabila satu kejadian menimpa kami di Mansurah...
Pada hari tersebut, kami warga Mansurah yang pada awalnya di kejutkan dengan berita gembira tentang kelahiran adik Nik Hurayyah Ar-Raudhah Nik Muhd Faris, bayi sulung milik pasangan pelajar Nik Muhd Faris (21thn) dan Husna Zaini (19thn).
Namun..kami sangkakan pelangi indah menemani kami sehingga ke petang namun pelangi itu hilang..mendung pula datang..Si kecil Hurayyah, yang saya sudah ketahui namanya sebelum kelahirannya lagi, di panggil kembali oleh Pencipta selepas di beri peluang hidup kurang daripada 24 jam. Si kecil Hurayyah lahir pada 1.35am, 5 Disember 2008 dan kembali ke Rahmatullah pada waktu tengah hari, hari yang sama kerana masalah pernafasan.
Saya hanya berpeluang melihat Si kecil Hurayyah sebelum di kafankan tetapi tidak pada hayatnya. Saya tidak dapat menahan sebak dan airmata, sayu melihat Si Kecil. Hati jatuh sayang namun tak sempat untuk mengucup mahupun mendakap. Lebih sebak melihat ibunya yang sudah saya anggap sebagai adik saya sendiri..Bersabarlah adikku..
Alangkah beruntungnya Hurayyah, bidadari kecil yang di pilih Allah untuk menyerikan syurgaNya sebelum melihat kejahilan dunia.. Alangkah bertuahnya Hurayyah, si kecil yang kembali dalam keadaan suci tanpa dicemari dosa..Semoga kedua ibubapanya tabah dalam menempuh ujian yang maha hebat ini. Al-Fatihah buat anak kecil yang dikasihi Nik Hurayyah Ar-Raudhah. Semoga kami berpeluang bertemu dengannya di Syurga Allah sebagai pengubat rindu yang sudah berputik dan kian mekar..
Majlis yang sepatutnya berlangsung pada malam itu kami tangguhkan pada keesokan harinya. Alhamdulillah urusan perubahan waktu dan tarikh tidaklah serumit mana apabila Manager restoran tempat majlis berlangsung bersifat memahami.
Majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 12pm bermula agak lewat. janji Melayu...

ladies..

gentlemans

yummylicious!
Terima kasih pada yang hadir!
Copyright 2010 A Muslimah Meddie. Blogger Templates created by Deluxe Templates. Wordpress by Netlash. Powered by Blogger