Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

PSMB : Buatmu Pengembara

Assalamualaikum wbt.

Ada yang tertanya mengapa sudah lama tiada entry baru yang menggantikan mukasurat lama setiap kali blog ini dibuka. Maafkan saya. Kesibukan dunia menjadikan saya tidak sempat menulis. Semoga kesibukan dunia ini menjadi saham hasanah di akhirat kelak.

Saat menulis ini, saya berada di rumah junior. Singgah sebentar di sini menyelesaikan beberapa urusan berkenaan PSMB. Program Sambutan Mahasiswa Baru dalam bahasa panjangnya. Tenaga kerja yang kurang membuatkan saya tidak senang duduk berlenggang di rumah. Biarlah perut memboyot pun, selagi ada kudrat, saya mahu sentiasa cuba untuk membantu. Saya harap saya membantu bukan membantut. Andai membantut, gugurkanlah saya dan gantikan dengan yang lebih baik.

Abang juga semakin sibuk dan kini berpergian lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Abang.

Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh pada Ramadan yang lalu. Walaupun masih mabuk-mabuk kepayang (morning sickness masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk hilang), saya tetap berpuasa. Caregiver saya kata, tiada masalah untuk berpuasa. Fasting is good for you and your baby, katanya. Berterima kasih pada cinta hati saya kerana sentiasa memberi support.

Raya tahun ini, sambutannya berbeza dari tahun-tahun lain. Akan saya uploadkan gambar jika saya tiba di rumah nanti. Mungkin pada entri yang berbeza, khas edisi raya. Perlulah dicoret sedikit pengalaman manis beraya bersama suami tercinta kan? :)

Entri kali ini berkisar PSMB 2010/2011.

Ahlan wa sahlan kepada adik-adik yang baru tiba di Mesir. Khususnya bumi Mansurah. Seronok menerima kedatangan adik-adik baru.

Tahniah kerana anda terpilih untuk berada di sini. Bukan semua mendapat peluang yang sama. Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaiknya. Apa yang pasti, perbetulkan dan luruskanlah niat anda semata-mata mencari redha Allah SWT. Dalam setiap aspek, dalam setiap perkara. InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)


Menjalani kehidupan di negara orang buat pertama kali bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara baru perlu dibiasakan. Berjauhan dari keluarga, cuaca dan iklim yang berbeza, kerenah bangsa lain ang berbeza dengan adat dan budaya kita serta banyak lagi perkara lain.

Di sini tiada apa yang boleh dijadikan panduan dan rujukan melainkan pengalaman orang-orang lama. Banyakkanlah bertanya pada senior-senior, mereka akan sentiasa bersedia membantu dalam segala aspek.

Jangan lupa, kehadiran kita ke sini bukanlah kebetulan. Ianya adalah rancangan Allah semata-mata. Kita tidak pernah tahu apakah perancangan Allah yang seterusnya. Apa yang pasti, semua yang Allah aturkan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan sentiasa memelihara kita.

Buat anda yang turut sama terpilih di jalan ini, kita adalah orang Islam yang kebetulannya adalah doktor, bukan doktor yang kebetulannya adalah Islam. Jadi, janganlah sesekali kita berpaling dari kehidupan Islam yang sebenar. Basahilah hati-hati yang kering dengan siraman Islam. Sampaikanlah risalah-risalah Islam. Sesungguhnya Islam itu mulia dan tiada yang lebih mulia daripadanya.

Buat adik-adik, selamat menjalani kehidupan baru. Buat abang dan kakak, selamat menyambut adik-adik baru.

Monday, August 30, 2010

Child Education In Islam

Assalamualaikum wbt.



Dahulu, masa dalam tempoh khitbah, tunang saya ada menghadiahkan saya sesuatu. Masa terima hadiah dari tunang saya, hati melonjak gembira tapi depan tunang saya, saya control ayu je lah kan. "Terima kasih Ustaz..susah-susah je bagi hadiah..". Muka tunang saya pun 'pink' malu-malu masa tu. Ye lah, kami berjumpa pun untuk urusan perkahwinan je masa tu. Sebelum khitbah pun, setahun sekali je terjumpa. Tu pun kalau ada apa-apa program anjuran persatuan. Jadi mestilah malu-malu bila jumpa kan?

Naik je atas rumah, masuk bilik, terus buka hadiah yang berbalut cantik tu. Buka kemas-kemas lagi tu. Wrapper pun masih ada lagi dalam simpanan. Ye lah, hadiah pertama dari tunang tersayang kan. Excited lah saya!

Rupa-rupanya tunang saya hadiahkan saya sebuah buku. Child Education In Islam by 'Abdullah Nasih 'Ulwan. Buku ni versi asalnya adalah bahasa Arab tapi tunang saya macam faham-faham je saya tak reti baca kitab bahasa Arab macam dia. Jadi dia pun beri yang English Version.


Apa yang lebih sweet, di hujung penjuru page 1st buku tu, tunang saya tulis dalam bahasa Arab "Min Khitbatik - Abdul Kadir Umar" (Daripada tunangmu - Abdul Kadir Umar). Dan di hujung penjuru page last buku tu, "Ila khitbati - Syakila Bint Aini" (Kepada tunangku - Syakila Bint Aini). Tapi tunang saya ni salah eja pula nama saya dalam bahasa Arab. Tapi saya cakap dalam hati takpe... nanti dah kahwin, saya betulkan.

Masa dapat buku tu, saya sempat baca introduction je sebab dah nak exam round. Saya tertarik dengan antara quote 'Abdullah Nasih 'Ulwan dalam intronya :

"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."

-'Abdullah Nasih 'Ulwan

Membuatkan saya tak sabar rasanya nak baca keseluruhan content buku tu. Sebab orang kata, kalau nak kahwin ni, bacaan jangan terhadkan pada bacaan bagaimana nak jadi isteri /suami sahaja, tapi kena juga baca bahaan bacaan berkaitan keluarga, anak-anak dan cara didikan anak-anak.

Teori tu betul sebab tak lama lepas kahwin, saya pun pregnant. Alhamdulillah.. Jadi kena la marathon baca buku berkaitan tarbiyyah anak-anak kan. Tetapi oleh kerana saya kurang minat membaca, jadi proses membaca itu pun lambat dan terlambat. Mula-mula bercita-cita nak khatam buku ni after final exam 4th year. Tapi sampai sekarang pun, baru baca 65 pages from 412 pages. huhu.

Tunang saya yang sekarang dah jadi suami saya pula selalu bagi semangat untuk baca buku ni "Sayang baca..lepastu syarah kat Abang okay..". Saya pun angguk-angguk penuh semangat. Tapi tak syarah-syarah pun.

Tapi hari ni.. saya rasa teruja sebab Madrasah Imam Nawawi akan anjurkan kelas tafaqquh untuk bincangkan buku ni. Jadi boleh la pergi kan? Dengar tok guru syarah lagi best. Instructor ni pun bestfriend abang.



Jadi kepada sesiapa yang berada di bumi Mansurah ni, jika berkelapangan pada 1 Sept, datanglah beramai-ramai ke Darul Rahmah untuk dengar syarah kitab ni, sebagai persediaan untuk menjadi ibubapa. Jangan bertangguh dalam membuat persediaan untuk mendidik anak-anak!

Abang pesan, kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ni, boleh dapatkan di Maktabah Dar Al-Salam di Cairo.


Saturday, August 28, 2010

Ma'idah Rahman

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar Ma'idah Rahman?



Saya pun baru tahu those words Ramadan ini. Lebih tepat lagi, Ramadan lepas kahwin ni. Ma'idah Rahman ni kalau kita translate by word maksudnya 'Juadah Pemurah'.

Ma'idah Rahman ni sebenarnya adalah juadah iftor (berbuka puasa) yang disediakan oleh individu-individu pemurah kepada orang ramai secara percuma. Seronoknya berpuasa di Mesir ni salah satunya kerana wujudnya Ma'idah Rahman ni. Ma'idah Rahman ini dijamu pada sesiapa sahaja tidak mengenal umur, jantina, status dan pangkat. Jadi secara tak langsung, orang yang miskin terbela, orang biasa juga turut sama berpeluang merasakan Ma'idah Rahman ni.


Kalau anda sedang menaiki kenderaan pada waktu-waktu hampir dengan berbuka puasa, akan ada juga orang bagi makanan dan minuman percuma di jalan raya. Ma'idah Rahman juga dijamu di masjid-masjid, kedai-kedai ataupun tempat-tempat tertentu.



Sungguh, mereka menyambut baik seruan Rasulullah s.a.w dalam hadith Baginda :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi )

Kagum melihat kesungguhan mereka menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa. Kesungguhan mereka bukanlah kerana nama, pangkat ataupun apa-apa kepentingan dunia. Mereka ikhlas. Mereka hidangkan yang terbaik. Memberi layanan terbaik.

Kalau di Malaysia, suasana begini jarang - jarang dilihat kan? Kalau ada pun di akhir Ramadan. Itu pun untuk golongan tertentu sahaja. Itupun panggil media and press. Jadi tak sama.

Pelajar-pelajar Malaysia di sini juga selalunya mendapat jemputan berbuka dari orang Arab Mesir. Mereka biasanya akan menyediakan pengangkutan bagi menjemput kami ke tempat berbuka puasa. Layanan mereka sangat-sangat baik dan bagus. Mereka sangat menghormati tetamu yang bertandang ke tempat mereka. Itulah antara kelebihan penduduk Arab Mesir.

Sebenarnya, banyak lagi kelainan Ramadan di sini yang sangat menyeronokkan. Yang pasti, semua orang akan merindui suasana ini jika sudah pulang selamanya ke Malaysia kelak. Tak percaya? Tengoklah nanti!

Entry kali ini letak gambar banyak sikit khas untuk tatapan family Selangor dan Kedah.


Bersiap nak pergi mana?


Masih berdua (^_^)


30 weeks pregnant :)

Soy Juice : 1st Product of Darul Taqwa

Assalamualaikum wbt.

Tick Tock. Tick Tock.

Hari ini sudah 18 Ramadan 1431H. Sekejap kan masa berlalu? Kita sudahpun melepasi separuh masa pertama Ramadan dan kini berada di separuh masa kedua Ramadan. Kalau main apa-apa sukan, masa separuh kedua inilah yang kita akan buat yang terbaik untuk score banyak dalam pertandingan. Masa ini kita akan buat yang terbaik untuk menang dalam perlawanan. Bagaimana pula separuh masa kedua Ramadan kita? Adakah kita semakin bersungguh-sungguh atau sebaliknya?

Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Maafkan saya kalau blog ini nampak macam topsy-turvy. Abang changed the template for me as the previous one looks dull and boring. Abang kata, tak kena dengan personality saya. He knows me better day after day apparently. Tapi saya ini masih kurang rajen untuk menyusun atur balik thingy yang kat tepi-tepi ni.

Alhamdulillah bussiness Air Soya keluaran Darul Taqwa berjalan lancar. It starts when Abang made the soya for me and baby because he was kinda worry about me yang tak mahu telan milk and any dairy products. Tak sangka air soya abang sedap. hehe. So I suggest him to sell the air soya sempena Ramadan ni. Mesti ramai nak beli sebab air soya juga antara pilihan pertama saya untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ni.

Maka bermulalah perniagaan air soya yang semakin hari semakin hangat sambutannya. Abang conquer the soya making and me conduct the packaging.

Bagi sesiapa yang sedang menelan saliva membaca paragraph ini, bolehlah buat tempahan soya pada kami. heheh. Sebungkus LE 4 and sebotol LE 7 sahaja. InsyaAllah, kebersihan soya terjamin. Produk HALAL keluaran Muslim. Kualiti akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Berminat?

Boleh contact Ust Kadir : 0108818061 @ Saya : 0111688143 atau
YM kami di : musafir_ilmu84@yahoo.com atau tens_twelve88@yahoo.com.

Jualan dan tempahan insyaAllah berlangsung sepanjang tahun bukan saja hanya sepanjang Ramadan ini. Boleh juga menempah untuk majlis-majlis tertentu. Harga pukal boleh dirunding.

Ok, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah ini. Antara proses-proses dan produk soya keluaran Darul Taqwa :


1. proses memasak


2. proses penyejukan


3. packaging process


4. siap untuk dijual

5. versi bungkusan plastik


p/s : Seronok juga berniaga ni rupanya. Banyak manfaat. Lagipun ianya sunnah Rasulullah s.a.w. Well..thinking of another product of Darul Taqwa. HALAL product by Muslim!

Tuesday, August 24, 2010

'Nikah Khitbah' The Best Solution

Assalamualaikum wbt.

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi'

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

sumber

Sunday, August 15, 2010

Hati Apakah Itu?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Telah 5 hari Ramadan berlalu. Terngiang-ngiang kata-kata suami saat beliau sedang membancuh air di dapur untuk berbuka puasa.

"Masuknya kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan kita. Tetapi kerana Rahmat Allah semata-mata. Jadi di bulan Ramadan yang mulia ini, yang telah Allah janjikan Rahmat di awalnya, marilah kita sama-sama merebut peluang mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala!"

Saya tersengih-sengih sendiri sambil mengangguk-aggukkan kepala membenarkan kalamnya. Tona suaranya yang tinggi dan mendayu serta bersemangat lagak seorang penceramah yang sedang berceramah di depan audien yang ramai, mencuit hati saya. ha ha ha. abang.. abang..

Semalam kami tonton Buletin Utama bersama. Salah satu medium untuk mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di Malaysia. Lagi kes yang menjelikkan dan menyampahkan di laporkan. Apa lagi kalau bukan kes buang bayi.

Bermacam-macam rasa bercampur baur ketika melihat janin yang tidak berdosa mati bergelimpangan di dalam tong sampah. Sedih, kasihan pada bayi tersebut. Geram, marah, benci, rasa nak lempang je mak bayi tu.

Apakah harga nyawa seorang manusia sehingga berlaku sebegitu rupa?



Ayam pun tahu marah kalau kita usik anak dia yang jalan terkedek-kedek di belakang ibunya.

Kera di hutan pun tahu menggendong, mendodoi dan menyusukan anaknya.

Macam manalah rupa ibu si bayi terbuang tu yang lebih teruk dari ayam dan kera. Langsung tak berperasaan dan tak berperikemanusiaan.

Maafkan saya jika ia kedengaran sedikit kasar. Saya geram geram dan geram.

Sedikit lega apabila kerajaan mengambil inisiatif menjalankan hukuman Penjara 30 tahun bagi kes Cubaan Membunuh Bayi dan Hukuman Gantung bagi kes Bunuh Bayi. Ia berbeza sedikit dari hukuman sebelum ini di bawah Akta Kanak-Kanak yang hukumannya hanya penjara 10 tahun.

Namun,untuk penyelesaian yang berkesan, apa yang perlu ditangani adalah dari akar umbinya. Sepatutnya, mana-mana acara bersifat keramaian, sambutan atau pesta yang mana berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dikawal dan seeloknya tidak berlaku.

Ibu bapa juga perlu ambil peranan dalam mendidik anak-anak mereka terutama anak perempuan tentang cara bergaul serta menerapkan di dilam minda dan pemikiran merka betapa maruah diri itu amatlah mahal dan perlu di jaga oleh mereka.

Apa yang paling penting, kembali kepada Islam. Menerapkan ciri-ciri Islam yang sebenar dan isikandunganya ke dalam kehidupan setiap Muslim. Menegakkan syariat-syariat Islamiyah dalam segenap sudut dan aspek. InsyaAllah, perkara begini bukan sahaja dapat di bendung, malah mungkin sahaja kadar kes yang di laporkan akan mencecah kepada angka ZERO.

Pening.. pening..

Anda boleh tonton video di bawah ini. Betapa anugerah Allah ini dicipta dengan penuh keajaiban, melalui fasa-fasa tertentu dalam hidupnya. Sehingga betapa perasaan keibuan ini tak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Perasaan kasih, sayang, cinta dan belas kasihan terbit seawal hari-hari pertama mengetahui diri ini mengandungkan zuriat kurniaan Allah.



Jadi, tak faham bagaimana tergamak anak kecil ini dicampak ke dalam tong sampah yang busuk dan jelek itu? Atau pun di biar bergelimpangan di tengah-tengah tanah berumput. Atau pun di biar di lubang tandas yang kotor dan jijik itu. Hati apakah itu?