Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 11, 2009

Miscellaneous : Rijal itu. Di mana?

Assalamualaikum wbt.



BELASUNGKAWA


"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" (Al-A'raf : 34)

Berita pemergian salah seorang pelajar perubatan pada hari ini betul-betul mengejutkan saya. (Anda boleh membacanya di sini). Entah kenapa hati saya tiba-tiba rasa kosong sekosong-kosongnya. Mesej Yahoo Messenger disebar meminta sahabat-sahabat membuat solat hajat mendoakan sahabat yang lain yang masih terlantar di hospital. Kebetulan pada masa itu saya yang baru sahaja bangun dari tidur tanpa berlengah terus bersolat. Memohon agar sahabat-sahabat yang lain selamat dan sihat seperti sedia kala.

Saya terlupa sementara akan buku Pathology dan kerisauan yang melanda kerana ketidak sempatan untuk bersedia dengan baik untuk peperiksaan pagi itu. Saya meminta dan terus meminta agar Dia mngurniakan kesejahteraan pada yang lain.

Sedih..sangat sedih. Entah kenapa. Sedangkan saya tidak mengenal pun arwah Ammar Bin Zulkifli. Saya hanya melihat gambar arwah dan mangsa-mangsa yang lain melalui buku As-Syifa' yang dibeli dari PERUBATAN. Sungguh saya tidak mengenalinya. Tetapi hati betul-betul sedih. Dan melihat komen sahabat-sahabat lain, saya pasti kehilangan Ammar merupakan satu kehilangan yang sangat besar.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan rohnya di tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Sememangnya kematian adalah sebaik-baik peringatan.



Wahai Allah..matikanlah aku dalam keadaan husnul khotimah. Janganlah kau matikan aku dalam keadaan su'ul khotimah.



PATHOLOGY



Alhamdulillah hari ini saya dan sahabat-sahabat berjaya menghabiskan peperiksaan Pathology Paper 1 dan Paper 2. Hanya oral exam yang berbaki. Setelah melalui kedua-dua peperiksaan semalam dan hari ini, saya membuat penilaian bahawa subjek Pathology bukanlah subjek yang mudah (dear juniors, be aware). Lebih-lebih lagi apabila sela masa antara Paper 1 dan Paper 2 sangat singkat sehingga saya merengek-rengek sendirian seperti kanak-kanak kecil ketika membaca buku. Betul-betul teruji.

Saya menyerahkan segalanya pada Allah. Bertawakkal sepenuhnya di atas segala usaha yang telah dilakukan. Semoga dikurniakan kejayaan yang terbaik buat diri.

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah pada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal" (Surah Ali-Imran : 159)



PUPUS



"Kakak nak tahu..?" Nasiruddin memulakan bicara dengan persoalan.
"Nak!" sambut saya.


"Kalau kitorang pergi surau tu, kitorang tiga orang je. Adik, Abang Leman dan Abang Salleh. Orang lain takde pun. Sedih je.." adik menyambung.

Saya terkedu seketika. Entah kenapa saya rasa sedih. Menyampah pun ada. Di manakah perginya rijal-rijal dan syabab-syabab Islam.? Mereka tiada di surau-surau dan di masjid-masjid.

Oh, saya tahu di mana!

Remaja-remajanya lebih gemar 'meluangkan masa' di tembok-tembok tepi jalan. Kalau ada anak dara lalu, disiulnya. Menampakkan muka di masjid? Haram.

Belia-belianya pula lebih gemar 'meluangkan masa' di warung-warung kopi tida kenal masa. Pagi, tengahari, petang mahupun malam. Entah apa sedapnya kopi di warung tu. Lebih lazat mungkin dari berjemaah di masjid.

"Kalau solat Jumaat, kakak tahu apa yang berlaku?" adik menyoal kembali.
"Apa dia?"


"Masa khutbah, diorang lepak2 kat kawasan masjid. Bila habis khutbah, buat-buat masuk saf. Bila orang dah angkat takbir, keluar balik. Bila orang dah habis solat, dia pun balik sama-sama," sambung adik saya , merujuk kepada remaja-remaja lelaki.

Astagfirullah hal azim..

"Kalau adik pergi masjid A ada lah dalam 3 saf jemaah. Masjid B pulak 1 saf je. Semuanya orang tua. Ada pun budak-budak kat saf belakang. Remajanya mana? Tak nampak.." adik saya menyoal kembali seakan-akan tidak puas hati.

Adik bongsu saya berumur 11 tahun. Sebelum ini dia merengek-rengek setiap hari minta daripada ibubapa saya agar dia dikhatankan agar dia boleh berada di saf hadapan ketika berjemaah. Dia ke surau bukan dengan ayah saya sebaliknya menumpang sepupu lelaki dan pakcik saya di sebelah rumah. Kerana ayah saya hanya sampai di rumah pada pukul 10 malam. Jarak dari rumah ke pejabatnya memakan masa 2 jam perjalanan. Ayah akan berhenti di masjid-masjid yang ada di sepanjang perjalanannya ke rumah. Hanya apabila cuti ayah membawa adik ke masjid.



KECEWA


Saya tahu saya tidak sepatutnya menghukum lelaki dengan hukuman yang berat. Tetapi saya lebih hormat pada lelaki yang merasa cinta untuk mengimarahkan masjid pada setiap waktu solat. Lebih-lebih lagi solat subuh. Tidak semua mampu bukan? Anda boleh baca penulisan seorang sahabat di sini dan di sini.
Lelaki kian pupus. Lebih menyedihkan apabila lelaki yang bergelar Rijalun Amir semakin tidak menampakkan bayang. Bagaimana mahu merebut kembali Al-Aqsa yang memanggil-manggil untuk dibela? Bagaimana?


RIJAL ITU.DIMANAKAH?






Maafkan saya andai tempelakan ini sepertinya kasar buat anda insan bernama lelaki. Saya bukan bermusuh dengan anda jauh sekali membenci. Saya tahu saya akan memerlukan insan bernama lelaki dalam hidup saya bagaimana sekalipun. Ayah saya lelaki. Abang saya lelaki. Adik saya juga lelaki.


Cuma terkadang saya rimas. Rimas apabila setiap perilaku wanita tersangatlah di'ambil berat' oleh lelaki. Salah yang kecil diperbesarkan. Silap yang sedikit dipercanang. Tanpa ada ruang untuk memperbaiki atau diperbaiki.

Tetapi kekurangan mereka jarang sekali mereka peduli. Di manakah silapnya?

Jika kita susuri kisah Nabi Muhammad saw dan para sahabat terpilih dalam bermuamalah dengan perempuan, pasti mereka akan memuliakan perempuan. Sifat peramah dan santun Nabi kepada perempuan pasti seharusnya menjadi iktibar bagaimana kita melayan perempuan dengan cara yg hak.


Ayat ‘arrijalu qowwamuna ‘ala nnisa’ selalu dijadikan senjata oleh para lelaki dalam berdebat dengan perempuan dalam proses meletakkan lelaki lebih dari perempuan. Sedangkan ayat itu sepatutnya menjadikan lelaki lebih trampil, ambil bahagian, bersedia dan karisma utk melindungi hak wanita. Kerana Allah telah mengiktiraf lelaki memang sepatutnya menjadi pelindung, pembimbing kepada wanita. Masalahnya, ayat ini selalu dijadikan lelaki sebagai pendinding ego mereka.



RINDU


Kita merindui lelaki selembut Abu Bakar As-Siddiq r.a, secerdik Ali Bin Abu Talib r.a, segagah Ummar Al-Khatab r.a dan para mujahidin yang syahid di zaman kegemilangan Islam terdahulu. Mujahadah mereka sangat tinggi. Sanggup berhabis-habisan demi Allah dan Rasul-nya juga demi menegakkan deen yang mulia ini.

Begitu juga dengan nama-nama seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh. Antara hero bagi kemenangan yang hak buat Islam dengan izin-Nya.

Tetapi berapa keratkah lelaki-lelaki sebegitu sekarang?


Anda boleh baca entri seorang ukhti di sini. Anda akan tahu, kami betul-betul merindukan Rijalul Amir. Lelaki sebagai ketua yang dapat memimpin kami para Hawa, lelaki yang menjadi sumber kepada bertambahnya kecintaan yang tidak berbelah bahagi pada Allah subhanahu wataala, lelaki yang dapat menjadi contoh terbaik buat zuriat yang dimiliki, lelaki yang boleh dibangga kerana membela agama.





Bangkitlah dan bergeraklah wahai lelaki. Demi Allah dan Rasul-Nya dan demi Al-Aqsa.

5 comments:

humaira' said...

enteri yang baik..semoga bisa memberi kesedaran kpd sekalian lelaki..

Anonymous said...

Maka, itulah peranan kita kini, dakwah. Lelaki fokus dakwahnya lelaki. Perempun fokus dakwahnya perempuan. Diselaraskan melalui bait Muslim.

Sekarang umat Islam lebih suka berbincang dan berbahas tentang perkara-perkara remeh dan khilafiah, tanpa menyedari bahawa misi membetulkan masyarakat lebih utama kini. Perbuatan tersebut membuang masa dan tidak membawa kepada praktikal. Lalu, masyarakat terus terbiar... semakin bermasalah.

Rijalul amir menjadikan dakwah sbg isterinya yg pertama. Maka, para wanita yg mengharapkan kehadiran rijalul amir haruslah bersedia untuk rela dimadukan.

Moga2 segala tulisan akan diterjemahkan kpd perbuatan.

hafeez said...

ukhti, dalam kritikan ini ada benarnya. namun hakikat yang sebenar amat jauh untuk diketahui. Kita tidak menolak kritikan, namun apakah kita tahu sistem pengurusan agama kita amat dangkal, tahap dunia kelas ke-4, bkn lagi ketiga. Ketika penganut agama lain bercakap tentang sains dan teknologi, khutbah kita seperti bercakap didunia lain. makanlah buah2han tempatan, dan seumpamanya. golongan agama senyap...tidur, emngira jumlah 'hasil' setelah 'ceramah' yang tiada faedah..umat beku dgn sogokan begitu. yang jadi sasaran seperti biasa remaja,syabab, rijal. adakah mereka tak punya hati sehingga terpaksa memendam rasa khutbah ngantuk, imam uzur yg sudah nyanyuk tak ditukar kerana asas politik dan bengap ilmu agamanya? golongan agama yang sekadar berserban bagaikan nabi tak pernah ditegur takut2 dilaknat. ddikriti jauh sekali. sedangkan mereka lah yang perlu menjadi wajah agama adalah mesra remaja dan kanak-kanak yang mana selama ini jelas sekali anti mereka. ruang mereka menonjol diri ditutup, alasan masih mentah. dan apabila mereka dipinggirkan dari masjid dan agama mereka tetap dipersalahkan sedangkan yang buruk tu golongan ustaz?

ismisyakila said...

Wa'alaikumsalam

Terima kasih di atas pendapat kalian.

Betul kita perlu merubah masyarakat dan pemikiran mereka agar tidak terlalu memikirkan keseronokan dunia semata tanpa berfikir tentang peri pentingnya akhirat, pengetahuan dan persediaan untuk meghadapinya.

Patah tumbuh hilang berganti. Yang belum lahir masih boleh dididik. Yang sedia ada perlukan lebih usaha dari kita pihak2 yang sedar dan mengambil berat.

Kota tidak terbina dalam sehari. Begitu juga masyarakat yang ingin diubah. Kitalah generasi yang akan mencorak dunia masa depan. Kitalah yang perlu sedar, bangkit dan bergerak.


Mungkin kita sama-sama perlu menghadam Generasi Pemuda dan Perubahan karangan ustaz Fathi Yakan :)

Semoga para Hawa dapat menjadi sayap kiri penguat suami untuk berjunag di medan dakwah demi kebaikan ummah.

Seperti mana anda menginginkan para isteri terbaik untuk anak2, kami juga mengharap bapa terbaik untuk zuriat yang dilahirkan.

hafeez said...

rasa sayu diatas konklusi admin...harapan itu benar dan amat mulia. namun,kata2 dan tulisan diatas ada yang tidak tepat dan mengguris setengah pihak dituduh seakan tidak peka, sedangkan yg sebenarnya bertanggungjawab dipejamkan sebelah mata... harap tulisan seterusnya bersifat adil dan terarah kearah peng'istidlal'an yg sempurna menurut sumber agama yang sahih dan kefahaman yang sahih. wallahu a'lam