Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan : Malaysia vs Mesir

Assalamualaikum wbt.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Di saat dunia di uji dengan wabak pandemik H1N1, kita masih diberi peluang oleh Allah Azza Wa Jalla untuk berpuasa dan beribadah di bulan yang penuh barakah ini sehingga tak terlafaz rasa syukur ini.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Ahlan ya Ramadhan..Ahlan!

Saya mula merindui Mansurah. Walaupun baru sekali saya berpeluang berpuasa di Mesir Bumi Anbia' iaitu pada tahun pertama saya menjejakkan kaki di sana (tahun 2007), terasa sedikit rugi apabila tahun ini sekali lagi saya tidak menyambut Ramadhan di sana.

Sudah pasti ada kelebihannya berpuasa di Malaysia apabila berpeluang bersahur, berpuasa, berbuka dan bertarawikh bersama keluarga tercinta tetapi suasana Ramadhan di Mesir tidak mungkin terbeli di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah keistimewaan Ramadhan di Mesir. Itulah hakikat yang perlu dirasakan sendiri apabila anda berpeluang untuk ke Bumi Anbia'.

Saya menjangkakan Ramadhan tahun ini saya akan menyambutnya di Mesir, tetapi perancangan Allah itu melebihi perancangan kita sebagai manusia biasa. Sedikit cemburu mendengar dan melihat kawan2 yang masih berada di sana menyelami Ramadhan yang penuh barakah di Mansurah. Ah, tahun depan jika berpeluang, saya pasti tidak akan melepaskan peluang menyambut Ramadhan di Mansurah. Semoga niat ini diizinkan oleh Allah.

Jika di Malaysia terkenal dengan Bazar Ramadhan, di Mesir tiada Bazar Ramadhan. Akan tetapi terdapat sesuatu yang lebih istimewa dari Bazar Ramadhan, iaitu jemputan berbuaka puasa di Masjid2 ataupun di perkampungan orang arab. Keseronokan itu lebih seronok dari memborong pelbagai juadah di Bazar Ramadhan.

Jika di Malaysia pelbagai jenis panjut dan pelita menghiasi laman2 rumah, Mesir juga tidak kalah dengan Fanus yang bergantungan di jalan2. Tradisi yang di amalkan sejak zaman sahabat itu terus menerus di amalkan oleh masyarakat arab kontemporari.

Jika di Malaysia meriah dengan detuman meriam yang saling berlawan-lawan saban malam, jalan2 Mesir juga meriah dengan kanak2 dan dewasa yang meraikan malam2 Ramadhan dengan cara mereka yang tersendiri.

Yang pasti, kemeriahan Ramadhan di Mesir pastinya terasa dan meresap ke dalam sanubari.

Mungkin semasa di Mesir kita akan merindui suasana Malaysia.Aneh sekali apabila di sini (Malaysia), saya betul2 merindui suasana Mesir.

Pada waktu siang di Mesir, lihat saja di jalan2 mahupun di dalam kenderaan awam, tidak kira kecil besar tua mahupun muda, di tangan mereka pasti ada senaskhah Al-Quran. Pantang ada masa terluang, pasti mulut mereka terkumat kamit membaca kalam Allah itu. Ha, suasana yang satu ini, jarang-jarang sekali kelihatan di Malaysia.

Apa pun, tidak kiralah di mana jua pun kita menyambut Ramadhan ini, marilah kita sama2 mengimarahkan atau medirikan Ramadhan ini agar Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan2 yang pernah kita lalui sebelum ini. Hayatilah Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penghayatan kerana kita tidak tahu mungkinkah kita punya peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang.


Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan di sini mengenai sebuah rancangan tv yang di tayangkan di Astro Oasis. Begitu banyak sekali program yang menarik sempena ramadhan namun antara yang menarik perhatian saya adalah sebuah drama yang bertajuk Qamar Bani Hashim yang mengisahkan tentang Sirah Nabawiyah. Ianya sangat menarik untuk ditonton dan memberi manfaat yang baik insyaAllah. Anda boleh menonton di Astro Oasis setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang dan ulangannya setiap Isnin hingga Jumaat juga jam 2.00 petang.

Ahlan ya Ramadhan..Ahlan!

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

Agar dapat ku lalui dengan sempurna..


Monday, August 3, 2009

Summer's Special Edition : SHE'S MARRIED

Assalamualaikum wbt.

SHE'S MARRIED.

and yes she is.

I met her last night as a no-longer-our- housemate after about a month and I could see obviously clear the shining bright of 'seri pengantin' behind an arc of ghost-oval of her milky translucent blushed face. And the hennas are still freshly there on her pink and plump fingers.

I remember when the first time she announced that she was getting married. Suprisingly, there were none of us getting shocked eventhough she never said anything about it before. (My mandible joint was a bit loosed actually but I pretend not to be shocked. And I know the others was just similar.haha)

"So when, exactly, are you getting married?" one of us asked skeptically. "And who to?"

We were vaguely expressed our interest. She's getting married man!

But poor us, she never mentioned the name. Never okay. Sullen white dents appeared in our cheeks where our jaw was set. (Owh come on aimi! Just let us know who. Your secret safe with us. - I mumbled silently- haha)

And suprise!! (for all and not for us because we predicted corre ctly whose that guy. I know we're that brilliant)

The lucky man is our honourable Pengerusi PCM 07/08 & 08/09 : Encik Muhammad Izzat Mohd Kamal. (I hope I spelled it correctly.)






My biggest and deepest congratulations on your wedding Puan Wan Aimi Rashidah Binti Wan Mokhtar. May Allah showers both of you with His blesses till Jannah and grants you both the soleh and solehah kids. InsyaAllah.
*I'm truly sorry bestfriend for not being able to attend your great day.

Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma jama'a baynakuma fil khairin

Semoga Allah memberkatimu dan mudah-mudahan mengekalkan keberkahan atas dirimu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.




*sponsor's message : Dont ask us who'll be the next. None of us are next (ceh confident je). We (Imtiyaz) had kept our promise on initiating the marriage among our batch and so we did. Dear friends, do ask yourself before us okay? Who's the next? Put up your hand!

Thursday, July 30, 2009

Tadrib Lil Soifi

Assalamualaikum wbt.


As spring and summer start to open up their first petals, colors start to flood everywhere. You flip one page after the other of your diary with expectancy of finding the empty spaces of any of your becoming days but you found none of them are free. It seems like every day is a pretty hectic day. Madrasah, kelas bahasa, attachment and everything. Don't panic. That's what we call life. So have fun with it! And thats what I do.


Before the holiday I'd planned many activities that can fill a big part of my holiday. Alhamdulillah Thank you Allah, so far each plan goes very well. I devoted my time and energy enjoying the holiday with no more nothing-to-do. (as I always complained myself : "what do I do?" on the previous years). And the most exciting things is joining an attachment programme. Surgery, ward round, clinic - and that was just awesome when I was enabled to capture bunch of experiences from my first round on Oncology Centre of Mansurah University Hospital.

And the good thing of that is : IT MAKES ME REOPEN MY BOOKS. Brilliant! (It sharpen my knowledge. Thank you Allah.)
I had just finished my first round. The second should be at GIT Centre start from next week but I guess I should'nt be able to make it for some reason. Oh I'll really miss those moments.

Okay since pictures speak thousand words, attached herewith are some of the photos during the course.




The Oncology Centre


.Get ready to watch surgeries

Anesthetic process before the surgery

Thyroidectomy





Mastectomy

Thyroidectomy

Pediatric Oncology Ward

During the ward-round with Dr. Nashrene

One of the patient with Metastatic Neuroblastoma

Tuesday, July 14, 2009

Jaulah Fayyoum

Assalamualaikum wbt.

Sepulangnya dari Marsa Matruh, saya berpeluang rehat sehari walaupun tidaklah serehat mana. Karnival PCM atau lebih dikenali dengan Extravagant Summer Edition (ESE) menganjurkan Seminar Perubatan Islam Mansurah (PERSIS 09) bertemakan Implementasi Ibadah Dalam Perubatan.

Pelbagai permasalahan dibincangkan antaranya:
-Thaqafah Pengamal Perubatan Satu Keperluan
-Ibadah Pesakit : Bersuci, Solat dan Puasa.

Namun sayangnya saya hanya berkesempatan turut serta pada separuh masa pertama dan terpaksa meninggalkan majlis ilmu tersebut atas sebab2 yang lebih ihtimam.

Hari berikutnya saya berkeputusan untuk meneruskan rancangan saya untuk mentadabbur alam milikNya. Mengikuti rombongan ke Fayyoum memberi seribu muhasabah buat diri apatah lagi di musim panas begini, perjalanan yang melalui sahara betul2 menguji diri. Usah cerita tentang bahang yang hangat membakar mahupun peluh yang mencurah. Ramai adik2 yang mengeluh. Saya mengatakan pada mereka apalah sangat bahang kepanasan ini pada kita yang menaiki coaster yang agak selesa.

Susurilah kembali sirah Rasulullah dan orang2 beriman di zaman Baginda. Contohnya ketika Perang Tabuk, jundi2 Islam itu terpaksa merentas Sahara sejauh lebih kurang 500 km dari Madinah di musim panas. Mereka tidak menaiki bas sebaliknya menaunggang unta, kuda dan berjalan kaki. Mereka tidak pernah mengeluh bahkan tetap taat pada perintah Allah dan Rasul mereka. Dan mereka pulang membawa kejayaan.

Kita?

Rasanya seperti kita tidak layak untuk mengeluh. Sungguh tidak layak. Kami kemudiannya menghayati kepanasan dan bahang sepanjang perjalanan. Biarlah bahang kepanasan ini memberi peringatan dan muhasabah yang baik buat kami yang sering sahaja lupa.

FAYYOUM

Istilah Fayoum berasal dari kata Baiyoum yang bererti danau atau air. Terletak 105 km dari arah selatan Kaherah dan tempat ini merupakan lembah pertanian dan perkebunan yang cukup subur selain terkenal dengan perkebunan mangganya yang amat luas. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir kuno dan kota Menef (ibu kota Mesir pertama di masa pemerintahan Firaun) berada di sebelah utaranya. Puncak kejayaan kota ini ketika pemerintahan Firaun lll dan Firaun lV. Di sini juga Allah Taala menguburkan Qarun beserta seluruh harta kekayaannya. Di antara tempat-tempat menarik di Fayoum yang mesti dikunjungi adalah: Tasik Qarun, Kinci Air, Syalalat (Air Terjun), Kebun Mangga, Ain Sillin (Mata Air), Piramid, Kota Lama Fayoum, Istana dll.


Tasik Qarun


Merupakan tasik ketiga terbesar di Mesir. Mempunyai kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat serta luasnya kira-kira 18 900 hektar. Di tengah tasik ini terdapat sejenis pulau kecil bernama Qarn al-Zahabiy. Menurut lagenda yang masyhur mengatakan bahawa danau ini mulanya adalah tempat istana Qarun dan seluruh hartanya yang kemudian ditenggelamkan Allah Taala sehingga dinamakan dengan Tasik Qarun.

Melihatkan Tasik Qarun sepanjang perjalanan kami, tasik ini seolah menjadi antara punca pendapatan para nelayan. Ia juga menjadi antara tempat pilihan para pengunjung untuk berkelah dan bermandi manda.
Tasik ini juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Mengikut kalam ulama' ianya adalah sebagai tanda peringatan dari Allah akan kebakhilan dan sifat tamak Qarun yang pada mulanya merupakan seorang yang miskin. Dia kemudiannya meminta Nabi Musa a.s mendoakan agar dia menjadi seorang yang kaya raya. Pada mulanya Nabi Musa menolak tetapi kemudiannya bersetuju dengan syarat agar Qarun tidak lupa menunaikan kewajipannya untuk menunaikan zakat dan menyalurkan hartanya ke jalan yang hak.

Namun sikap tamak Qarun menyebabka dia terlupa untuk menunaikan janjinya bahkan dia bersikap sombog dengan berkata harta kekayaan itu datang dari usahanya dan bukan dari Allah. Kemudian Allah menurunkan bala dengan menenggelamkan istana dan seluruh hartanya.

Syalalat (Air Terjun)



Ia merupakan salah satu dari tempat tumpuan masyarakat Mesir pada musim panas. Satu-satunya air terjun yang terdapat di Mesir. Ia berdekatan dengan Sungai Nabi Yusuf A.S. dan Tasik Qarun. Punca air terjun ini adalah dari Sungai Nabi Yusuf A.S dan Sungai Nil. Air terjun ini melimpah dan membentuk wadi yang diberi nama Wadi Hayyan.
wadi hayyan
Subhanallah yang telah menciptakan air terjun di tengah-tengah padang pasir yang luas. Seakan tidak percaya dengan keajaiban yang dilihat. Sungguh Allah Maha Besar.



Ain Sillin (Mata Air)


Ain Sillin adalah antara sumber mata air yang terdapat di dalam kebun mangga yang luas. Airnya dipercayai mempunyai khasiat dan kandungan mineral yang tinggi dan baik untuk memulihkan kesihatan.

Dahulunya kaum Yahudi dan Nasrani percaya air mata ini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan memanjangkan umum. Dan ternyata kepercayaan ini adalah karut semata. Menurut fakta kajian, ia kaya dengan titanium, iron, aluminium dan calcium dan mineral2 semulajadi tersebut dapat membantu mengurangkan sakit gastric dan juga mengurangkan hypertension (darah tinggi) kerana kandungan titaniumnya dapat membantu mengurangkan kadar berlakunya arteriosclerosis.


Kebun Mangga

Ia merupakan kebun mangga di antara yang terbesar di Mesir. Juga menjadi antara pengeluar terbesar dan terbaik mangga di Mesir. Pelbagai jenis mangga boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Di dalam kebun mangga ini juga terletaknya Ain Sillin.



Kincir Air


Fayyoum mempunyai sebanyak 200 kincir air yang masih digunakan hingga ke hari ini untuk pengaliran pertanian. Salah satu kincir air yang mudah dilihat pada masa ini terdapat di tengah-tengah kota Fayyoum. Ia merupakan salah satu punca pengaliran air yang tertua di Fayoum. Menurut cerita setempat bahawa kinci air di Fayoum ini telah digunakan sejak lebih 4000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman Nabi Yusof A.S.

Mendengar pergerakan kincir air ini dan juga arus air adalah seakan-akan mendengar muazzin melaungan azan. MasyaAllah!




MARSA MATRUH

Assalamualaikum wbt.

SEJARAH

Sejak zaman pemerintahan Firaun lagi, padang pasir di bahagian barat dan lembahnya di bahagian utara telah menarik perhatian orang-orang Mesir di Wadi Nil dan juga perhatian dunia seluruhnya. Kesan-kesan sejarah yang terdapat di pelbagai tempat sepanjang lembah barat menjadi saksi bagi perkara tersebut. Di Siwa, terdapat kuil Amon dan Kuil Ramsis kedua di kampung (Ummu Rokhm) yang di bina pada zaman keluarga Firaun ke-26.

Iskandar Akbar telah berjalan menuju ke Siwa untuk menyatakan kesetiannya terhadap tuhan Amon, tuhan penduduk Mesir. Ia bertujuan mendapat keredhaan penduduk Mesir terhadap pemerintahannya. Lalu dia pun berhenti di Bandar Marsa Matruh yang sekarang dan mengarahkan supaya dibina bandar di situ. Pembinaan pun dimulakan lalu dinamakan sepanjang pemerintahannya 'Amonia' sebagai sandaran kepada tuhan Amon. Kemudian, pada zaman "Albatolimah" dengan nama Paratunium kemudian dengan nama Marsa Matruh.


MARSA MATRUH

Marsa matruh terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah, yang mana jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524 km. Ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km, di mana para pengunjung mengklasifikasikannya pantai tercantik di dunia.

Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih, juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempersonakan.











Dan antara tempat-tempat menarik yang lain di Marsa Matruh adalah :

PANTAI AGEEBA

Terletak 28 km di sebelah Barat Marsa Matruh. Ianya diindahkan dengan pemandangan yang cukup menarik ditambah dengan batu-batu yang unik di sekelilingnya. Pantai ini dikatakan Ageeba (Ajaib) kerana ia membiaskan 7 warna ketika matahari terbenam di ufuk barat.












HAMAM CLEOPATRA

Ia merupakan bangunan batu-bata yang terletak dipersisiran pantai. 'Hamam' yang bererti bilik bersiram merupakan salah satu tinggalan milik Cleopatra yang mahsyur dan cukup dikenali di Marsa Matruh.











SOUQ LIBYA


Merupakan tempat membeli-belah yang terkenal bagi pelancong yang bertandang ke Marsa Matruh. Pelbagai barangan dijual antaranya adalah rempah ratus, beg, pakaian dan yang paling mahsyur adalah kurma pelbagai jenis yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah.







UBI dan BATAS

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..

Masih di beri peluang oleh Allah untuk menaip kembali. Masa yang mengekang sering sahaja membantutkan niat saya untuk menulis. Hampir tiga minggu sekolah kami mula bercuti. Saya berharap masa2 yang terluang ini dapat saya isi dengan baik. Poster yang tertampal di dinding dengan kalam :

"Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil"

merupakan peringatan yang sungguh cantik.


RESULT

Result exam telah pun keluar beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.. kepada Allah sahaja layaknya segala pujian di atas kejayaan yang diberi. Pada mulanya saya sedikit frust dengan keputusan yang dicapai dek kerana target yang tidak kesampaian atau mungkin lebih tepat lagi, target tersebut tersangat hampir untuk di capai. Saya mengucapkan alhamdulillah tetapi dalam masa yang sama saya sedikit mengeluh, dimanakah silapnya?

Sehinggalah keesokan harinya saya diajar untuk menghadam sebuah hadith berikut :

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Seorang mukmin yang kuat itu adalah baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah. Dan bagi mereka semuanya adalah baik. Berlumba-lumbalah kamu kepada perkara yang membawa manfaat dan mintalah pertolongan dari Allah. Dan janganlah bersikap lemah atau malas. Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu perkara maka janganlah kamu berkata : ' Kalaulah aku buat sebegitu tentulah tidak jadi sebegitu'. Tetapi katakanlah : 'Ketentuan Allah dengan apa yang dekehendakiNya'. Sekiranya seringkali menggunakan perkataan kalau, ia akan membawa kepada perlakuan syaitan.


Besarnya kuasa Allah yang sering sahaja memberikan peringatan yang baik buat hamba-hambaNya. Betapa saya cuai untuk bersyukur pada masa itu. Sedangkan mungkin itulah yang terbaik buat saya.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sangat dikagumi urusan dan kelakuan orang2 yang beriman kerana sesungguhnya segala urusan adalah baik bagi mereka. Iaitu apabila diberi kesenangan, dia bersyukur maka itu adalah baik baginya dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dan ia menjadi kebaikan baginya" (H.R Muslim)


JAULAH


Alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk menghayati dan mentadabbur alamNya yang luas ini. Jika diizinkanNya, sedikit perkongsian akan saya tulis di sini pada entri2 seterusnya insyaAllah..



Marsa Matruh


Fayyoum