Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Mansurah. Show all posts
Showing posts with label Mansurah. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

PSMB : Buatmu Pengembara

Assalamualaikum wbt.

Ada yang tertanya mengapa sudah lama tiada entry baru yang menggantikan mukasurat lama setiap kali blog ini dibuka. Maafkan saya. Kesibukan dunia menjadikan saya tidak sempat menulis. Semoga kesibukan dunia ini menjadi saham hasanah di akhirat kelak.

Saat menulis ini, saya berada di rumah junior. Singgah sebentar di sini menyelesaikan beberapa urusan berkenaan PSMB. Program Sambutan Mahasiswa Baru dalam bahasa panjangnya. Tenaga kerja yang kurang membuatkan saya tidak senang duduk berlenggang di rumah. Biarlah perut memboyot pun, selagi ada kudrat, saya mahu sentiasa cuba untuk membantu. Saya harap saya membantu bukan membantut. Andai membantut, gugurkanlah saya dan gantikan dengan yang lebih baik.

Abang juga semakin sibuk dan kini berpergian lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Abang.

Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh pada Ramadan yang lalu. Walaupun masih mabuk-mabuk kepayang (morning sickness masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk hilang), saya tetap berpuasa. Caregiver saya kata, tiada masalah untuk berpuasa. Fasting is good for you and your baby, katanya. Berterima kasih pada cinta hati saya kerana sentiasa memberi support.

Raya tahun ini, sambutannya berbeza dari tahun-tahun lain. Akan saya uploadkan gambar jika saya tiba di rumah nanti. Mungkin pada entri yang berbeza, khas edisi raya. Perlulah dicoret sedikit pengalaman manis beraya bersama suami tercinta kan? :)

Entri kali ini berkisar PSMB 2010/2011.

Ahlan wa sahlan kepada adik-adik yang baru tiba di Mesir. Khususnya bumi Mansurah. Seronok menerima kedatangan adik-adik baru.

Tahniah kerana anda terpilih untuk berada di sini. Bukan semua mendapat peluang yang sama. Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaiknya. Apa yang pasti, perbetulkan dan luruskanlah niat anda semata-mata mencari redha Allah SWT. Dalam setiap aspek, dalam setiap perkara. InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)


Menjalani kehidupan di negara orang buat pertama kali bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara baru perlu dibiasakan. Berjauhan dari keluarga, cuaca dan iklim yang berbeza, kerenah bangsa lain ang berbeza dengan adat dan budaya kita serta banyak lagi perkara lain.

Di sini tiada apa yang boleh dijadikan panduan dan rujukan melainkan pengalaman orang-orang lama. Banyakkanlah bertanya pada senior-senior, mereka akan sentiasa bersedia membantu dalam segala aspek.

Jangan lupa, kehadiran kita ke sini bukanlah kebetulan. Ianya adalah rancangan Allah semata-mata. Kita tidak pernah tahu apakah perancangan Allah yang seterusnya. Apa yang pasti, semua yang Allah aturkan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan sentiasa memelihara kita.

Buat anda yang turut sama terpilih di jalan ini, kita adalah orang Islam yang kebetulannya adalah doktor, bukan doktor yang kebetulannya adalah Islam. Jadi, janganlah sesekali kita berpaling dari kehidupan Islam yang sebenar. Basahilah hati-hati yang kering dengan siraman Islam. Sampaikanlah risalah-risalah Islam. Sesungguhnya Islam itu mulia dan tiada yang lebih mulia daripadanya.

Buat adik-adik, selamat menjalani kehidupan baru. Buat abang dan kakak, selamat menyambut adik-adik baru.

Saturday, August 28, 2010

Ma'idah Rahman

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar Ma'idah Rahman?



Saya pun baru tahu those words Ramadan ini. Lebih tepat lagi, Ramadan lepas kahwin ni. Ma'idah Rahman ni kalau kita translate by word maksudnya 'Juadah Pemurah'.

Ma'idah Rahman ni sebenarnya adalah juadah iftor (berbuka puasa) yang disediakan oleh individu-individu pemurah kepada orang ramai secara percuma. Seronoknya berpuasa di Mesir ni salah satunya kerana wujudnya Ma'idah Rahman ni. Ma'idah Rahman ini dijamu pada sesiapa sahaja tidak mengenal umur, jantina, status dan pangkat. Jadi secara tak langsung, orang yang miskin terbela, orang biasa juga turut sama berpeluang merasakan Ma'idah Rahman ni.


Kalau anda sedang menaiki kenderaan pada waktu-waktu hampir dengan berbuka puasa, akan ada juga orang bagi makanan dan minuman percuma di jalan raya. Ma'idah Rahman juga dijamu di masjid-masjid, kedai-kedai ataupun tempat-tempat tertentu.



Sungguh, mereka menyambut baik seruan Rasulullah s.a.w dalam hadith Baginda :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi )

Kagum melihat kesungguhan mereka menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa. Kesungguhan mereka bukanlah kerana nama, pangkat ataupun apa-apa kepentingan dunia. Mereka ikhlas. Mereka hidangkan yang terbaik. Memberi layanan terbaik.

Kalau di Malaysia, suasana begini jarang - jarang dilihat kan? Kalau ada pun di akhir Ramadan. Itu pun untuk golongan tertentu sahaja. Itupun panggil media and press. Jadi tak sama.

Pelajar-pelajar Malaysia di sini juga selalunya mendapat jemputan berbuka dari orang Arab Mesir. Mereka biasanya akan menyediakan pengangkutan bagi menjemput kami ke tempat berbuka puasa. Layanan mereka sangat-sangat baik dan bagus. Mereka sangat menghormati tetamu yang bertandang ke tempat mereka. Itulah antara kelebihan penduduk Arab Mesir.

Sebenarnya, banyak lagi kelainan Ramadan di sini yang sangat menyeronokkan. Yang pasti, semua orang akan merindui suasana ini jika sudah pulang selamanya ke Malaysia kelak. Tak percaya? Tengoklah nanti!

Entry kali ini letak gambar banyak sikit khas untuk tatapan family Selangor dan Kedah.


Bersiap nak pergi mana?


Masih berdua (^_^)


30 weeks pregnant :)

Tuesday, August 10, 2010

Booster Ramadan


Assalamualaikum wbt.

Salam bulan yang mulia.

Bulan yang dinanti-nantikan oleh segenap umat Islam tak kira di mana berada. Bulan yang menjanjikan pahala-pahala amalan yang berlipat kali ganda. Bulan yang mana pintu-pintu syurga terbuka luas dan pintu-pintu neraka tertutup rapat. Bulan di mana syaitan-syaitan dibelenggu. Bulan yang di permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Itulah Ramadan Al-Mubarak. Ramadan penuh berkat.

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Semalam saat saya sibuk di dapur, suami sibuk mengemas rumah. Menyapu, membersih, menyusun atur dan mengganti karpet. 'Mengilatkan' rumah demi menyambut Ramadan. Menjadikan suasana rumah lebih selesa dan menenangkan untuk beribadah di bulan Ramadan.

Langit Mansurah juga redup seakan menyambut mesra hari malam Ramadan yang pertama. Ucapan 'Ramadan Kareem' meniti di bibir-bibir manusia tika menyambut salam rakan taulan di jalanan. Allahu akram!

Seronoknya Ramadan!

Today my pregnancy reachs it's 28th weeks, the first week of third trimester. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa melindungi kami. Baby moves actively but today its become 'hyper', membuatkan saya kurang selesa untuk duduk atau berbaring. Abang kata baby excited nak sambut Ramadan. Sangat soleh hendaknya anak ummi dan abi ni nak puasa and tarawikh sama-sama ye. Clever baby :)

Bermacam-macam perkara berlaku sejak post yang terakhir. Cuma, saya sedikit culas untuk mencoret di sini.

Result exam sudah lama keluar. Bukan lagi menjadi berita hangat saat ini. Berita Ramadan adalah lebih hangat. Alhamdulillah, tahun ini Allah mengizinkan saya untuk mengecap nikmat kejayaan yang lebih baik dari tahun tahun lepas. Peratus meningkat, gred juga meningkat. Tanpa izin dan rahmat Allah, belum tentu saya dapat capai apa yang saya targetkan pada tahun ini. Maka syukur ini hanya selayaknya saya panjatkan padaNya.

Terima kasih mama ayah, mak baba dan sahabat-sahabat atas doa yang dipanjatkan. Mungkin ada barakah di situ. Dan tentunya insan penting dalam hidup saya, suami tercinta. Terima kasih Abang di atas sokongan, dorongan, semangat, doa dan segalanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa mujahadahnya berjuang menempuh hari-hari peperiksaan serta persiapannya saat diri tergolong dalam 'vulnerable group'. Alhamdulillah, segalanya mudah.

Tahniah juga pada kawan-kawan sekelas di atas prestasi yang sungguh baik tahun ini. We're now officially 5th year students. Congratulations!

Sempat juga memeriahkan program KEKAL '10 anjuran PMRAM yang berlangsung selama 5 hari di Cairo. Saya rasa saya adalah peserta terbaik dalam memeriahkan Bazar KEKAL '10. :P Menikmati makanan makanan yang jarang-jarang didapati di Mesir antaranya Char Kuey Teow dan ABC. Juga sempat singgah ke Bazar Johor menikmati Mee Bandung, Chicken Skeleton (baca : Ayam Rangka) dan juga ABC sebelum hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama MB Kedah. Bazar adalah antara motivasi terbaik untuk saya ke Cairo menghadiri program bersama abang :P Terima kasih abang :)

Antara program anjuran KEKAL '10 : Booth Pameran

Juga sempat menziarahi Sofiyya, baby of Kak Huda and Ust Fadzil, one of the mutazawwijin Mansurah. Tak sabar nak ada baby sendiri juga!




Banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibereskan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Unit Akademik PCM perlukan lebih perhatian. Begitu juga ahlinya. Saya perlukan extra energy. Betul-betul perlukan. Semoga Ramadan menjadi booster dose of extra energy yang saya cari. Sungguh, tiada kekuatan melainkan Allah. Semoga Allah meminjamkan sedikit kekuatan pada saya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam tanpa secubit pun rasa culas dan putus asa.

Doakan saya terus kuat. Pregnant bukan alasan untuk tercicir dalam meneruskan amal Islami.

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan Dur Thani, semoga dipermudahkan urusanmu. Semoga Ramadan ini membawa seribu keberkatan di atas kesabaran dan usahamu. Ganbate neh!


“Oleh karena itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”



Friday, February 5, 2010

Peta Lokasi Walimatul Urus

Assalamualaikum wbt.


Wednesday, January 27, 2010

Salam Imtihan

Assalamualaikum wbt.







My best wishes and duaa' belongs to all my beloved PCMians. May Allah endows all of you His guidance, grants you His warmth blesses and enlighten your hearts with all the wisdoms. Rabbuna najjahna insyaAllah. (^_^)'

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Beramal

Assalamualaikum wbt.

Erm, this picture worth my thousands words.




Click for more

Monday, June 15, 2009

Summer Break : Iklan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah memberikan nikmat yang terlalu-lalu banyak buat hamba-Nya yang kerdil lagi hina ini. Exam oral Patho hari ini melegakan hati saya. Alhamdulillah. Semoga semua najah kabir insyaAllah.


ATTACHMENT : Istimarat Li Tadrib As-Saufi

Pagi tadi semasa menuggu untuk exam oral bermula, Liyana menegur saya dan bertanya saya jika saya stay di Mansurah sepanjang cuti ini ataupun berhijrah sementara ke Cairo. Saya menyatakan insyaAllah saya stay di sini memandangkan kebanyakan aktiviti yang tersenarai dalam perancangan saya adalah di Mansurah. Kecuali jaulah dan aktiviti luar sudah pasti akan keluar Mansurah. Saya bertanya kepada Liyana "Kenapa Yana?"

"Kila nak buat attachment?" Liyana bertanya.

"Oh,ada cara ke?" saya betanya kembali.

"Ada. Saya dah tanya dah. Kila pergi dekat Syu'un Tullab, minta padanya 'Istimarat Li Tadrib As-Saufi' "

"Heh?" saya menyengetkan muka. Lambat pick-up.

"Mari saya tuliskan." Liyana menawarkan diri mencoret apa yang di katakan tadi. Oh..borang..

"Bawak dua keping gambar. Attachment start 15 July." Liyana menyambung sebelum berlalu pergi.
"Baikk. Terima kasih Yana."

Dan..selepas habis exam oral, saya pergi ke Syu'un Tullab untuk tujuan meminta dan mengisi borang tersebut. Alhamdulillah saya sentiasa membawa gambar ukuran passport bersama saya maka urusan menjadi mudah. Biasalah, musim panas begini, rasa kurang rajin untuk keluar rumah banyak kali.

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk buat attachment ketika cuti nanti, boleh berbuat seperti sedemikian. Caranya :


  1. Pergi ke Syu'un Tullab, dan ketuk bilik depan bilik Ustaz Mohammad Mutuali. Katakan pada Ustaz di dalam bilik tersebut 'Aiza istimarat li tadrib as-saufi'.
  2. Ustaz tersebut akan minta kerneh dan menerangkan cara mengisi borang.
  3. Isi borang tersebut. Antara maklumat yang diperlukan adalah : Nama, Tahun pengajian, No. Tel, No. Passport dan Alamat Rumah di Mesir.
  4. Submit borang tersebut.

Menurut Ustaz tersebut, sesi akan bermula pada 15 July 2009 dan kita perlu berjumpa ustaz pada awal July untuk sedikit taklimat. Selamat mencuba!

KARNIVAL KELUARGA PCM 09 : MARI MENYUMBANG


Seperti yang anda sedia maklum, PCM mengajurkan Karnival Keluarga PCM sempena cuti musim panas bermula 9 hingga 20 Julai 2009. Maka saya dengan rasa berbesar hati mengajak anda untuk turut sama memeriahkan Karnival tersebut serta menyumbangkan sedikit sumbangan bagi manjayakan Karnival Keluarga PCM tersebut. Anda boleh melihat iklan di bawah ini dan untuk maklumat lanjut, sila layari http://karnivalpcm.blogspot.com/.





Itu saja buat masa ini. Assalamualaikum wbt.