Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Rezeki

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi wal hamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi, siang dan malam serta segala kejadian agar kita sentiasa mengambil iktibar dan bersyukur.

Esok exam practical Forensic. Saya masih gigih membuat persediaan. Abang pula sentiasa berulang alik setiap hari ke rumah sahabat-sahabat sepengajiannya untuk study group. Bahang final exam sudah hangat terasa ditambah pula dengan bahang musim ini. Suhu semakin meningkat saban hari. Jika tiada urusan penting, saya malas untuk keluar. Duduk di rumah lebih selesa. Lebih-lebih lagi suami sentiasa menawarkan diri untuk keluar jika ada perkara yang boleh diselesaikan dengan bantuannya. Hehehe. Thank you abang! (^__^)'.

Beberapa minggu ini masing-masing keletihan. Biarpun kuliah sudah tamat, tuition class tetap rancak. Apatah lagi saya mengambil revision session yang menjadikan kelas perlu dihadiri setiap hari. Sayang rasanya jika ponteng. Mahu tidak mahu, diri ini tetap di gagahkan jua.

Menghadiri kelas tuition setiap malam yang bermula pada pukul 8 malam dan tamat pada jam 11 malam menjadikan saya hampir menjadi seorang defaulter untuk maternal follow-up kerana klinik hanya beroperasi pada pukul 8 malam sehingga pukul 9.30 malam. Penat usah cerita. Tapi kata abang, mujahidah perlu kuat dan sabar.

Sudah hampir 6 minggu saya 'ponteng' maternal check-up. Mula-mula risau juga tapi bila belajar subject Maternal Health Care (MHC) dalam Community Medicine yang menyatakan bahawa policy MHC di Mesir memerlukan ibu mengandung menghadiri sekurang-kurangnga 5 maternal check-up throughout pregnancy, kerisauan berkurangan. Heheh.

Alhamdulilah usia kandungan kini sudah melepasi first trimester. The latest maternal check-up pada minggu ini, usia kandungan sudahpun 14 weeks. And baby is good. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya seolah-olah merahsiakan berita gembira ini. Ini adalah kerana beberapa cases of unknown cause of miscarriage during first trimester dikalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir ini, menjadikan saya berat untuk menceritakan perihal kandungan ini. Biarlah usia kandungan melepasi first trimester terlebih dahulu, barulah lega rasanya untuk mengumumkan kehadiran permata hati kami ini.




Alhamdulillah kini first trimester sudah berlalu jadi tendency of unknown cause of miscarriage are now decreasing. Symptoms of pregnancy juga semakin berkurangan. Saya mengalami alahan yang agak teruk sepanjang first trimester terutama sleepiness. Kemengantukan yang sukar dibendung! (Sampai sekarang symptom ni tak reduce pun huhu..oh help me!)

Alhamdulillah dengan bergelar seorang medical student, it somehow helps us to know about medical and scientific fact about our pregnancy. Berikut adalah beberapa medical and scientific fact about my pregnancy :

  • First Day Of Last Menstrual Period : 26th January 2010
  • Conception : 9th February 2010 (kami bernikah on 7th February 2010. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki hanya selepas 2 hari berkahwin! (^__^)v wink* Tak sangka kan? Dan yang seronoknya menurut abang, 9th February tu hari Isnin. Menurut pembacaannya, zuriat yang terjadi pada hari Isnin insyaAllah akan dilahirkan sebagai anak yang soleh solehah..aminn..)
  • Pregnancy Test : 23th February 2010
  • First Heartbeat : 9th March 2010
  • Expected 1st Quickening : 1st June 2010 (tak sabar rasanya!)
  • Viability : 13th July 2010
  • Expected Due Date : 4th November 2010

Doakan agar kandungan dan kelahiran zuriat ini dipermudahkan oleh Allah. Dan doakan juga zuriat yang bakal lahir ini sentiasa sihat, comel, bijak, menjadi anak soleh/ah dan paling penting kelak menjadi mujahid/ah serta penolong agama Allah seperti juga ibubapanya. InsyaAllah..

Buat Puteri-Puteri forth year, terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa menyokong dan membantu. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian. Juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Dan paling penting buat abang, terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah sayang yang sentiasa pelik macam alien ni. huhu.

Doakan ye!

Oh, goodluck exam esok!

Friday, March 5, 2010

Tercipta Untukku

Assalamualaikum wbt.


Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang untuk kita bernafas dalam jiwa hamba. Juga segala puji bagi-Nya yang sentiasa membuka ruang untuk kita bertaubat di atas segala dosa dan khilaf yang kita lakukan. Cuma kita, yang kadangkala lalai dan sentiasa lalai, dengan melepaskan setiap masa-masa emas yang datang dan kemudian ia pergi takkan pernah kembali lagi walau sesaat.

Sejak berkahwin, laptop and internet are no longer my first passion everytime i'm being home. Kadang-kadang nak update blog pun kurang rajin. Mr. H is the one who always gives me support to jot down something here. He said, do share something that you get or you give (to others during previous certain circumstances eg: SC).

Saya lebih suka mengisi masa dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah (the major passion of a wife.biasalah kan?). Kerana masa-masa lapang itu nampaknya sedikit berbanding masa-masa sibuk.

Round Ophtal semakin menghampiri penghujungnya. Topic yang perlu dihadam pula semakin susah. Saya cuba untuk fokus sepenuhnya dalam kelas. And yes i'm focus (almost) but its kinda weird when i can barely understand the lecture. I asked my classmates for their verdict about the lectures, and thank God mereka pun serupa, tak faham sangat juga lecture Retina and Strabismus. Maksudnya those topics memang betul-betul susah. huhu. ('thank God' represent my sheer relief because it means that i'm not the problem for didnt understand the lecture.hehe.)




Round Ophtal yang selalu habis awal membuatkan hati sesiapa sahaja (4th year students especially) berbunga riang eventhough cases pada hari itu sangat menekan jiwa for not being able to differentiate between Nuclear Cataract and Intumescent Cataract, Cortical Cataract and Incipient Cataract, Leucoma or Nebula and any other cases even we were exposed with those cases almost over ten times. Menekan jiwa kan?

Never mind.. I do believe that we can manage ourselves to be familiar with thoses cases by time before the exam. InsyaAllahh. Sebabnya, nak tak nak, memang kena pandai differentiate kalau nak pass exam.

Mr. H adalah pesakit mata pertama saya (applause) because he was infected by viral conjunctivitis. I prescribed him vasoconstrictor (dengan yakinnya beli kat pharmacy after referring my Ophtal book) for his conjunctival injection. And it works! ngehs3.

Its almost a month since i was married and people around me still congrates me for the marriage and say "amboi, hari-hari berseri-seri!". Anyway, thank you everyone. Jemput laa datang rumah, jangan segan-segan dengan Ustaz Kadir (^_^).

And since a moth we were married, sudah berkali-kali kami merancang untuk mencari kasut bagi menggantikan kasut saya yang sudah uzur. Juga berkali-kali kami merancang untuk keluar dating berdua. Since we were married, belum pernah ada lagi kesempatan untuk keluar dating dan bercinta di tepi Nile River (eceh berangan~) .

Merancang sudah berkali-kali tetapi setiap kali waktu yang dirancang itu tiba, ada saja kerja yang lebih penting perlu didahulukan. Baik Mr. H atau saya sendiri. Kami hanya mampu tersengih-sengih, saling cuba memahami antara satu sama lain. Setiap hari kami berpisah berjam-jam lamanya. Komitmen kami berbeza. Saya dengan PCM dan Mr. H dengan DPMM. Belum lagi kelas tusyen yang hampir setiap malam. Meeting yang perlu dihadiri. Program yang saling bertindih (PCM dan DPMM) membuatkan kami berpisah menghadiri program-program anjuran mereka (for not bias). Namun perpisahan itu kami rasakan indah. Kerana ia memutikkan rindu dan membuahkan cinta.

Dear abang, thank you for being the most understanding and supportive husband which always cheer me up whenever i feel down, heats me when outside is cold, hold my hand along the street (and also when we ride taxi), lend your shoulder for me to lean, shower my soul almost everytime, remind me whenever i forget, make jokes for me to laugh, brighting my everyday till there is no time to dim and too much to list.

Here i dedicated you this song :


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipa untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


Saturday, February 13, 2010

The Beginning of Our Beautiful Journey.

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah..it had been almost a week since i'm being a wife. A wife of my another half, Abdul Kadir Bin Umar. Praise to no other but Allah for His tremendous miracle in my life.

Yet, i beg and plead for forgiveness (to those who wait for my recent post) because of not being able to post anything for the time being due to lack of internet connection in our house.

Since pictures worth thousand words, do enjoy this pictures taken along the onset of our beautiful journey (^__^) '. May this marriage remains till Jannah with Allah's blesses. Ameen ya Rabb!

To abang, only Allah knows how much I love you.






Friday, February 5, 2010

Peta Lokasi Walimatul Urus

Assalamualaikum wbt.


Wednesday, February 3, 2010

Counting Days

Assalamualaikum wbt.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Englau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (al-Fatihah : 5-7)

Tak sempat rasanya untuk menulis panjang. Namun perlu dicoretkan sedikit di sini, hari-hari terakhir sebelum bertukar status. Saat perasaan bercampur baur (takutnye.huhu.). Fikiran mencapah ke setiap sudut. Insomniac that annoys my mood and disrupt my sanity. Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin sibuk pula rasanya. Terpaksa berulang ke Cairo pada saat-saat akhir atas beberapa urusan dengan penaja, kelas yang mesti dihadiri dan tuition yang terlalu sayang untuk dikorbankan membuatkan saya merasakan punyai sangat sedikit masa-masa kosong untuk diisi dengan perkara berkaitan perkahwinan.


Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli beit - Adilah, Asma dan Umi yang banyak sangat sangat sangat membantu (melayan bebelan dan kerenah yang tak berapa nak betul lately, menyusunkan jadual, sudi diajak ke sana ke mari, ermm.. banyak sangat sampai tak tertulis), Huriyyah @ HBT (banyak bantu urusan teknikal perkahwinan), Syamilah (banyak tolong backup kerja-kerja Unit Akademik buat masa ini.huhu.), the loving couples Aimi dan Izzat *plus baby (banyak menyumbang idea), PUTERIs yang diketuai oleh Nadiah dan Yaya (for take caring my pelamin idaman, hantaran juga majlis nikah) dan.. semestinya my fiance - encik bakal suami (sepertinya banyak yang dia buat sampai tak tertulis jua.huhu.) dan yang lain-lain yang membantu dalam diam (carikan rumah, bersihkan rumah, etc..).

And my very special thanks to my lovely family especially ayah, mama, mak dan baba and my other relatives.

*Macam terima anugerah pula.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah.




Rabbana 'alaika tawakkalna, wa ilaika anabna, wa ilaikal masir..

Saturday, January 30, 2010

Syahdu

Assalamualaikum wbt.


Berkali-kali saya ke rak buku. Cuba mengambil buku-buku untuk dimasukkan ke dalam kotak. Dan setiap kali itu juga, saya terhenti. Melipat kembali kotak dan letakan pada tempat asalnya. Kembali duduk bersila di tengah-tengah bilik dan memandang sekeliling. Hampir setiap hari keadaan yang sama berulang. Namun acapkali juga, niat untuk mengemas buku terlebih dahulu, terbantut begitu sahaja. Syahdu pula menerpa. Semangat hilang.



Sejak akhir-akhir ini, ahli beit saya kerap ke bilik saya. Solat berjemaah di sini, makan berjemaah di sini, lepak berjemaah di sini. Hampir setiap hari bersembang bergurau dan bertepuk tampar bersama di sini. Akhir-akhir ini juga, mereka kerap menjenguk saya. Satu persatu. Ada yang duduk depan heater (dila). Ada yang duduk menghadap laptop (umi). Ada yang duduk sahaja di tepi saya (asma). Kadang-kadang tanpa sepatah kata pun. Setelah puas duduk saja-saja (mungkin), mereka pun keluar.



Teringatkan gelagat mereka, saya jadi sayu sendiri. Kelakar pun ada. Sayang rasanya untuk tinggalkan Imtiyaz. Rumahnya, ahlinya juga kenangannya. 3 tahun bukan sekejap. Ah, emosi!