Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, July 16, 2010

Derhaka Moden

Assalamualaikum wbt.


KUALA LUMPUR: Perbuatan anak tidak bertanggungjawab hingga memaksa ibu bapa membawa kes ke mahkamah semata-mata untuk bersua muka adalah satu antara ribuan contoh derhaka ‘moden’ yang semakin melingkari generasi masa kini.


Pakar motivasi dan penceramah bebas, Zawawi Yusoh berkata, seorang anak berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapanya dan apabila dia derhaka, ia mengundang kemurkaan Allah.


Katanya, apabila Allah murka disebabkan derhaka kepada ibu bapa, maka kehidupan seseorang itu sukar bahagia walaupun mungkin bergaji besar atau mempunyai status sosial tinggi dalam masyarakat.


“Apalah ertinya kehidupan kita di atas muka bumi ini jika Allah sudah murka sedangkan semua yang ada di dunia ini termasuk tanah yang kita pijak dan udara yang kita sedut milik Allah,” katanya ketika dihubungi semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan seorang warga emas, Mustafa Ismail, 64, memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anaknya, Nasrun Mustafa, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dengan harapan dapat bersua muka dengan anaknya itu.


Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain.


Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanya menyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah.


Zawawi berkata, tidak salah untuk ayah itu membuat tuntutan melalui mahkamah kerana ia haknya selain secara tidak langsung sudah mengambil langkah menuntutnya di dunia sebelum anaknya dituntut di akhirat kelak.


“Seorang lelaki pernah mendatangi Nabi Muhammad saw pada suatu hari dan bertanya mengenai kehendak bapanya yang mahukan hartanya, nabi menjawab ‘kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu’,” katanya.


Katanya, jawapan itu cukup untuk menunjukkan seseorang bapa itu mempunyai hak terhadap harta anaknya, maka tidak salah untuk seorang ayah membuat tuntutan di mahkamah supaya anaknya itu bertanggungjawab bukan saja terhadap ibu bapanya tetapi kepada anak-anaknya sendiri.


Zawawi berkata, pelbagai bentuk derhaka berlaku sekarang dan ia bukan semata-mata melukakan hati ibu bapa malah sikap sesetengah anak mengabaikan tanggungjawab menjaga anak sendiri dengan menyerahkan kepada ibu bapanya juga adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.


wa iya'u zubillahi min zalik!


Thursday, July 8, 2010

Bacalah Anakku

Assalamualaikum wbt.



Hari ni bersembang dengan abang tentang membaca. Abang tahu membaca bukan hobi saya. Ramai juga sahabat2 yang tahu. Saya lebih senang mendengar atau menonton. Audiovisual memudahkan saya untuk memahami dan menghadam sesuatu perkara, peristiwa, fakta etc. Dan ramai juga yang menasihatkan saya tentang membaca. Terbaru, abang lah.

Saya membaca. Tetapi pada masa2 tertentu sahaja. Terutama apabila saya ingin tahu tentang sesuatu. Saya akan memilih buku yang berkaitan dan membaca tentangnya. Saya lebih suka membaca artikel yang pendek berbanding yang panjang. Saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel. Saya lebih suka membaca bahan bacaan yang ringan berbanding yang berat2. Saya lebih suka membaca cerita-cerita yang hidup berbanding fakta (lebih2 lagi sejarah). Tetapi sebenarnya saya lebih senang bertanya dan mendengar orang bercerita. Teruk kan?

Saya tahu kepentingan membaca. Saya tahu faedah membaca. Penurunan wahyu terawal pun bermula dengan seruan membaca. IQRA'. Kerana melalui pembacaan, ilmu dan tsaqafah kita akan bertambah. Apatah lagi jika kita berguru dalam bahan bacaan tertentu. Kita akan tahu tohor dan dalamnya ilmu seseorang itu melalui percakapan dan ucapannya. Perkataan dan ucapan orang yang berilmu itu sangat berbeza dengan orang yang cetek ilmunya. Dan orang yang berilmu itu, sifat mereka adalah cintakan ilmu dan salah satu caranya adalah dengan membaca.

Ya, memang tidak dinafikan lagi membaca sangat penting penting dan penting.

Saya mula terfikir-fikir. Saya mahukan anak-anak saya sukakan membaca. Menjadikan budaya membaca buku-buku ilmiah satu kebiasaan. Mengisi masa dengan membaca buku-buku ilmiah yang meningkatkan kefahaman dan tsaqafah. Bukan membaca komik ataupun buku yang entah apa-apa yang banyak dijual di pasaran sekarang.

Tetapi masalahnya, saya sendiri kurang membaca. huhu.

Saya juga mula terfikir-fikir. Suatu hari nanti, apabila anak membesar, sudah pasti rasa ingin tahu mereka menebal. Mereka pasti akan tanya saya bermacam-macam. Kalau saya kurang membaca, pasti ilmu saya yang cetek dan sedikit itu mengecewakan mereka. Takkan saya nak jawab, "Sorry sayang..Ummi tak tahu.." ataupun "Anak Ummi, cuba cari di internet ataupun baca buku kaza wa kaza.." atapun paling mudah dan kurang mengecawakan, "Cuba tanya Abi.." heheh.

Saya membaca tetapi membaca bukan kegemaran atau hobi saya. Saya cuba pupuk dengan pelbagai cara. Tapi memang payah! Ada banyak buku bersusun di rak buku dan kebanyakan buku-buku tersebut, saya belum baca. Kalau baca pun, tak pernah habis. Teruk.. teruk... Kalau ada orang datang rumah dan melihat buku-buku di rak, mereka akan minta izin untuk pinjam. Sebelum pinjam, mereka akan tanya verdict saya tentang buku tersebut. Dengan berat mulut saya akan jawab "Hehehe..saya pun belum baca/ baca tak habis..". Teruk.. teruk..

Tapi...buku medic yang tebal bertimbun tu, boleh je pun habis baca kan? Mungkin sebab ada exam. Kalau tak ada exam, mesti tak baca :P

Tapi sekarang saya dah cuba bacakan buku untuk baby. Baca kuat-kuat supaya baby dengar dan telinga sendiri dengar. Saya mulakan dengan buku Biografi Bercaya Muhammad Rasulullah. Buku tu dah lama dah beli tapi tak terbaca-baca. Hanya belek2 dan baca part-part tertentu yang menarik je. Teruk kan? Abang cadangkan saya bacakan Nurul Yakin tapi saya rasa Nurul Yakin terlalu berat nak bacakan untuk baby. (boleh ke camtu? hehe) Nurul Yakin pun saya tak khatam lagi. Takpe, Nurul Yakin will be the next on the row insyaAllah. Semoga istiqomah...

Semoga anak-anak tak ikut perangai Ummi yang kurang membaca ni. Ikutlah sifat Abi yang suka membaca dan mengambil tahu =)

Yalla IQRA'!

Kulluha liillahi Ta'ala..

Monday, July 5, 2010

Abdullah Fathi @ Along

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah wa syukurlillah..

Hati ini bak bunga yang mengembang. HAPPY :)

Because I'd managed myself to finish the written exam today! Tinggal oral exam je which will be on 10-16 July. May everything goes well.

Masa nak keluar exam hall tadi (keluar awal sikit), dengan rasa tak berapa nak larat sangat, tiba-tiba kena panggil naik atas stage. Because I did something horrible which can ruin my exam performance. Ya Allah, I've created a problem unpurposely. Masa tu mesti yang tengah jawab exam ramai-ramai down the stage tu tengok. And I know they were curious, kenapalah mak buyung ni kena panggil. Sorok nota dalam baju ke? huhu. But alhamdulillah, Doctor said that everything are managable and they'll help me.

Keluar exam hall terus call Bu Mimi (Pn. Aimi). Nampak macam Ayah Jat keluar exam awal sangat tadi plus Bu Mimi was absent! Bu Mimi picked up the phone and I asked her :

"Awat hang tak datang exam? Sakit dah ke?"

"Laa..awak tak tahu ke? Saya bersalin dah laaa!"

"Haa? Bila?"

"Tadi pukul 12.30 tengah hari" (it was currently 1.30 am when I called her)

"Wahh..alhamdulillahh!! Tahniah!! boy or girl? bla..bla.."

I took cab to went home and tersenyum-senyum sendiri. Seronoknya baby dah keluar.. tak sabar nak tunggu baby sendiri keluar. hiks. Alhamdulillah!!!

Tertanya-tanya jugak wether Abang dah tahu or not yang Bu Mimi ni dah bersalin. I tried not to call him and will just tell him once I arrived home. Tapi biasalah, tak tertahan jugak nak call. I texted Mama first informing her that Aimi dah bersalin. Then, pretending of being calm but actually exaggeratedly excited, I called Abang and ask him kat mana..tengah buat apa..bla..bla.. and finally asked him :

"Abang dah tahu ke Aimi dah bersalin?"

"Ye ke? Tak tahu tapi Ijat ada buat status kat FB ni dia dah masuk wad.."

Sebenarnya dah lama kami menunggu bila laa Bu Mimi ni nak bersalin because according to her EDD (Expected Due Date), she's expected to deliver the baby on 1st of July. So started from the first July and onwards, saling bertanya sesama sendiri Aimi dah bersalin ke? Then I asked abang to visit Bu Mimi and her newborn baby at Hospital before going to the walimah invitation of Abang's colleague.

After Zohor prayer, we went to the hospital to visit Bu Mimi and the baby!

Alhamdulillah, Bu Mimi selamat melahirkan baby boy weighted 3.5kg (tembam macam Bu Mimi jugak :P ) via normal delivery.

His name is Abdullah Fathi Bin Mohd Izzat. Bu Mimi said that we can call him 'Along'. Aiii...dah tak lama dah tu nak dapat 'Angah'. Hehehe. Buat Bu Mimi and Ayah Jat, Mabrook 'alaikuma. Boleh lah jadi besan lepas ni :P

I hold the baby for such a long period and the other baby yang belum keluar ni, menendang-nendang dengan kuatnya perut Ummi sampai senak rasanya. Jealous yeee Ummi pegang Along.. Baby duk dalam tu soleh-soleh dulu ye..nanti dah cukup bulan, baru keluar okay? We captured some photo of Along aged 1 day as kenang-kenangan. Sebab nanti mesti cepat je besar.






Berlatih :P

Doa Auntie Kiki and Ammu Kadir, semoga Abdullah Fathi @ Along membesar dengan baik, sihat, penuh kesolehan. Semoga menjadi qurrata a'yun buat Ibu dan Ayah. Dan semoga menjadi mujahid penyambung perjuangan Rasulullah kelak. Tahniah sekali lagi buat sahabat dunia akhirat (insyaAllah) saya, Bu Mimi (Pn.Aimi) dan Ayah Jat (En. Izzat) atas kelahiran cahaya mata penyambung keturunan ini.


Thursday, July 1, 2010

Miscellaneous

Assalamualaikum wbt.



Hari ini abang pergi. Esok, abang akan pergi lagi. Minggu hadapan, abang juga akan pergi lagi. Begitulah hari-hari yang seterusnya dan akan datang. Abang pergi bukan ke mana-mana tetapi bekerja untuk Islam. Dan saya di rumah, menguntum rindu dan menanti dengan penuh kasih serta doa yang tak pernah putus agar abang selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan oleh Allah akan setiap urusannya.

Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. Saya tidak mahu dan cuba untuk tidak mengeluh kerana inilah sunnah orang berjuang. Tugas dan peranan abang lebih banyak diluar dan saya yang ditinggalkan di rumah, juga punya peranan. Ya Allah, jika satu hari nanti dengan ketentuanmu aku tak mampu lagi membantu abang dalam perjuangannya, aku berharap agar janganlah sehingga aku membantutkan perjuangannya pula.

Tidak dinafikan setiap kali abang tiada di rumah, semangat saya untuk study sedikit berkurangan. Apakan daya, rasa rindu mencuit jentik hati saya ini. Berapa banyak contengan 'i miss u' atau 'i love u' tercoret di kertas-kertas. Ah, rindu rasanya melihat gelagat abang menjenguk jika saya study atau main-main. Rindu juga rasanya mendengar suara abang yang buat-buat garang menegur saya yang sedang bermain atau bermalas-malasan "sayang..studyyyy!!!".

Rindu juga saat meja study kami berlaga dan tanpa sepatah kata, saya senyum dan saya menunjukkan pada abang perkataan 'I LOVE U' yang saya tulis di kertas dan abang membalasnya dengan senyuman dan mengangkat buku yang ada bertulis 'I LOVE U' juga. Juga rindu saat-saat saya curi-curi menconteng buku study abang dengan kata-kata cinta dan semangat dan abang juga berbuat perkara yang sama.

Ah, betul-betul di lamun cinta!


Hampir 5 bulan melayari bahtera perkahwinan, mengajar saya banyak perkara yang baru. Dan saya merasakan bahawa, detik-detik dalam hidup saya lebih bermakna. Jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang, banyak bezanya. Saya bukan hanya bercakap tentang cinta, hati dan perasaan, tetapi betapa hampir setiap masa saya dapat digunakan dan terisi dengan perkara yang berfaedah. Alhamdulillah, syukurlilllah..

Musim peperiksaan yang masih belum berakhir kadang-kadang menguji diri sendiri. Apa lagi soal masa yang pendek. Jika semasa bujang dahulu, hampir 24 jam saya terperangkap di dalam bilik untuk study. Letih study, saya tidur atau berehat. Jika lapar, cari makan sendiri. Jika waktu giliran untuk memasak, akan ambil masa sedikit untuk memasak. Waktu solat jemaah, keluar solat jemaah. Tiba hari peperiksaan, baru keluar berjumpa dengan matahari dan angin luar. Jika musim peperiksaan itu 3 bulan, maka 3 bulanlah rutin yang sama akan berulang.

Tetapi sekarang segalanya berbeza. Setiap masa perlu dibahagi dengan baik. Hak-hak rumahtangga perlu dipenuhi. Hak diri sendiri, hak suami dan hak anak (biarpun belum lahir tetapi tetap punya hak-hak tertentu yang perlu ditunaikan). Namun tidak pernah sedikit pun kerisauan ketidakcukupan masa untuk study mencekam hati saya. Dan alhamdulillah setakat hari ini, semuanya berlalu dengan baik. Dan semoga ia berterusan sehingga bila-bila pun insyaAllah. Mungkin inilah sakinah, mawaddah dan rahmah yang Allah janjikan. MashaAllah Tabarakallah..

Menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara bukanlah mudah. Saya masih setahun jagung untuk bercerita panjang tentang rumahtangga. Tetapi menjadi isteri dan bakal menjadi ibu, membuka banyak ruang untuk saya muhasabah diri setiap kekurangan yang ada pada diri dan juga membuka lebih ruang untuk saya memperbaiki diri tanpa seribu macam alasan dan halangan.

Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah dan saya tidak terkecuali. Kunci syurga bagi wanita adalah mentaati suami. Dan mentaati suami bukanlah semudah yang disangka namun Syurgalah yang menjadi pendorong kita untuk mempersembahkan yang terbaik buat suami pada setiap masa. Siapa tak mahu syurga? Dan untuk menjadi wanita solehah adalah merupakan satu process, bukan event.

Process yang dimaksudkan adalah ruang masa yang tak pernah berpenghujung. Dan dalam ruang masa itu, kita perlu berusaha dan mencuba untuk membentuk dan meningkatkan kesolehan dalam diri kita dalam setiap masa dan perkara yang kita lakukan. Juga untuk bermuhasabah seterusnya memperbaiki dan menutup lompong kerosakan yang ada. Kerana iman kita, ada turun naiknya. Dan kita akan tahu hasilnya di hari pembalasan kelak.

Masa yang berlalu saya rasakan begitu cepat sekali. Alhamdulillah, usia kandungan saya sudahpun mencecah 22 weeks. Baby juga semakin active doing martial arts dan beribadah inside the womb. Dan semakin dekat dengan waktu melahirkan, semakin hati ini bercampur baur dengan perasaan. Tidak sabar, takut, tidak bersedia dan sebagainya.


Saya tahu perlu banyak bermuhasabah dan memperbaiki diri. Mengimpikan zuriat yang soleh/ah, saya perlu mendidik diri untuk menjadi solehah terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mempunyai akhlak dan pekerti yang baik, saya perlu mendidik diri dengan akhlak dan pekerti yang baik terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mencintai Al-Quran dan Sunnah, saya perlu mendidik diri untuk mencintainya dulu. Mengimpikan zuriat yang sentiasa terjaga dan terpelihara setiap sudut dalam hidupnya, saya perlu membentuk qudwah yang hasanah serta biah yang solehah terlebih dahulu.

Ya, semuanya bermula dengan ibubapa. Dan saya serta suami perlu mulakan dengan diri kami terlebih dahulu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.


Di mana saja anda berada, doakan agar zuriat ini lahir dengan elok dan sempurna ,terdidik dengan kefahaman agama yang sahih dan akhlak yang baik, hatinya sentiasa subur dengan keimanan dan ketaqwaan, menjadikan Al-Quran dan Sunnah pegangan hidupnya, menjadikan akhirat sebagai kecintaannya, menjadikan Rasulullah dan para ulama' sebagai idolanya, menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah kelak serta menjadikan Syurga dan Syahid sebagai cita-citanya yang teragung.

InsyaAllah..

Thursday, May 27, 2010

Appreciate Your Parents

Assalamualaikum wbt.

"Kesian sayang abang..."

Itulah kata-kata yang terluah dari abang everytime I regurgitate back the whole content of my stomach everytime I eat. Jika tidak dimuntahkan, badan akan rasa tak sedap, tak selesa. Jika dimuntahkan, akan terasa layu dan longlai.

Belum cerita tentang the idiopathic sleepiness. According to the sleeping time recommended by MHC, pregnant woman must sleep at least 8 hours/night. AT LEAST ye. Kalau tak cukup tidur, memang akan rasa tak larat nak buat satu apa pun. Dan kesan pada baby, baby akan lahir kecil and low-weight. And actually, 8 hours are not enough oh k~

Alahan saya teruk dan berlarutan beyond the first trimester. Waktu ini adalah mujahadah terbesar bagi saya. Masakan tidak, to balance my study time and rest time (which means adequate sleep), saya betul-betul perlu mujahadah. (T_T)

Alhamdulillah Allah mengurniakan suami yang sangat memahami, penyayang dan tidak pernah kekok membantu melakukan kerja-kerja rumah. Sampaikan kadang-kadang rasa bersalah plus terharu tengok abang. Bertakung airmata (T_T). Jazakallahu khairan jaza' ya habibi. (Terima kasih juga sebab selalu reward sayang dengan ice-cream. hihi.)

Malam tadi kami bersama mentadabbur surah Luqman. Antara surah amalan yang elok dibaca along pregnancy. Abang is the one who recites the surah (as he recites better than me with tajwid and tartil) together with the translations. And I'm sitting beside him with my hand stroking over my bumps gently. Our growing baby can now hear the outside voice from inside my womb (according to the fact) .

My tears are somehow pooling when abang read the translation of 14th verse.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (31:14)

Hanya yang pernah mengandung tahu bagaimana rasa 'lemah yang bertambah-tambah' itu.

Saya teringatkan mama. I used to ask her, for how long she suffered from sickness when she carried me inside her womb about 22 years ago. And she replied me : "Mama selagi tak lima bulan pregnant, selagi tu tak boleh bangun..". And now I know how much she suffered by 'lima bulan tak boleh bangun'. (T_T)

I also asked Mama for advices, the dos and donts during pregnancy. And she said a word which is SABAR. And I replied her "sabar je?". But by then I know how much SABAR means. Memang betul-betul kena sabar tau! (T_T)

Dan banyak lagi nasihat-nasihat yang lainnya seperti jaga akhlak dan percakapan, banyakkan baca Quran, berzikir dan membaca surah-surah amalan, banyakkan berdoa, rehat dan tidur yang cukup dan sebagainya.

Mama, thank you for everything. Jazakillahu khairan jaza'.

Abang almost always expressed his envious towards the reward which promised by Allah (via Hadith Rasulullah s.a.w) for those women who delivered their baby.

"Sayang tahu tak, untungnya ibu yang melahirkan anak.. Selepas melahirkan anak, dirinya bersih dari dosa sepertimana bayi yang dilahirkannya. Subhanallah.. Orang pergi haji pun tak semestinya haji diorang mabrur tau. Abang tak dapat tau peluang macam tu. Jealousnyerr abang!"


Dan banyak lagi kelebihan ibu yang mengandung dan melahirkan anak yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w antaranya :

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan1000 kejahatan baginya."


Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Seronok kan?


And I wont ask for more other than semoga Allah sentiasa mempemudahkan kandungan dan kelahiran zuriat2 kami dan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah, cerdik pintar, faqih ilmu agama, elok akhlaknya sepertimana diperelokkan kejadiannya. Begitu juga ibu-ibu mengandung yang lain di luar sana terutama bestfriend, Puan Aimi.

And I still struggling for the final examination. I've made promise to abang to study just like tomorrow we are having the exam (study gila kentang) and promise to baby to get better result from the past 3 years. Oh please dont break the promise Syakila.

Semoga Allah memberi kejayaan besar kepada seluruh warga Mansurah University tahun ni. Yang penting, ikhtiar dan usaha. Sama-sama berdoa dan bertawakkal.

Dear baby, do pray for abi and ummi oh k!


Monday, May 24, 2010

How Cartoons Remind Us.

Assalamualaikum wbt.

Clock is ticking. Now it's thirty minutes passed twelve. Midnight.

Eyes are ptotic, physiologically. And yes I'm sleepy. Always sleepy. Blaming the hormone of pregnancy. huhu.

Abang is in another room and reciting his syarah of the i-dont-know-exactly-what. Loudly. and gigihly. In arabic. That I can barely understand T_T. And he is listening to In-team : Keluarga Penyayang too. Dan kadangkala menyanyi sorang-sorang juga. Kadang-kadang berselang seli dengan bacaan ayat Quran atau mana-mana hadith. Haha. Abang, you always makes me smile :P

I should've finish my Ophtal tonight. Because according to my self-study-plans, I should start with another, tomorrow. I try to obey the schedule as best as I can. huhu. But then.. the pathetic me was just watching the Ice Age 3 few minutes ago.
Dah lama tak tengok cartoon. Seronok juga melayan cartoon ni. Buatkan kita tergelak-gelak sendiri sampaikan orang yang tengah study di bilik sebelah tu pun curious and came to join us.(me and someone inside my womb (^_^)' ) Kesian abang terheret sama. hoho.

Cartoons penuh dengan dunia khayalan. Kadang-kadang perkara tu tak logik pun untuk berlaku but it happens in cartoons. Contohnya, jatuh dari tempat yang tinggi tapi tak mati mati pun. Paling-paling pun penyek sekejap, then boleh bangun balik. Kalau kulit dia luka atau koyak, cepat je baik balik. Kalau kepala terhantuk atau di pukul, kepala benjol atau kemek atau pecah, lepastu sekejap je elok balik.


Macam tak logik kan? Sampaikan dulu-dulu saya rasa macam b*d*h sangat kalau tengok cartoon ni. Ye lah, dunia realiti mana ada macam tu. Dan rasa buang masa je layan cartoons. Macam takde faedah je~

Tapi searang, kadang-kadang bila tengok cartoons dan cuba menilai dan mengambil pengajaran yang terbaik, perkara yang seems ridiculous tu la yang boleh remind us about something.

Yes, in our real worlds the-duni-yang-fana ini, things not gonna happen like that. But those things actually happen and logic!

Ye ke? How?

It happens in Hereafter. Dan Allah ada menyatakannya dalam Al-Quran perihal azab api neraka.

"Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak Kami akan masukkan ke dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (An-Nisa :56)

Dan ingatkah kita pada peristiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w di Mikrajkan dari Baitul Maqdis hingga ke langit ke tujuh untuk bertemu Allah s.w.t?

Peristiwa di mana Allah s.w.t memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya terhadap apa yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka.

Dan antara kejadian pelik dan aneh itu adalah Baginda di perlihatkan sekumpulan manusia yang memecahkan kepalanya sendiri. Kemudian kepala mereka elok semula. Dan kemudian mereka memecahkan kembali kepala mereka lagi. Dan ia berlaku berulang-ulang.

Juga sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri. Kemudian lidah mereka elok semula. Dan mereka memotongnya lagi. Dan ia berlaku berterusan.

Dahsyat kan? Lagi dahsyat dari cerita yang dalam cerita cartoon tu.

Sekarang, logik tak?


So,do you see how cartoons remind us?