Bismillahi wal hamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi, siang dan malam serta segala kejadian agar kita sentiasa mengambil iktibar dan bersyukur.
Esok exam practical Forensic. Saya masih gigih membuat persediaan. Abang pula sentiasa berulang alik setiap hari ke rumah sahabat-sahabat sepengajiannya untuk study group. Bahang final exam sudah hangat terasa ditambah pula dengan bahang musim ini. Suhu semakin meningkat saban hari. Jika tiada urusan penting, saya malas untuk keluar. Duduk di rumah lebih selesa. Lebih-lebih lagi suami sentiasa menawarkan diri untuk keluar jika ada perkara yang boleh diselesaikan dengan bantuannya. Hehehe. Thank you abang! (^__^)'.
Beberapa minggu ini masing-masing keletihan. Biarpun kuliah sudah tamat, tuition class tetap rancak. Apatah lagi saya mengambil revision session yang menjadikan kelas perlu dihadiri setiap hari. Sayang rasanya jika ponteng. Mahu tidak mahu, diri ini tetap di gagahkan jua.
Menghadiri kelas tuition setiap malam yang bermula pada pukul 8 malam dan tamat pada jam 11 malam menjadikan saya hampir menjadi seorang defaulter untuk maternal follow-up kerana klinik hanya beroperasi pada pukul 8 malam sehingga pukul 9.30 malam. Penat usah cerita. Tapi kata abang, mujahidah perlu kuat dan sabar.
Sudah hampir 6 minggu saya 'ponteng' maternal check-up. Mula-mula risau juga tapi bila belajar subject Maternal Health Care (MHC) dalam Community Medicine yang menyatakan bahawa policy MHC di Mesir memerlukan ibu mengandung menghadiri sekurang-kurangnga 5 maternal check-up throughout pregnancy, kerisauan berkurangan. Heheh.
Alhamdulilah usia kandungan kini sudah melepasi first trimester. The latest maternal check-up pada minggu ini, usia kandungan sudahpun 14 weeks. And baby is good. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya seolah-olah merahsiakan berita gembira ini. Ini adalah kerana beberapa cases of unknown cause of miscarriage during first trimester dikalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir ini, menjadikan saya berat untuk menceritakan perihal kandungan ini. Biarlah usia kandungan melepasi first trimester terlebih dahulu, barulah lega rasanya untuk mengumumkan kehadiran permata hati kami ini.
Alhamdulillah kini first trimester sudah berlalu jadi tendency of unknown cause of miscarriage are now decreasing. Symptoms of pregnancy juga semakin berkurangan. Saya mengalami alahan yang agak teruk sepanjang first trimester terutama sleepiness. Kemengantukan yang sukar dibendung! (Sampai sekarang symptom ni tak reduce pun huhu..oh help me!)
Alhamdulillah dengan bergelar seorang medical student, it somehow helps us to know about medical and scientific fact about our pregnancy. Berikut adalah beberapa medical and scientific fact about my pregnancy :
- First Day Of Last Menstrual Period : 26th January 2010
- Conception : 9th February 2010 (kami bernikah on 7th February 2010. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki hanya selepas 2 hari berkahwin! (^__^)v wink* Tak sangka kan? Dan yang seronoknya menurut abang, 9th February tu hari Isnin. Menurut pembacaannya, zuriat yang terjadi pada hari Isnin insyaAllah akan dilahirkan sebagai anak yang soleh solehah..aminn..)
- Pregnancy Test : 23th February 2010
- First Heartbeat : 9th March 2010
- Expected 1st Quickening : 1st June 2010 (tak sabar rasanya!)
- Viability : 13th July 2010
- Expected Due Date : 4th November 2010
Doakan agar kandungan dan kelahiran zuriat ini dipermudahkan oleh Allah. Dan doakan juga zuriat yang bakal lahir ini sentiasa sihat, comel, bijak, menjadi anak soleh/ah dan paling penting kelak menjadi mujahid/ah serta penolong agama Allah seperti juga ibubapanya. InsyaAllah..
Buat Puteri-Puteri forth year, terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa menyokong dan membantu. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian. Juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Dan paling penting buat abang, terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah sayang yang sentiasa pelik macam alien ni. huhu.
Doakan ye!
Oh, goodluck exam esok!






