Assalamualaikum wbt.
Dahulu saya tidak tahu erti dakwah yang sebenar.
"Ma, tadi kan akak nampak ada sekumpulan orang lelaki berjubah, berserban lepas tu janggut dia panjang... Macam Osama bin Laden! Siapa tu Ma?" saya menyoal bonda sepulangnya saya dari kedai membeli barang dapur yang dipinta oleh bonda.
Dahulu saya takut dengan orang2 sebegitu. Impresi saya, mereka membawa ajaran sesat.
haha."Oh..itu orang2 Tabligh.." jawab bonda tenang.
"Orang Tabligh? Apa tu?" saya menyoal kembali.
Saya betul2 terlupa bahawa perkataan
'Tabligh' itu sudah boleh kira sinonim dan selalu saya dengar melalui subjek2 yang saya pelajari di sekolah agama sejak di bangku sekolah rendah.
Siddiq,
Amanah,
Tabligh dan
Fatanah adalah empat sifat Rasul. Dan
Tabligh itu bermaksud menyampaikan.
"Orang2 Tabligh ni dia datang kat kampung2, berdakwah pada orang kampung. Ajak orang berjemaah di masjid2 atau surau2. Ajar mengaji. Beri ceramah.Beri pemahaman tentang agama." bonda menjawab.
"Ooo.." saya mengangguk.
"Diorang datang kat kampung kita lepas tu diorang duduk kat mana? Kenapa dia jalan2 macam tadi? Dia pergi mana pulak Ma?" saya menyoal lagi dengan muka penuh minat ingin tahu.
"Selalunya diorang menetap sementara di surau atau masjid. Bila waktu siang, diorang akan pergi dari satu rumah ke satu rumah ajak orang2 lelaki ke surau atau masjid untuk solat berjemaah ataupun mengaji.""Ooo..lepas tu diorang duduk surau, diorang masak kat mana? Diorang berdakwah ni ada gaji ke Ma?" saya terus lagi meluahkan persoalan di kepala saya.
"Isk kedai kan banyak. Lagipun ada je kadang2 orang jamu mereka. Kamu jangan main2..Ayah pernah cerita kat Mama, orang2 tabligh ni kerja bagus2. Engineer, Cikgu, Entrepreneurs etc. Rasanya diorang ada persatuan penggerak. Entah, Mama pun tak jelas" jelas Bonda.
"Uih wow! Gile lah..dah la kerja hebat2. Lepas tu sanggup pulak pergi kampung2 untuk berdakwah." saya memuji penuh kagum.
"Kerja dakwah ni kerja setiap orang islam. Apabila kita ada ilmu, sampaikan dan berkongsi walaupun sedikit." Bonda menokok.
Saya mengangguk tanda faham.
"Tapi diorang tak pernah pun datang rumah kita bedakwah?"
"Sebab rumah kita takde lelaki.." Bonda menjawab pendek.
"Haa..? Habis tu Ayah dengan Abang tu..err..bukan ke lelaki?" saya menyoal dengan dahi berkerut.
"Assalamualaikum..." Terdengar suara orang memberi salam dari luar. Saya yang pada waktu itu masih belum menaggalkan kerudung kepala menjenguk keluar.
"Wa'alaikumsalam..""Haa ..Ma! Itulah orang tadi tu!" saya memanggil Bonda.
"Ayah ada kat rumah dik?" salah seorang daripada mereka bertanya. Masih muda lelaki tersebut. Mungkin dalam awal 20-an. Mukanya bersih dan tenang.
"Oh, ayah takde. Pergi kerja. Malam nanti baru balik.." saya menjawab sambil mata memerhati setiap seorang mereka. Lebih kurang 7 orang semuanya. Dan muka2 mereka MasyaAllah.. Cantik sungguh!
"Oh takpe..nanti cakap pada ayah, datanglah ke surau. Malam ini ada ceramah dan sedikit jamuan insyaAllah.." lelaki tersebut menyambung.
"Okay insyaAllah..Terima kasih." saya menghadiahkan sebuah senyuman tanda hormat dan menghargai.
"Terima kasih. Assalamualaikum.." dan mereka berlalu pergi.
Baru saya faham kenapa Bonda mengatakan
"rumah kita takde lelaki.." kerana rumah kami pada waktu siang memang tiada insan bernama lelaki di rumah. Ayah keluar bekerja, Abang sememangnya tiada di rumah pada masa itu dan adikku ke sekolah. Takkanlah mereka hendak masuk ke rumah yang tiada lelaki kan?
Begitulah antara pemikiran sempit saya tentang dakwah suatu masa dahulu.
Bagi saya, dakwah itu hanyalah menyeru orang bukan Islam supaya mereka memeluk Islam. Seperti di perkampungan orang2 asli di pinggir hutan.
Bagi saya, dakwah itu hanyalah tanggungjawab para ustaz2 dan ustazah2 yang alim tentang agama. Orang yang berjanggut berserban dan berjubah bertudung labuh.
Bagi saya, saya dakwah itu hanyalah dengan cara memberi ceramah2 seperti dalam program Ehwal-Islam di RTM 1 tu.
Rupanya, dakwah itu luas terjemahannya.
Menyeru dan memahamkan umat islam tentang Islam dan aplikasinya dalam kehidupan. Menyeru kepada kebaikan. Dan bermacam2 lagi.
Benda kecil seperti menyuruh adik saya berstoking juga adalah dakwah rupanya.
Apa lagi sehingga sebesar2 perkara seperti amar makruf dan nahi mungkar.
Dan kini, saya tersangat menginginkan diri saya agar dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang di medan ini.
Biarpun diri masih setahun jagung.
Biarpun kaki masih bertatih.
Biarpun ilmu masih tohor.
Tapi tak mustahil bukan?
Kerana benih jagung akan bertunas dan membesar membuahkan hasil juga.
Kerana yang bertatih akan berlari juga.
Dan yang tohor akan dalam juga.
Terasa ingin darah dan uratsendi ini menyumbang sesuatu untuk deen yang saya anuti sebelum ia lemah longlai tidak bermaya.
Terkadang merasakan diri sudah terlambat but its better late than never right?

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.