Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 16, 2009

TERANCAM

Assalamualaikum wbt.


Di saat debaran peperiksaan kian memuncak, saya dikejutkan dengan berita di laman blog PCM which was as below :

Mansurah, 14 April – Penghuni Bait Hidden Leaf terancam apabila rumah mereka dipecah masuk tiga kali dalam seminggu. Cerobohan itu dipercayai dilakukan oleh pencuri yang berbangsa Arab Mesir dan menurut saksi lelaki itu berketinggian sederhana serta badannya agak tegap.

"Kejadian ini amat menakutkan dan mengejutkan kami," kata salah seorang ahli rumah itu, Azrul.

Menurutnya lagi, dia hanya terlupa sekejap sahaja untuk mengunci pintu luar, tidak disangka pencuri itu memang sudah menjadikan rumahnya sebagai target dan mengambil peluang atas kesilapan ini.Dipercayai rumah itu sentiasa diperhatikan selepas kejayaan pencuri itu mencuri pakaian pelajar-pelajar USIM yang tersidai di luar rumah. Dia mencuba untuk mencuri kali kedua dan ketiga, dengan mensasarkan basikal sebagai hasil curian, namun gagal kerana keprihatinan seorang jiran Arab yang bernama Amr, yang turut meluahkan rasa kecewanya atas kelalaian penghuni rumah menitik-beratkan aspek keselamatan.

Faisal yang juga menghuni rumah itu turut melahirkan rasa lega kerana tiada barang peribadi yang berjaya diambil oleh pencuri itu walaupun berasa sedikit malu atas kehilangan yang dialami oleh pelajar-pelajar USIM yang menumpang di rumahnya.

Ikram yang basikalnya menjadi sasaran turut melahirkan rasa syukurnya kerana basikalnya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau sebagai penasihat PCM turut mengecam tindakan pencuri itu yang menceroboh sebanyak 3 kali dalam seminggu dan perbuatan itu dianggap sebagai melampau. Warga Mansurah dinasihatkan agar sentiasa mengunci pintu rumah dan tidak memandang enteng isu keselamatan kerana kadar jenayah ke atas warga asing yang tinggi di Mesir.



basikal yang di percayai menjadi sasaran


Keterangan saya:

Pada hari kejadian, saya yang pada waktu itu berada di rumah mendengar suara orang Arab menjerit "HARAMI!" (pencuri) dan dengan pantas mengintai ke bawah. Saya beranggapan kes kecurian berlaku di lorong kawasan perumahan kami.

Namun tidaklah saya menyangka bahawa kejadian tersebut berlaku pada jiran seimarah dengan kami. Tetapi setelah diingatkan kembali, pada waktu kejadian, selepas terdengar jeritan "HARAMI" tersebut, saya ternampak seorang jiran sebelah rumah kami yang merupakan seorang remaja berusia belasan tahun bergegas turun mengejar pencuri tersebut.

Dan kelihatan seorang lelaki Melayu berbaju oren yang saya percaya adalah Azrul, ketika itu kelihatan turut mengejar pencuri tersebut setelah meletakkan basikal di dalam pagar rumahnya. Baba dan Mama (pemilik rumah dan imarah yang kami duduki) juga agak kecoh pada waktu itu dan memanggil-manggil nama "Muhammad" yang saya kira merujuk kepada salah seorang ahli Bait HLR.

Beberapa kejadian yang lebih kurang serupa pernah berlaku kepada kami dan juga sahabat yang ingin bertandang di rumah kami beberapa kali diikuti sehingga masuk ke dalam kawasan rumah. Ini amatlah membimbangkan dan menimbulkan ketakutan kepada beberapa sahabat kami untuk bertandang ke rumah.





imarah kami


Alhamdulillah keselamatan 2 buah rumah akhawat di atas Bait HLR lebih terjaga kerana pagar utama kami terpisah dengan pagar rumah mereka. Baba dan Mama sentiasa menjaga rapi dan menasihatkan agar kami tidak terleka dan terlupa untuk menutup rapi pagar utama imarah kami.



pemandangan syari' Samanudi (Samanoudy Street)

Beberapa kes pencabulan akhawat yang berjalan di lorong Samanudi samaada berseorangan mahupun berdua oleh lelaki berbasikal dan bermotor juga kerap di laporkan.

BERHATI-HATI!

3 comments:

que sera sera said...

assalamuallaikum...
sy nk minta izin amik link blog awak...
sy suke bca blog awak,hope awak xkisah...(^^,)

Farid Rashidi said...

Salam...

Itulah, hati2 ya kamu adik2 medic kat sana.

Jemput ke blog saya yang baru. Saya sudah berpindah ke http://www.faridrashidi.com

kalam said...

Salam..

Insyallh..smg lbh berhati2 lps ni.