Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 18, 2011

No Warning

Assalamualaikum wbt.


Pemandangan ketika melalui bilik mayat untuk ke hospital sangat tipikal. Wajah-wajah lesu sanak saudara si mati yang menunggu untuk menuntut jenazah menjadikan suasana sekeliling murung dan kelam.

Insan- insan tetap lalu lalang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bagi mereka, kematian itu tiada kaitan dengan mereka. Bukan dari keluarga mereka mahupun sanak saudara mereka. Masing- masing terkejar- kejar untuk melunaskan tujuan masing- masing. Baik untuk mendapatkan rawatan di hospital mahupun untuk pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.

Namun saya yakin, ada insan-insan yang terkesan dengan suasana tersebut. Suasana yang cukup untuk mengingatkan mereka tentang kematian.

Pagi tadi saya terbaca suatu berita yang menyedihkan di sini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Al-fatihah buat al marhumah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Teringat semasa belajar subjek Forensic & Toxicology tahun lalu. Carbon Monoxide adalah pembunuh yang kejam. Ia adalah silent killer atau pembunuh secara senyap. Ia tidak berbau, tidak berwarna dan tidak punya rasa tertentu. Dan kematian boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja tanpa sebarang amaran. No warning.

Begitulah juga hakikat kematian.

Kematian itu boleh berlaku bila-bila sahaja dan di mana sahaja tanpa boleh dihidu, dilihat mahupun dirasa. Kematian juga berlaku tanpa sebarang amaran.

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian yang sentiasa dekat dengan kita bagai bayang-bayang?

Sedangkan kita adalah manusia yang sering saja disibukkan dan dilalaikan dengan dunia dan isinya. Sedikit sekali kita mengingati mati. Hanya apabila berlaku kematian di sekeliling kita sahaja mengingatkan kita tentang kematian. Jika tidak, kita akan lupa dan kembali kepada kelalaian dunia.

Janganlah kita menjadi manusia yang rugi.

"Wahai orang- orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, mereka itulah orang- orang yang rugi." (Al-Munafiqun : 9)

Janganlah kita menjadi manusia yang menyesal tetapi penyesalan itu sudah terlambat. Manusia yang punya cita-cita akhirat hanya selepas kita tidak akan dikembalikan lagi ke dunia untuk beramal soleh.

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebeum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu : lalu dia berkata (menyesali) "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)-ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan akau akan termasuk orang-orang yanag saleh." (Al-Munafiqun : 10)

Saat itu, tiada lagi peluang untuk kita walau sesaat.

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun : 11)

Kalaulah kita tahu bagaimana hidup kita akan berakhir, pasti kita tidak akan terus bersibuk-sibuk dengan dunia kita ni kan?


2 comments:

E F F A R I N I said...

Ada jugak dengar berita tentang ini. Setuju, jika kita tahu bila saat kematian kita akan sampai, pasti kita tidak akan terus bersibuk dengan dunia.

- ismisyakila - said...

Bersibuk dengan dunia yang membawa kepada bekalan akhirat tidak mengapa.

Jangan hanya sibuk dengan dunia yang hanya 'dunia' semata-mata :)